Javascript must be enabled to continue!
FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM
View through CrossRef
Falsafah logik disinonimkan sebagai metodologi akal dalam keupayaan berfikir seorang insan. Secara tidak langsungnya, ia menjadi suatu abstrak sejak kewujudan manusia pertama lagi kerana ia saling bergantungan antara kedua-duanya. Manakala penataan dan pembukuan falsafah logik secara sistematik dikatakan telah dimulai oleh seorang tokoh falsafah Yunani yang terkenal iaitu Aristotle sehinggakan beliau digelar sebagai "Guru Pertama" dan seterusnya mempengaruhi budaya intelek serta tamadun manusia. Bahkan penataan dan pembukuan tersebut turut melebar ke wilayah keilmuan Islam lalu diindetifikasikan sebagai ilmu mantik. Melalui kaedah sorotan pensejarahan dan klasifikasi deskriptif, kajian ini menekankan berkenaan sejarah perkembangan falsafah logik gagasan Aristotle yang bermula sebelum kelahiran beliau sehinggalah pengaruh beliau tersebar masuk ke dunia Islam melalui aktiviti dan gerakan penterjemahan serta meninjau reaksi para intelek Muslim berdasarkan beberapa klasifikasi disiplin ilmu Islam. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa tokoh atau aliran yang bersikap terbuka dan mesra dengan falsafah logik Aristotle, tetapi ada juga yang menentang keras terhadapnya. Manakala reaksi al-Ghazali yang bersifat wasatiyyah menerimanya tetapi perlu melalui proses penyaringan dan Islamisasi. Reaksi al-Ghazali tersebut menyebabkan falsafah logik berasimilasi dengan pelbagai disiplin ilmu Islam. Interaksi sebegini secara tidak langsung mengambarkan Islam menganjurkan sikap keterbukaan dalam meraikan ilmu walaupun ia datang dari bukan Islam dan dalam masa yang sama tetap teguh menjaga prinsip-prinsip ajaran agama. Pengkaji juga turut menyentuh beberapa hujah sokongan dan kritikan-kritikan yang dikemukakan ketika mana para cendekiawan berinteraksi dengan ilmu mantik. Reaksi dan metode interaksi mereka perlulah ditekuni dan dinilai seterusnya diadun situasi masa kini dalam usaha pembinaan wacana keilmuan dunia Islam yang lebih mekar.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM
Description:
Falsafah logik disinonimkan sebagai metodologi akal dalam keupayaan berfikir seorang insan.
Secara tidak langsungnya, ia menjadi suatu abstrak sejak kewujudan manusia pertama lagi kerana ia saling bergantungan antara kedua-duanya.
Manakala penataan dan pembukuan falsafah logik secara sistematik dikatakan telah dimulai oleh seorang tokoh falsafah Yunani yang terkenal iaitu Aristotle sehinggakan beliau digelar sebagai "Guru Pertama" dan seterusnya mempengaruhi budaya intelek serta tamadun manusia.
Bahkan penataan dan pembukuan tersebut turut melebar ke wilayah keilmuan Islam lalu diindetifikasikan sebagai ilmu mantik.
Melalui kaedah sorotan pensejarahan dan klasifikasi deskriptif, kajian ini menekankan berkenaan sejarah perkembangan falsafah logik gagasan Aristotle yang bermula sebelum kelahiran beliau sehinggalah pengaruh beliau tersebar masuk ke dunia Islam melalui aktiviti dan gerakan penterjemahan serta meninjau reaksi para intelek Muslim berdasarkan beberapa klasifikasi disiplin ilmu Islam.
Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa tokoh atau aliran yang bersikap terbuka dan mesra dengan falsafah logik Aristotle, tetapi ada juga yang menentang keras terhadapnya.
Manakala reaksi al-Ghazali yang bersifat wasatiyyah menerimanya tetapi perlu melalui proses penyaringan dan Islamisasi.
Reaksi al-Ghazali tersebut menyebabkan falsafah logik berasimilasi dengan pelbagai disiplin ilmu Islam.
Interaksi sebegini secara tidak langsung mengambarkan Islam menganjurkan sikap keterbukaan dalam meraikan ilmu walaupun ia datang dari bukan Islam dan dalam masa yang sama tetap teguh menjaga prinsip-prinsip ajaran agama.
Pengkaji juga turut menyentuh beberapa hujah sokongan dan kritikan-kritikan yang dikemukakan ketika mana para cendekiawan berinteraksi dengan ilmu mantik.
Reaksi dan metode interaksi mereka perlulah ditekuni dan dinilai seterusnya diadun situasi masa kini dalam usaha pembinaan wacana keilmuan dunia Islam yang lebih mekar.
Related Results
Kinetika Reaksi Esterifikasi Asam Lemak Bebas dengan Metanol Menggunakan Katalis Asam Sulfat dan Adsorben Natrium Sulfat
Kinetika Reaksi Esterifikasi Asam Lemak Bebas dengan Metanol Menggunakan Katalis Asam Sulfat dan Adsorben Natrium Sulfat
Air sebagai produk samping harus segera dipisahkan karena akan menggeser kesetimbangan reaksi ke arah reaktan karena sifat reaksi esterifikasi adalah reversibel. Salah satu cara un...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Makna Falsafah Budaya Tallu Lolona
Makna Falsafah Budaya Tallu Lolona
Kebudayaan merupakan hakikat hidup manusia. Karena itu manusia sering disebut makhluk berbudaya karena berbudaya adalah tugas dari Allah. Manusia sebagai makhluk yang memiliki akal...
PENGEMBANGAN ALAT KECEPATAN REAKSI PADA PERMAINAN BOLAVOLI
PENGEMBANGAN ALAT KECEPATAN REAKSI PADA PERMAINAN BOLAVOLI
Penelitian ini adalah bertujuan untuk mengembangkan alat kecepatan reaksi pada permainan bolavoli tahun 2019. Latar belakang dari penelitian ini yaitu kurangnya reaksi gerak atlet ...
Guiding world GM
Guiding world GM
Berbicara tentang falsafah hidup, setiap budaya pastilah memilikinya termasuk dana Mbojo (sebutan lain daerah Bima). Falsafah Hidup yang dimiliki oleh masyarakat Bima adalah Maja L...
Hubungan Reaksi KIPI Pada Anak dengan Kecemasan Orangtua Pasca Penyuntikan Imunisasi DPT- HB-HIB
Hubungan Reaksi KIPI Pada Anak dengan Kecemasan Orangtua Pasca Penyuntikan Imunisasi DPT- HB-HIB
KIPI merupakan kejadian ikutan pasca imunisasi (KIPI) merupakan suatu kejadian sakit dan kematian yang terjadi setelah menerima imunisasi. Pemberian imunisasi menimbulkan kecurigaa...
Analisa Data Kinetika Dengan Mathcad: Reaksi Dekomposisi Etilen Oksida Asumsi Orde-1, Orde-2, dan Orde-3
Analisa Data Kinetika Dengan Mathcad: Reaksi Dekomposisi Etilen Oksida Asumsi Orde-1, Orde-2, dan Orde-3
Salah satu studi yangs ering dilakukan dalam studi masalah-masalah kimia adalah studi kinetika reaksi kimia. Analisa hubungan konsentrasi terhadap waktu hasil eksperimen diharapkan...

