Javascript must be enabled to continue!
Unsur Ketuhanan dalam Lirik Lagu Melayu: Satu Analisis Takmilah
View through CrossRef
Seni penulisan lirik lagu merupakan satu anugerah istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada individu tertentu melalui bakat dan kebolehan yang mengagumkan. Dalam hal ini, cetusan idea dan ilham ini telah digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan karya-karya yang berprestij. Unsur ketuhanan dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid merupakan komposisi penting untuk dibincangkan. Hal ini adalah kerana kebanyakan lirik lagu berunsur ketuhanan didominasi oleh lagu nasyid. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti 12 lirik lagu hasil karya penulis lirik tempatan dan Indonesia dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kajian ini mengkaji unsur ketuhanan yang terdapat dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid dengan mengemukakan tujuh prinsip teori takmilah, iaitu ketuhanan di bawah konsep hubungan manusia dengan Allah, sementara kerasulan, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak adalah di bawah konsep hubungan manusia dengan manusia. Hasil kajian mendapati bahawa ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah menepati kriteria 12 lirik lagu yang dikaji dan wujud hubungan yang signifikan antara 12 buah lirik lagu tersebut dengan ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat “Kamal” (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan “Kamil” (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat “Akmal” (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat “Takmilah” (menyempurnakan), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat “Takmilah” (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan “Kamil” (sempurna).
Title: Unsur Ketuhanan dalam Lirik Lagu Melayu: Satu Analisis Takmilah
Description:
Seni penulisan lirik lagu merupakan satu anugerah istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada individu tertentu melalui bakat dan kebolehan yang mengagumkan.
Dalam hal ini, cetusan idea dan ilham ini telah digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan karya-karya yang berprestij.
Unsur ketuhanan dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid merupakan komposisi penting untuk dibincangkan.
Hal ini adalah kerana kebanyakan lirik lagu berunsur ketuhanan didominasi oleh lagu nasyid.
Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti 12 lirik lagu hasil karya penulis lirik tempatan dan Indonesia dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan.
Kajian ini mengkaji unsur ketuhanan yang terdapat dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid dengan mengemukakan tujuh prinsip teori takmilah, iaitu ketuhanan di bawah konsep hubungan manusia dengan Allah, sementara kerasulan, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak adalah di bawah konsep hubungan manusia dengan manusia.
Hasil kajian mendapati bahawa ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah menepati kriteria 12 lirik lagu yang dikaji dan wujud hubungan yang signifikan antara 12 buah lirik lagu tersebut dengan ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat “Kamal” (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan “Kamil” (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat “Akmal” (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat “Takmilah” (menyempurnakan), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat “Takmilah” (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan “Kamil” (sempurna).
Related Results
Analisis Pendekatan Ekspresif pada Lagu "Takut" Karya Idigtaf
Analisis Pendekatan Ekspresif pada Lagu "Takut" Karya Idigtaf
Musik adalah karya seni yang berupa bunyi atau suara yang disusun dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi yang memiliki kesatuan dan kesinambung...
ANALISIS IMPLIKATUR METAFORA DAN ALIRAN FEMINISME MULTIKULTURAL PADA LIRIK LAGU “NALA” CIPTAAN TULUS (ANALYSIS OF METAPHOR IMPLICATURE AND MULTICULTURAL FEMINISM FLOWS ON THE LYRICS OF THE SONG "NALA" CREATED BY TULUS)
ANALISIS IMPLIKATUR METAFORA DAN ALIRAN FEMINISME MULTIKULTURAL PADA LIRIK LAGU “NALA” CIPTAAN TULUS (ANALYSIS OF METAPHOR IMPLICATURE AND MULTICULTURAL FEMINISM FLOWS ON THE LYRICS OF THE SONG "NALA" CREATED BY TULUS)
AbstractAnalysis of Metaphor Implicature and Multicultural Feminism Flows on the Lyrics of the Song "Nala" Created by Tulus. The lyrics of the song entitled "Nala" by Tulus tell ab...
Analisis Metafora Yang Mengandung Makna Kemanusiaan Dalam Kumpulan Lagu Iwan Fals
Analisis Metafora Yang Mengandung Makna Kemanusiaan Dalam Kumpulan Lagu Iwan Fals
irik-lirik lagu ciptaan Iwan Fals banyak mengungkapkan kritik tentang kemanusiaan yang dirasakan rakyat setempat dari berbagai golongan, baik dalam negeri maupun luar negeri. Kema...
Analisis Unsur Intrinsik Dan Ekstrinsik Lagu Dalam Album Pekal “Salam Sakapoh Iban” Karya Man Pekal
Analisis Unsur Intrinsik Dan Ekstrinsik Lagu Dalam Album Pekal “Salam Sakapoh Iban” Karya Man Pekal
Lirik lagu termasuk bagian dari karya sastra yang digolongkan kedalam puisi. Lirik-liriknya mengandung keindahan tersendiri bagi pencipta dan pendengarnya, unsur intrinsik (fisik d...
Deixis Analysis through song lyrics “Set fire to the Rain” by Adele
Deixis Analysis through song lyrics “Set fire to the Rain” by Adele
Bahasa memiliki bentuk yang unik, yaitu tidak hanya dapat digunakan dalam bentuk lisan maupun tulisan saja, tetapi juga dapat digunakan dalam bidang lain seperti lagu, film, puisi,...
Percampuran Kod Bahasa dalam Lagu: Satu Kajian Kualitatif terhadap Lirik Lagu Raya Terpilih
Percampuran Kod Bahasa dalam Lagu: Satu Kajian Kualitatif terhadap Lirik Lagu Raya Terpilih
Kajian ini membincangkan mengenai percampuran kod bahasa dalam lagu raya terpilih. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti percampuran kod bahasa dalam lirik lagu raya terpi...
KETERKAITAN MUSIK DAN LIRIK DALAM LAGU KERAMAT KARYA RHOMA IRAMA
KETERKAITAN MUSIK DAN LIRIK DALAM LAGU KERAMAT KARYA RHOMA IRAMA
Dilakukannya penelitian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana lirik yang digunakan dalam lagu Keramat karya Rhoma Irama serta bagaimana lirik tersebut direpresentasikan ke dalam...
MAKNA LEKSIKAL DAN GRAMATIKAL LIRIK LAGU DALAM ALBUM MONOKROM KARYA TULUS
MAKNA LEKSIKAL DAN GRAMATIKAL LIRIK LAGU DALAM ALBUM MONOKROM KARYA TULUS
Lirik lagu memiliki beberapa konsep yang sering digunakan, yaitu menceritakan sesuatu atau membawa kesan pengalaman pengarang. Salah satu kumpulan lagu yang menarik baik dalam hal ...

