Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Konsep Penghibridan 4-aminokuinolina sebagai Alternatif Agen Antiplasmodium

View through CrossRef
Kemunculan strain parasit yang rintang terhadap hampir semua ubatan antimalaria telah mendorong para saintis mengkaji penggantian mekanisme tindakan alternatif yang lebih berkesan. Keberkesanan rawatan semasa antimalaria adalah terhad dari segi bio ketersediaan ubat yang rendah, ketoksikan ubat yang tinggi dan kadar keterlarutan dalam air yang rendah. Penghibridan adalah satu strategi menarik bagi mengembangkan konsep penemuan ubat antimalaria. Kerangka 4-aminokuinolina telah disasarkan dalam kebanyakan proses reka bentuk agen antiplasmodium kerana kos sintesisnya yang murah, selamat dan kurang toksik sejak 20 tahun yang lalu. Penemuan hibrid antiplasmodium menggunakan kerangka 4-aminokuinolina dan pelbagai moieti seperti artemisinin, piperidin, indolin, pirimidin telah menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang baik. Walau bagaimanapun, sehingga kini penemuan hibrid ini masih tidak dapat dibangunkan dan memasuki ujian percubaan klinikal. Ulasan ini meringkaskan penemuan hibrid antiplasmodium yang telah diterbitkan dalam tempoh sebelas tahun ke belakang (2011-2021). Kelebihan dan kelemahan konsep penghibridan sebagai pengganti agen antiplasmodium sedia ada dibincangkan. Analisis kajian menunjukkan hibrid 4-aminokuinolina mempunyai aktiviti antiplasmodium yang setanding atau lebih baik secara in vitro berbanding rawatan profilaksis klorokuina. Hibrid kuinolina kelas IV adalah yang paling kerap dikaji dan diperoleh dalam kajian ini sepanjang tempoh sebelas tahun ke belakang. Kekurangan data praklinikal terperinci mengenai hibrid yang disintesis telah menghalang kajian lanjut dalam ujian klinikal.
Title: Konsep Penghibridan 4-aminokuinolina sebagai Alternatif Agen Antiplasmodium
Description:
Kemunculan strain parasit yang rintang terhadap hampir semua ubatan antimalaria telah mendorong para saintis mengkaji penggantian mekanisme tindakan alternatif yang lebih berkesan.
Keberkesanan rawatan semasa antimalaria adalah terhad dari segi bio ketersediaan ubat yang rendah, ketoksikan ubat yang tinggi dan kadar keterlarutan dalam air yang rendah.
Penghibridan adalah satu strategi menarik bagi mengembangkan konsep penemuan ubat antimalaria.
Kerangka 4-aminokuinolina telah disasarkan dalam kebanyakan proses reka bentuk agen antiplasmodium kerana kos sintesisnya yang murah, selamat dan kurang toksik sejak 20 tahun yang lalu.
Penemuan hibrid antiplasmodium menggunakan kerangka 4-aminokuinolina dan pelbagai moieti seperti artemisinin, piperidin, indolin, pirimidin telah menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang baik.
Walau bagaimanapun, sehingga kini penemuan hibrid ini masih tidak dapat dibangunkan dan memasuki ujian percubaan klinikal.
Ulasan ini meringkaskan penemuan hibrid antiplasmodium yang telah diterbitkan dalam tempoh sebelas tahun ke belakang (2011-2021).
Kelebihan dan kelemahan konsep penghibridan sebagai pengganti agen antiplasmodium sedia ada dibincangkan.
Analisis kajian menunjukkan hibrid 4-aminokuinolina mempunyai aktiviti antiplasmodium yang setanding atau lebih baik secara in vitro berbanding rawatan profilaksis klorokuina.
Hibrid kuinolina kelas IV adalah yang paling kerap dikaji dan diperoleh dalam kajian ini sepanjang tempoh sebelas tahun ke belakang.
Kekurangan data praklinikal terperinci mengenai hibrid yang disintesis telah menghalang kajian lanjut dalam ujian klinikal.

Related Results

Identify Chemical Compounds of Wedelia biflora and Test Their Bioactivity as Antiplasmodium Berghei
Identify Chemical Compounds of Wedelia biflora and Test Their Bioactivity as Antiplasmodium Berghei
The aims of the research is to identify chemical compounds of leaf Sernai (Wedelia biflora) and test their bioactivity as antiplasmodium against of Plasmodium berghei. Extraction o...
Strategi Agen Transfer Kebijakan Tingkat Lokal Menuju Kota Layak Anak
Strategi Agen Transfer Kebijakan Tingkat Lokal Menuju Kota Layak Anak
Kebijakan Kota Layak Anak (KLA) telah berjalan hampir dua dekade. Namun problematika anak di daerah semakin beragam dan meningkat. Prostitusi anak merajalela, angka stunt...
Pendampingan Agen Perubahan Prilaku Anti Perundungan Pada Siswa Pelajar Sekolah Menengah Pertama
Pendampingan Agen Perubahan Prilaku Anti Perundungan Pada Siswa Pelajar Sekolah Menengah Pertama
Perundungan merupakan satu bentuk tiga dosa dalam perguruan tinggi. Perundungan menjadi salah satu sumber penyebab kesehatan mental pada remaja. Sehingga perlu dibentuk agen peruba...
Perubahan Sosial di Kelurahan Tello Baru Melalui Program Lorong Wisata
Perubahan Sosial di Kelurahan Tello Baru Melalui Program Lorong Wisata
Perubahan sosial yang terjadi di Kelurahan Tello Baru menjadi ekowisata tidak hanya perubahan lingkungan tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan tersebut merupakan peru...
Penggunaan Metode ROC dan PROMETHEE II Pada Pemilihan Investasi Sektor Perbankan
Penggunaan Metode ROC dan PROMETHEE II Pada Pemilihan Investasi Sektor Perbankan
Abstract. This study focuses on the selection of banking sector investments listed in the LQ45 Index. Investment in the banking sector plays an important role in the economy. Howev...

Back to Top