Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik

View through CrossRef
  Epilepsi adalah penyakit yang melibatkan masalah kepada neurologi manusia. Malah, epilepsi menyebabkan berlakunya halangan dalam komunikasi verbal ketika penghidap mengalami gangguan otak serta sistem saraf. Oleh itu, epilepsi juga dikaitkan sebagai penyebab berlakunya apraksia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ujaran penghidap epilepsi semasa berlaku kekejangan otot. Kemudian, membincangkan aspek apraksia yang berlaku kepada penghidap epilepsi. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis aspek neuropsikolinguistik penghidap epilepsi terhadap bahasa pertama. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Neurolinguistik Wernicke 1874 dalam perbincangan kajian ini. Hasil dapatan kajian memperlihatkan bahawa penghidap epilepsi mengalami masalah apraksia ketika berlakunya kekejangan otot dan sistem saraf otak. Malah, ujaran bahasa pertama mereka terhalang untuk diungkapkan dengan jelas dan lancar kerana berlakunya gangguan yang melibatkan saraf otak penghidap. Melalui dapatan juga jelas menunjukkan penghidap epilepsi mengalami halangan berbahasa kerana masalah neurologi melibatkan saraf otak mereka. Penghidap cenderung menggunakan suku kata pendek, dialek dan pengguguran konsonan serta vokal dalam perkataan. Tambahan lagi, sawan memberikan kesan kepada tingkah laku penghidap yang memberikan kesan kepada psikologi kerana berasa malu dan takut dengan keadaan yang berlaku. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan ruang untuk lanjutan bagi kajian akan datang melibatkan aspek apraksia kepada penghidap epilepsi.
Title: Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik
Description:
  Epilepsi adalah penyakit yang melibatkan masalah kepada neurologi manusia.
Malah, epilepsi menyebabkan berlakunya halangan dalam komunikasi verbal ketika penghidap mengalami gangguan otak serta sistem saraf.
Oleh itu, epilepsi juga dikaitkan sebagai penyebab berlakunya apraksia.
Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ujaran penghidap epilepsi semasa berlaku kekejangan otot.
Kemudian, membincangkan aspek apraksia yang berlaku kepada penghidap epilepsi.
Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis aspek neuropsikolinguistik penghidap epilepsi terhadap bahasa pertama.
Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Neurolinguistik Wernicke 1874 dalam perbincangan kajian ini.
Hasil dapatan kajian memperlihatkan bahawa penghidap epilepsi mengalami masalah apraksia ketika berlakunya kekejangan otot dan sistem saraf otak.
Malah, ujaran bahasa pertama mereka terhalang untuk diungkapkan dengan jelas dan lancar kerana berlakunya gangguan yang melibatkan saraf otak penghidap.
Melalui dapatan juga jelas menunjukkan penghidap epilepsi mengalami halangan berbahasa kerana masalah neurologi melibatkan saraf otak mereka.
Penghidap cenderung menggunakan suku kata pendek, dialek dan pengguguran konsonan serta vokal dalam perkataan.
Tambahan lagi, sawan memberikan kesan kepada tingkah laku penghidap yang memberikan kesan kepada psikologi kerana berasa malu dan takut dengan keadaan yang berlaku.
Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan ruang untuk lanjutan bagi kajian akan datang melibatkan aspek apraksia kepada penghidap epilepsi.

Related Results

HIV Positif & Komunikasi: Cabaran Mengekalkan Pola Komunikasi Berkesan dalam Kalangan Penghidap Wanita
HIV Positif & Komunikasi: Cabaran Mengekalkan Pola Komunikasi Berkesan dalam Kalangan Penghidap Wanita
Cabaran bergelar seorang penghidap Human Immunodeficiency Virus (HIV) positif sukar digambarkan sama ada oleh penghidap mahupun anggota masyarakat. Jangkitan HIV positif penuh deng...
PENGARUH FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN USIA TERHADAP KUALITAS HIDUP PASIEN EPILEPSI
PENGARUH FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN USIA TERHADAP KUALITAS HIDUP PASIEN EPILEPSI
Pendahuluan: Epilepsi merupakan penyakit neurologis yang mempengaruhi kualitas hidup penderitanya. Hanya ada sedikit penelitian tentang kualitas hidup pasien epilepsi di Indonesia....
Pentingnya Edukasi Epilepsi dalam Pendidikan di Sekolah
Pentingnya Edukasi Epilepsi dalam Pendidikan di Sekolah
Pendidikan tentang epilepsi di sekolah sangat penting untuk menciptakan lingkungan pendidikan inklusif dan meningkatkan pemahaman tentang kondisi neurologis ini di kalangan siswa, ...
SINDROM AMNESTIK ORGANIK PADA ANAK DENGAN EPILEPSI
SINDROM AMNESTIK ORGANIK PADA ANAK DENGAN EPILEPSI
Epilepsy is a chronic neurological disorder that can affect physical, cognitive, psychological, and social aspects in children. One of the prominent impacts is memory impairment, w...
Analisis Kepatuhan Penggunaan Obat Antiepilepsi pada Pasien Epilepsi Rawat Jalan di RSD KRMT Wongsonegoro Semarang : Studi Potong Lintang
Analisis Kepatuhan Penggunaan Obat Antiepilepsi pada Pasien Epilepsi Rawat Jalan di RSD KRMT Wongsonegoro Semarang : Studi Potong Lintang
Epilepsi merupakan salah satu penyakit neurologis yang kronis sehingga berdampak terhadap kualitas hidup penderita dan membutuhkan biaya yang cukup banyak.  Kepatuhan merupakan sal...
PENGARUH POTENSI DIRI, LINGKUNGAN SOSIAL DAN KEAKTIFAN BERORGANISASI TERHADAP KEPRIBADIAN GENERASI MUDA BUDDHIS DI KABUPATEN JEPARA
PENGARUH POTENSI DIRI, LINGKUNGAN SOSIAL DAN KEAKTIFAN BERORGANISASI TERHADAP KEPRIBADIAN GENERASI MUDA BUDDHIS DI KABUPATEN JEPARA
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh langsung potensi diri terhadap keaktifan berorganisasi, pengaruh langsung lingkungan sosial terhadap keaktifan berorganisasi, pen...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...

Back to Top