Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam

View through CrossRef
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada cabang pelancongan yang terdapat di Malaysia. Ia mampu memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk mengurus, mengembangkan dan mencapai peningkatan taraf kehidupan mereka. Terdapat enam prinsip utama dalam Pelancongan Berteraskan Komuniti iaitu penglibatan komuniti, sensitiviti budaya, kemampanan alam sekitar, manfaat ekonomi untuk komuniti, menghormati hak asasi manusia dan pendidikan serta pembangunan kapasiti. Kesemua prinsip-prinsip penting ini digariskan untukmemperkasakan lagi industri Pelancongan Berteraskan Komuniti. Dalam waktu yang sama tiada analisis Syarak dilakukan untuk mengetahui keserasian prinsip-prinsip ini dengan ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip ini dari perspektif Islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif. Data dalam kajian ini dikumpul dari sumber primer dan sekunder termasuklah buku, artikel dan dokumen. Data yang diperolehi dianalilsis menggunakan teknik analisis data. Hasil kajian mendapati prinsip-prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti mempunyai asasnya dalam Syariat. Asas Syarak kepada penganjuran pemeliharaan terhadap prinsip-prinsip ini bolehlah disimpulkan pada tiga konsep utama iaitu tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaaan,  menghormati manusia dan alam dan peningkatan diri ke arah yang lebih baik. Prinsip penglibatan komuniti terkandung dalam konsep tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan. Prinsip sensitiviti budaya dan kemampanan alam sekitar pula terangkum dalam konsep menghormati manusia dan alam. Konsep peningkatan diri ke arah yang lebih baik pula merangkumi prinsip manfaat ekonomi kepada komuniti dan konsep pendidikan serta pembangunan kapasiti. Kesemua konsep ini pula tertakluk kepada syarat patuh Syariah.  
Title: Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Description:
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada cabang pelancongan yang terdapat di Malaysia.
Ia mampu memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk mengurus, mengembangkan dan mencapai peningkatan taraf kehidupan mereka.
Terdapat enam prinsip utama dalam Pelancongan Berteraskan Komuniti iaitu penglibatan komuniti, sensitiviti budaya, kemampanan alam sekitar, manfaat ekonomi untuk komuniti, menghormati hak asasi manusia dan pendidikan serta pembangunan kapasiti.
Kesemua prinsip-prinsip penting ini digariskan untukmemperkasakan lagi industri Pelancongan Berteraskan Komuniti.
Dalam waktu yang sama tiada analisis Syarak dilakukan untuk mengetahui keserasian prinsip-prinsip ini dengan ajaran Islam.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip ini dari perspektif Islam.
Kajian ini adalah kajian kualitatif.
Data dalam kajian ini dikumpul dari sumber primer dan sekunder termasuklah buku, artikel dan dokumen.
Data yang diperolehi dianalilsis menggunakan teknik analisis data.
Hasil kajian mendapati prinsip-prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti mempunyai asasnya dalam Syariat.
Asas Syarak kepada penganjuran pemeliharaan terhadap prinsip-prinsip ini bolehlah disimpulkan pada tiga konsep utama iaitu tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaaan,  menghormati manusia dan alam dan peningkatan diri ke arah yang lebih baik.
Prinsip penglibatan komuniti terkandung dalam konsep tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.
Prinsip sensitiviti budaya dan kemampanan alam sekitar pula terangkum dalam konsep menghormati manusia dan alam.
Konsep peningkatan diri ke arah yang lebih baik pula merangkumi prinsip manfaat ekonomi kepada komuniti dan konsep pendidikan serta pembangunan kapasiti.
Kesemua konsep ini pula tertakluk kepada syarat patuh Syariah.
 .

Related Results

Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba seja...
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
Mekanisme Pasar Pada Pasar Kebun Bunga Ditinjau Dari Perspektif Ekonomi Syariah
Mekanisme Pasar Pada Pasar Kebun Bunga Ditinjau Dari Perspektif Ekonomi Syariah
Penelitian ini mengeksplorasi mekanisme pasar tradisional dari perspektif Ekonomi Islam.  Pasar, sebagai titik pertemuan penjual dan pembeli, memegang peran sentral dalam perekonom...
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumber manusia industri pelancongan memainkan peranan utama dalam pembangunan industri pel...
PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN: KAJIAN KES DI KAMPUNG SERI SERBANG BONGAWAN, PAPAR, SABAH.
PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN: KAJIAN KES DI KAMPUNG SERI SERBANG BONGAWAN, PAPAR, SABAH.
ABSTRACT The ecotourism-based homestay program is often associated with the involvement of rural communities as the main driver of developing rural tourism. However, in the e...
Formulasi Konsep Moderasi Islam M Mucharom Syifa
Formulasi Konsep Moderasi Islam M Mucharom Syifa
Abstract: The religious phenomenon of Islam in post-reform Indonesia is thought to have experienced extremism and radicalism. The explosion of terrorism in the name of Islam ...
KONTRIBUSI PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DALAM PRAKTIK INSTRUMEN MUSIK GESEK
KONTRIBUSI PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DALAM PRAKTIK INSTRUMEN MUSIK GESEK
  Kajian ini bertujuan untuk mendiskripsikan mengenai beberapa prinsip-prinsip yang dapat diterapkan pada praktik pengajaran instrumen musik gesek di sekolah. Pembahasan ditekankan...
Persepsi Masyarakat Kota Bengkulu Terhadap Paham Islam Moderat
Persepsi Masyarakat Kota Bengkulu Terhadap Paham Islam Moderat
Penelitian ini dilakukan untuk mendeskripsikan persepsi Masyarakat Kota Bengkulu terhadap Paham Islam Moderat, kemudian dari temuan data dilapangan akan dilakukan analisis secara m...

Back to Top