Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH

View through CrossRef
Kajian ini adalah tentang seorang tokoh Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-18 iaitu Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza yang di akhir hayatnya telah bermastautin di pantai barat utara Borneo. Negeri Sabah merupakan sebahagian daripada empayar Kesultanan Brunei sepanjang abad ke-18 dan ke-19. Tokoh Kesultanan Brunei yang merupakan seorang Wazir ini dikenali juga dengan gelaran Raja Tua. Raja Tua telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saiffudin I ke pantai barat utara Borneo pada akhir abad ke-18 untuk mempertahankan wilayah Brunei daripada ancaman musuh dan lanun. Sepanjang menjunjung titah Sultan Brunei di pantai barat utara Borneo, Raja Tua telah mendirikan rumahtangga dengan wanita tempatan. Hasil perkahwinan Raja Tua dengan wanita tempatan, Raja Tua telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Sehingga kini, putera dan puteri Raja Tua melahirkan ramai keturunan beliau di Negeri Sabah. Persoalannya, dimanakah kedudukan keturunan Raja Tua di Negeri Sabah? Siapakah mereka dan bagaimana mereka terkait sebagai keturunan Raja Tua di Sabah. Kajian ini mendapati bahawa suatu fakta yang amat menarik mengenai keturunan kerabat Raja Tua di Negeri Sabah adalah sehingga kini, mereka masih menyimpan salasilah keturunan mereka walaupun Negeri Sabah telah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini adalah menggunakan kaedah rujukan kepustakaan terutamanya di Pusat Sejarah Brunei, Arkib dan perpustakaan. Selain itu, kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data tentang keturunan Raja Tua di Negeri Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa waris keturunan Raja Tua berada di beberapa pelusuk negeri Sabah dan mereka sehingga kini masih menyimpan salasilah mereka. Kajian ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sejarah tentang latar belakang masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sabah terutamanya masyarakat Melayu Brunei. Sejarah tokoh Brunei ini penting dalam meningkatkan jati diri kaum Brunei dan mengekalkan warisan budaya Brunei di Sabah.
Title: DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH
Description:
Kajian ini adalah tentang seorang tokoh Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-18 iaitu Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza yang di akhir hayatnya telah bermastautin di pantai barat utara Borneo.
Negeri Sabah merupakan sebahagian daripada empayar Kesultanan Brunei sepanjang abad ke-18 dan ke-19.
Tokoh Kesultanan Brunei yang merupakan seorang Wazir ini dikenali juga dengan gelaran Raja Tua.
Raja Tua telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saiffudin I ke pantai barat utara Borneo pada akhir abad ke-18 untuk mempertahankan wilayah Brunei daripada ancaman musuh dan lanun.
Sepanjang menjunjung titah Sultan Brunei di pantai barat utara Borneo, Raja Tua telah mendirikan rumahtangga dengan wanita tempatan.
Hasil perkahwinan Raja Tua dengan wanita tempatan, Raja Tua telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri.
Sehingga kini, putera dan puteri Raja Tua melahirkan ramai keturunan beliau di Negeri Sabah.
Persoalannya, dimanakah kedudukan keturunan Raja Tua di Negeri Sabah? Siapakah mereka dan bagaimana mereka terkait sebagai keturunan Raja Tua di Sabah.
Kajian ini mendapati bahawa suatu fakta yang amat menarik mengenai keturunan kerabat Raja Tua di Negeri Sabah adalah sehingga kini, mereka masih menyimpan salasilah keturunan mereka walaupun Negeri Sabah telah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia.
Kajian berbentuk kualitatif ini adalah menggunakan kaedah rujukan kepustakaan terutamanya di Pusat Sejarah Brunei, Arkib dan perpustakaan.
Selain itu, kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data tentang keturunan Raja Tua di Negeri Sabah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa waris keturunan Raja Tua berada di beberapa pelusuk negeri Sabah dan mereka sehingga kini masih menyimpan salasilah mereka.
Kajian ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sejarah tentang latar belakang masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sabah terutamanya masyarakat Melayu Brunei.
Sejarah tokoh Brunei ini penting dalam meningkatkan jati diri kaum Brunei dan mengekalkan warisan budaya Brunei di Sabah.

Related Results

PEMERINTAHAN TRADISIONAL SEMASA ZAMAN SULTAN ABDUL MOMIN DI SUNGAI TUARAN (1877-1885)
PEMERINTAHAN TRADISIONAL SEMASA ZAMAN SULTAN ABDUL MOMIN DI SUNGAI TUARAN (1877-1885)
Sungai Tuaran terletak di sebelah pantai barat Borneo Utara sejak dua atau tiga abad yang lalu. Nama Sungai Tuaran telah wujud pada era pemerintahan Sultan Abdul Momin seperti dije...
HAK WARIS ANTARA PARA AHLI WARIS YANG BERBEDA AGAMA DENGAN PEWARIS MENURUT HUKUM WARIS ISLAM
HAK WARIS ANTARA PARA AHLI WARIS YANG BERBEDA AGAMA DENGAN PEWARIS MENURUT HUKUM WARIS ISLAM
AbstractMarriages that have different religions can cause the offspring born from the marriage to follow a different religion. The change of religion of one or more family members ...
SISTEM POLITIK TRADISIONAL KESULTANAN BRUNEI DI TUARAN SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL MOMIN (1877-1885): SUATU GENEOLOGI SEJARAH
SISTEM POLITIK TRADISIONAL KESULTANAN BRUNEI DI TUARAN SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL MOMIN (1877-1885): SUATU GENEOLOGI SEJARAH
ABSTRACT    The location of Tuaran River is on the coastal river area on the west coast of North Borneo. The emergence of the Tuaran River area has long existed since t...
Jewish Diaspora
Jewish Diaspora
The works included in this bibliography describe Jewish diaspora from various analytical and disciplinary perspectives and touch on a wide range of historical contexts. The attempt...
KONSEP PEMIKIRAN AMIRUL ULUM DALAM BUKUNYA KARTINI NYANTRI DAN RELEVANSINYA TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM
KONSEP PEMIKIRAN AMIRUL ULUM DALAM BUKUNYA KARTINI NYANTRI DAN RELEVANSINYA TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM
ABSTRACT: This study proposes the concept of Amirul Ulum's thought in his book Kartini Nyantri and its relevance in Islamic Education. Seeing the fact that Kartini is a woman warri...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
Peran Diaspora Indonesia Dalam Sistem Pertahanan Negara (Studi Kasus Diaspora Indonesia di Belgia)
Peran Diaspora Indonesia Dalam Sistem Pertahanan Negara (Studi Kasus Diaspora Indonesia di Belgia)
Abstrak -- Sistem pertahanan semesta mengintegrasikan pertahanan militer dan pertahanan nirmiliter. Diaspora Indonesia yang berada di luar negeri memiliki potensi untuk membantu me...

Back to Top