Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KESEJAHTERAAN KESIHATAN RAKYAT MELALUI FILANTROFI ISLAM

View through CrossRef
Golongan B40 dan kurang berkemampuan seringkali ketinggalan dalam mendapatkan khidmat rawatan yang sewajarnya kerana faktor kesempitan kewangan mereka. Sedangkan mereka berhak mendapat kesejahteraan kesihatan yang sama seperti insan lain. Golongan ini kebanyakannya tidak berkemampuan kerana faktor kemiskinan itu menghalang mereka dari mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan yang memburukkan keadaan, golongan ini akan membiarkan penyakit yang ditanggung melarat sehingga memberi kesan kepada ekonomi pesakit itu sendiri dan juga pembangunan sosio-ekonomi negara. Antara akibatnya ialah pesakit akan hilang mata pencarian disebabkan penyakit yang tidak dapat dirawat dan ini akan menjejaskan ekonomi keluarga mereka, malah sudah tentu ia turut terkait kepada bebanan ekonomi negara kerana akhirnya ia akan menjadi tanggungan kerajaan juga akhirnya. Pengkaji berpendapat filantrofi Islam memainkan peranan penting dalam memperbaiki ekonomi negara melalui susun atur pengurusan tadbir urus dan pengembangan dana Islam secara sistematik untuk disalurkan kepada yang memerlukan. Dana seperti wakaf, zakat, sedekah, hibah dan wasiat dapat memanfaatkan ummah dan khususnya golongan asnaf dan B40. Oleh itu menjadi satu tuntutan yang tinggi untuk mewujudkan model filantrofi Islam untuk kesejahteraan kesihatan asnaf dan golongan B40. Ini sekaligus akan mencapai matlamat kesejahteraan kesihatan dan kehidupan selaras dengan matlamat kelestarian yang mampan (Sustainable Development goal). Oleh itu, kajian ini bertujuan mencadangkan Model Filantrofi Islam Kesejahteraan Kesihatan Asnaf dan B40 dengan membangunkan Pusat Sehenti Rehabilitasi dan Rawatan Kesihatan (PSRR). Kajian ini adalah kertas konsep dan merupakan kajian kualitatif dari kaedah analisis kandungan. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu meringankan beban peningkatan kos sara hidup dan kos kesihatan yang tinggi kepada golongan asnaf dan B40, meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat dan sekaligus membantu mengurangkan tanggungan ekonomi negara.
Title: KESEJAHTERAAN KESIHATAN RAKYAT MELALUI FILANTROFI ISLAM
Description:
Golongan B40 dan kurang berkemampuan seringkali ketinggalan dalam mendapatkan khidmat rawatan yang sewajarnya kerana faktor kesempitan kewangan mereka.
Sedangkan mereka berhak mendapat kesejahteraan kesihatan yang sama seperti insan lain.
Golongan ini kebanyakannya tidak berkemampuan kerana faktor kemiskinan itu menghalang mereka dari mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan yang memburukkan keadaan, golongan ini akan membiarkan penyakit yang ditanggung melarat sehingga memberi kesan kepada ekonomi pesakit itu sendiri dan juga pembangunan sosio-ekonomi negara.
Antara akibatnya ialah pesakit akan hilang mata pencarian disebabkan penyakit yang tidak dapat dirawat dan ini akan menjejaskan ekonomi keluarga mereka, malah sudah tentu ia turut terkait kepada bebanan ekonomi negara kerana akhirnya ia akan menjadi tanggungan kerajaan juga akhirnya.
Pengkaji berpendapat filantrofi Islam memainkan peranan penting dalam memperbaiki ekonomi negara melalui susun atur pengurusan tadbir urus dan pengembangan dana Islam secara sistematik untuk disalurkan kepada yang memerlukan.
Dana seperti wakaf, zakat, sedekah, hibah dan wasiat dapat memanfaatkan ummah dan khususnya golongan asnaf dan B40.
Oleh itu menjadi satu tuntutan yang tinggi untuk mewujudkan model filantrofi Islam untuk kesejahteraan kesihatan asnaf dan golongan B40.
Ini sekaligus akan mencapai matlamat kesejahteraan kesihatan dan kehidupan selaras dengan matlamat kelestarian yang mampan (Sustainable Development goal).
Oleh itu, kajian ini bertujuan mencadangkan Model Filantrofi Islam Kesejahteraan Kesihatan Asnaf dan B40 dengan membangunkan Pusat Sehenti Rehabilitasi dan Rawatan Kesihatan (PSRR).
Kajian ini adalah kertas konsep dan merupakan kajian kualitatif dari kaedah analisis kandungan.
Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu meringankan beban peningkatan kos sara hidup dan kos kesihatan yang tinggi kepada golongan asnaf dan B40, meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat dan sekaligus membantu mengurangkan tanggungan ekonomi negara.

Related Results

Hubungan Antara Si Wakil dengan yang Diwakilkan
Hubungan Antara Si Wakil dengan yang Diwakilkan
Berdasarkan pada teori Abcarian , hubungan wakil rakyat yang terjadi di Indonesia ialah "partisan" karena wakil rakyat bertindak sesuai dengan keinginan atau program dari organisas...
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
Penelitian ini membahas tentang analisis gaya bahasa dalam cerita rakyat Aceh Besar. Rumusan masalah penelitian ini adalah apa saja jenis-jenis gaya bahasa yang terdapat dalam ceri...
PEMBERDAYAAN DEWAN PERWAKILAN DAERAH MEWUJUDKAN KEDAULATAN RAKYAT DI INDONESIA
PEMBERDAYAAN DEWAN PERWAKILAN DAERAH MEWUJUDKAN KEDAULATAN RAKYAT DI INDONESIA
Republik Indonesia sebagai negara yang memiliki jumlah penduduk yang sangat banyak dengan segala keanekaragaman mengharuskan adanya lembaga perwakilan rakyat. Wilayahnya juga sanga...
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang seterusnya mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiv...
Isu dan Literasi Kesihatan Mental dalam kalangan Remaja
Isu dan Literasi Kesihatan Mental dalam kalangan Remaja
Kesihatan mental remaja perlu diberikan perhatian kerana golongan ini sedang melalui fasa perkembangan dari segi fizikal dan emosi. Sekiranya mereka gagal mengawal fasa perubahan d...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...
Analisis Respon Penawaran Karet Rakyat di Kalimantan Selatan
Analisis Respon Penawaran Karet Rakyat di Kalimantan Selatan
Dominasi perkebunan karet rakyat memberikan kontribusi besar dalam perekonomian di Indonesia. Karet merupakan komoditas perkebunan unggulan kedua setelah kelapa sawit di Provinsi K...
Tema Cerita Rakyat ‘Badang Perkasa’ menurut Interpretasi Siswa melalui Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme
Tema Cerita Rakyat ‘Badang Perkasa’ menurut Interpretasi Siswa melalui Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan: 1) tema utama cerita rakyat Badang Perkasa menurut interpretasi siswa dalam pembelajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme...

Back to Top