Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

METODE IBN ADIL AL-HANBALI (W 880H) DALAM PENGHUJAHAN HADITH DI DALAM KITABNYA AL-LUBAB FI ULUM AL-KITAB: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

View through CrossRef
Kajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadith di dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dan menelusuri aspek penggunaan hadith sebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau. Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka. Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid. Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihah untuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadith sebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadith kepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’la di kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadith-hadith tersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh ulamak-ulamak hadith serta tidak menyatakan status hadith samada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut.
Title: METODE IBN ADIL AL-HANBALI (W 880H) DALAM PENGHUJAHAN HADITH DI DALAM KITABNYA AL-LUBAB FI ULUM AL-KITAB: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-FATIHAH
Description:
Kajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadith di dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab.
Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dan menelusuri aspek penggunaan hadith sebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau.
 Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka.
 Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid.
Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini.
Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihah untuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith.
Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadith sebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadith kepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’la di kalangan sahabat.
Beliau tidak menyandarkan hadith-hadith tersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh ulamak-ulamak hadith serta tidak menyatakan status hadith samada saheh, dhaif ataupun mungkar.
Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut.

Related Results

Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
During its early years, the discipline of ‘Ulum al-Ḥadith gradually emerged into existence until it reached maturity in the seventh century with the appearance of the famous work b...
Metodologi Penulisan Manzumah Tajwid Surah Al-Fatihah Karya Jamal Al-Din Al-Sarsari (W. 656h)
Metodologi Penulisan Manzumah Tajwid Surah Al-Fatihah Karya Jamal Al-Din Al-Sarsari (W. 656h)
  Surah al-Fatihah is one of the pillars of prayer that must be read when performing prayer. A person's failure to fulfill the mandatory requirement of reciting surah al-Fatihah in...
Balaghah Analysis of the Tashbih Sentences in the Book of Al-Lubab Al-Hadith
Balaghah Analysis of the Tashbih Sentences in the Book of Al-Lubab Al-Hadith
Tasybih is lexically a simile. While terminologically tasybih is likening or equating one thing with another because of the similarity in one or several characteristics in a meanin...
Resepsi Fungsional Surah Al-Fātiḥaḥ di Kalangan Disabilitas Sensorik Rungu Wicara Rumah Qur’an Sahabat Tuli Asy-Syukur Kediri
Resepsi Fungsional Surah Al-Fātiḥaḥ di Kalangan Disabilitas Sensorik Rungu Wicara Rumah Qur’an Sahabat Tuli Asy-Syukur Kediri
This article aims to understand more deeply how surah Al-Fātiḥaḥ is perceived and functioned practically by people with hearing and speech sensory disabilities (PDSRW) at the Qur'a...
The Nawawi al-Bantani's Hadith Thought in Tanqih al-Qaul al-Hatsits fi Syarh Lubab al-Hadits
The Nawawi al-Bantani's Hadith Thought in Tanqih al-Qaul al-Hatsits fi Syarh Lubab al-Hadits
Nawawi al-Bantani is known as a great scholar from Banten, on the west coast of Java who has expertise in various Islamic disciplines, including hadith science. This paper explores...

Back to Top