Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Analisis perubahan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat di Sabah, Malaysia sebelum dan selepas PKP

View through CrossRef
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 memainkan kesan yang signifikan terhadap norma harian masyarakat seluruh dunia. Kesan seumpamanya dapat dikesan dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) masyarakat di negeri Sabah, Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan ekonomi. Namun demikian, tidak dapat dipastikan sejauh manakah perbezaan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam konteks pengurusan kewangan dan ekonomi dalam kalangan masyarakat tersebut sebelum dan semasa PKP tersebut. Bagi menjelaskan hal ini maka kajian yang mengaplikasi pendekatan kuantitatif dengan penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh sejumlah 1228 responden telah dijalankan. Objektif utama kajian ini ialah bagi menjelaskan perbezaan atau perubahan norma baharu penggunaan ICT dalam aktiviti harian masyarakat di Sabah, Malaysia yang meliputi aspek pengurusan kewangan dan ekonomi sebelum dan semasa PKP. Secara umum kajian ini mendapati bahawa perubahan signifikan telah berlaku ke-atas norma kehidupan masyarakat di Sabah berdasarkan aspek yang dikaji sebelum dan semasa PKP berlangsung. Ini menunjukkan pelaksanaan PKP telah mendatangkan kesan yang ketara dalam kehidupan masyarakat di Sabah, Malaysia.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: Analisis perubahan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat di Sabah, Malaysia sebelum dan selepas PKP
Description:
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 memainkan kesan yang signifikan terhadap norma harian masyarakat seluruh dunia.
Kesan seumpamanya dapat dikesan dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) masyarakat di negeri Sabah, Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan ekonomi.
Namun demikian, tidak dapat dipastikan sejauh manakah perbezaan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam konteks pengurusan kewangan dan ekonomi dalam kalangan masyarakat tersebut sebelum dan semasa PKP tersebut.
Bagi menjelaskan hal ini maka kajian yang mengaplikasi pendekatan kuantitatif dengan penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh sejumlah 1228 responden telah dijalankan.
Objektif utama kajian ini ialah bagi menjelaskan perbezaan atau perubahan norma baharu penggunaan ICT dalam aktiviti harian masyarakat di Sabah, Malaysia yang meliputi aspek pengurusan kewangan dan ekonomi sebelum dan semasa PKP.
Secara umum kajian ini mendapati bahawa perubahan signifikan telah berlaku ke-atas norma kehidupan masyarakat di Sabah berdasarkan aspek yang dikaji sebelum dan semasa PKP berlangsung.
Ini menunjukkan pelaksanaan PKP telah mendatangkan kesan yang ketara dalam kehidupan masyarakat di Sabah, Malaysia.

Related Results

Influence of ICT integration on content preparation by ICT and Non-ICT trained teachers in secondary schools in Machakos County, Kenya
Influence of ICT integration on content preparation by ICT and Non-ICT trained teachers in secondary schools in Machakos County, Kenya
The use of Information Communication Technology (ICT) in teaching and learning has become a necessity and an opportunity for improving and enhancing acquisition of knowledge by lea...
EFEKTIFITAS PELAYANAN BIDANG PENGEMBANGAN, KESELAMATAN DAN PENINDAKAN (PKP) PADA DINAS PERHUBUNGAN KOTA MAKASSAR
EFEKTIFITAS PELAYANAN BIDANG PENGEMBANGAN, KESELAMATAN DAN PENINDAKAN (PKP) PADA DINAS PERHUBUNGAN KOTA MAKASSAR
ABSTRAK INGGRIS The study aims to find out how effective the quality of service in the Development, Safety and Enforcement (PKP) Sector at the Makassar City Transportation Se...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
PERUBAHAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
PERUBAHAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
Penulis mencoba menguraikan soal perubahan sosial yang terjadi dalam masyarakat berdasarkan teori-teori perubahan sosial. Perubahan sosial merupakan suatu proses pergeseran struktu...
PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN: KAJIAN KES DI KAMPUNG SERI SERBANG BONGAWAN, PAPAR, SABAH.
PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN: KAJIAN KES DI KAMPUNG SERI SERBANG BONGAWAN, PAPAR, SABAH.
ABSTRACT The ecotourism-based homestay program is often associated with the involvement of rural communities as the main driver of developing rural tourism. However, in the e...
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
<p>Penelitian ini dilakukan di Kotamadya<br />Mataram Nusa Tenggara Barat. Sasaran<br />penelitian adalah suatu masyarakat lokal yang<br />menamakan dirinya...
PERUBAHAN SOSIAL
PERUBAHAN SOSIAL
Modernisasi merupakan perubahan masyarakat dari yang tradisional ke modern.masyarakat modern adalah masyarakat yang telah mengalami transformasi dari segala bentuk.masyarakat moder...

Back to Top