Javascript must be enabled to continue!
ANALISA SOROTAN KAJIAN MENGENAI SHAYKH 'ABDULLAH 'ARIF DAN KARYA BAHR AL-LAHUT
View through CrossRef
Shaykh ‘Abdullah ‘Arif merupakan salah seorang tokoh pendakwah Islam yang awal menyebarkan Islam di Nusantara. Penemuan manuskrip Bahr al-Lahut dalam katalog di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda dan Perpustakaan Negara Malaysia mengukuhkan dan membuktikan kewujudannya. Namun kajian mengenai Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan manuskrip Bahr al-Lahut yang terbatas telah menimbulkan polemik perbahasan yang berlarutan dalam kalangan pengkaji manuskrip dan sejarah Islam di Nusantara. Antara isu-isu yang timbul adalah mengenai akidah Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan tarikh penulisan Bahr al-Lahut yang tidak dapat dipastikan secara tepat. Justeru, objektif kajian ini menghuraikan latar belakang Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan manuskrip Bahr al-Lahut. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kajian-kajian lepas dan kandungan dari salinan teks asal manuskrip Bahr al-Lahut. Hasil kajian mendapati Shaykh ‘Abdullah ‘Arif merupakan salah seorang pendakwah awal dari Arab yang berusaha menyebarkan Islam menerusi karya Bahr al-Lahut menerusi pengajaran ilmu tauhid dan tasawuf. Dapatan kajian lepas menjelaskan beliau didakwa mempunyai pengaruh syiah yang dilihat dominan melalui doktrin wahdah al-wujud dan Nur Muhammad. Namun, terdapat juga kajian lepas yang mendapati asas akidah Shaykh ‘Abdullah ‘Arif adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana membincangkan konsep menafikan jihah dalam mentauhidkan Allah SWT. Selain itu, pengkaji juga mendapati tiada kesepakatan dalam kalangan penyelidik terdahulu yang mampu menjelaskan tarikh sebenar secara tepat penulisan karya ini. Bagi merungkai permasalahan ini wujud keperluan kajian lanjutan dengan menganalisis aspek fizikal manuskrip asal Bahr al-Lahut bagi mengetahui tarikh penulisan dengan lebih tepat.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: ANALISA SOROTAN KAJIAN MENGENAI SHAYKH 'ABDULLAH 'ARIF DAN KARYA BAHR AL-LAHUT
Description:
Shaykh ‘Abdullah ‘Arif merupakan salah seorang tokoh pendakwah Islam yang awal menyebarkan Islam di Nusantara.
Penemuan manuskrip Bahr al-Lahut dalam katalog di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda dan Perpustakaan Negara Malaysia mengukuhkan dan membuktikan kewujudannya.
Namun kajian mengenai Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan manuskrip Bahr al-Lahut yang terbatas telah menimbulkan polemik perbahasan yang berlarutan dalam kalangan pengkaji manuskrip dan sejarah Islam di Nusantara.
Antara isu-isu yang timbul adalah mengenai akidah Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan tarikh penulisan Bahr al-Lahut yang tidak dapat dipastikan secara tepat.
Justeru, objektif kajian ini menghuraikan latar belakang Shaykh ‘Abdullah ‘Arif dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan manuskrip Bahr al-Lahut.
Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kajian-kajian lepas dan kandungan dari salinan teks asal manuskrip Bahr al-Lahut.
Hasil kajian mendapati Shaykh ‘Abdullah ‘Arif merupakan salah seorang pendakwah awal dari Arab yang berusaha menyebarkan Islam menerusi karya Bahr al-Lahut menerusi pengajaran ilmu tauhid dan tasawuf.
Dapatan kajian lepas menjelaskan beliau didakwa mempunyai pengaruh syiah yang dilihat dominan melalui doktrin wahdah al-wujud dan Nur Muhammad.
Namun, terdapat juga kajian lepas yang mendapati asas akidah Shaykh ‘Abdullah ‘Arif adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana membincangkan konsep menafikan jihah dalam mentauhidkan Allah SWT.
Selain itu, pengkaji juga mendapati tiada kesepakatan dalam kalangan penyelidik terdahulu yang mampu menjelaskan tarikh sebenar secara tepat penulisan karya ini.
Bagi merungkai permasalahan ini wujud keperluan kajian lanjutan dengan menganalisis aspek fizikal manuskrip asal Bahr al-Lahut bagi mengetahui tarikh penulisan dengan lebih tepat.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
ANALISIS KITAB RUJUKAN HADIS YANG DIGUNAKAN DALAM KITAB TA’LIM AL-MUTA’ALLIM OLEH SHAYKH AL-ZARNUJI
ANALISIS KITAB RUJUKAN HADIS YANG DIGUNAKAN DALAM KITAB TA’LIM AL-MUTA’ALLIM OLEH SHAYKH AL-ZARNUJI
<p class="06IsiAbstrak">Kitab <em>Ta’lim al-Muta’alim</em> yang dikarang oleh shaykh al-Zarnuji merupakan kitab klasik yang berisikan adab atau etika belajar dan ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
Membaca Basoeki Abdullah Melalui Penataan Pameran “Rayuan 100 Tahun Basoeki Abdullah”
Membaca Basoeki Abdullah Melalui Penataan Pameran “Rayuan 100 Tahun Basoeki Abdullah”
AbstrakDalam rangka memperingati seratus tahun usia Basoeki Abdullah, Museum Basoeki Abdullah dan Museum Nasional menggelar pameran memeringati seabad perjalanan dan hasil karya se...
PERBANDINGAN ESTETIKA WABI SABI PADA HAIKU KARYA MATSUO BASHO DAN MASAOKA SHIKI DALAM BUKU WABI SABI KARYA MARK REIBSTEIN
PERBANDINGAN ESTETIKA WABI SABI PADA HAIKU KARYA MATSUO BASHO DAN MASAOKA SHIKI DALAM BUKU WABI SABI KARYA MARK REIBSTEIN
Penelitian ini meneliti tentang perbandingan estetika wabi sabi pada haiku karya Matsuo Basho dan Masaoka Shiki pada buku Wabi Sabi karya Mark Reibstein. Penelitian ini bertujuan m...
Pendekatan Pengajaran Guru STEM Dalam Subjek Matematik: Sorotan Literatur Sistematik
Pendekatan Pengajaran Guru STEM Dalam Subjek Matematik: Sorotan Literatur Sistematik
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis, sistematik dan logik, pengajaran menerusi pendekatan pengajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) did...

