Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pemuliharaan Masjid Lama Pengkalan Kakap, Merbok, Kedah Darul Aman

View through CrossRef
Makalah ini membincangkan usaha pemuliharaan Masjid Lama Pengkalan Kakap, Merbok, Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Masjid bersejarah ini berkeluasan kecil dan sesuai menampung 40 orang jemaah. Ia didirikan oleh para pedagang Islam sekitar tahun 1800 Masihi atau mungkin lebih awal. Masjid ini merupakan warisan budaya ketara yang menyimpan nilai peradaban silam yang penting untuk dikenang. Namun, masjid ini pernah tertimbus akibat runtuhan tanah sehingga menyebabkan kerosakan pada strukturnya dan tidak dapat digunakan. Setelah ditemukan, pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif pemuliharaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pendekatan yang digunakan dalam usaha pemuliharaan masjid bersejarah ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berkonsep etnografi. Kajian lapangan dijalankan di lokasi masjid melalui kaedah pemerhatian dan temu bual bersama beberapa informan terpilih bagi memperoleh data primer yang sesuai dan mencukupi. Selain itu, kajian perpustakaan turut dilakukan bagi mendapatkan data sokongan. Data dianalisis secara kandungan menggunakan pendekatan pemuliharaan yang digariskan dalam Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara (Julai 2012). Hasil kajian mendapati tiga pendekatan utama digunakan dalam pemuliharaan masjid ini iaitu penyenggaraan (maintenance), pengekalan (preservation) dan pemulihan (rehabilitation). Pengekalan merujuk kepada usaha memastikan struktur, reka bentuk dan nilai sejarah masjid dikekalkan. Penyenggaraan pula melibatkan aspek pengurusan berterusan termasuk pentadbiran dan teknikal oleh pihak berkaitan. Sementara itu, pemulihan struktur bangunan lama melibatkan proses penilaian, perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah memperbaiki atau memulihkan binaan masjid yang rosak akibat faktor usia. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat menambahkan minat para pengkaji untuk meneruskan penyelidikan mengkaji mengenai sejarah dan binaan masjid ini dengan lebih mendalam.
Title: Pemuliharaan Masjid Lama Pengkalan Kakap, Merbok, Kedah Darul Aman
Description:
Makalah ini membincangkan usaha pemuliharaan Masjid Lama Pengkalan Kakap, Merbok, Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Masjid bersejarah ini berkeluasan kecil dan sesuai menampung 40 orang jemaah.
Ia didirikan oleh para pedagang Islam sekitar tahun 1800 Masihi atau mungkin lebih awal.
Masjid ini merupakan warisan budaya ketara yang menyimpan nilai peradaban silam yang penting untuk dikenang.
Namun, masjid ini pernah tertimbus akibat runtuhan tanah sehingga menyebabkan kerosakan pada strukturnya dan tidak dapat digunakan.
Setelah ditemukan, pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif pemuliharaan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pendekatan yang digunakan dalam usaha pemuliharaan masjid bersejarah ini.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berkonsep etnografi.
Kajian lapangan dijalankan di lokasi masjid melalui kaedah pemerhatian dan temu bual bersama beberapa informan terpilih bagi memperoleh data primer yang sesuai dan mencukupi.
Selain itu, kajian perpustakaan turut dilakukan bagi mendapatkan data sokongan.
Data dianalisis secara kandungan menggunakan pendekatan pemuliharaan yang digariskan dalam Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara (Julai 2012).
Hasil kajian mendapati tiga pendekatan utama digunakan dalam pemuliharaan masjid ini iaitu penyenggaraan (maintenance), pengekalan (preservation) dan pemulihan (rehabilitation).
Pengekalan merujuk kepada usaha memastikan struktur, reka bentuk dan nilai sejarah masjid dikekalkan.
Penyenggaraan pula melibatkan aspek pengurusan berterusan termasuk pentadbiran dan teknikal oleh pihak berkaitan.
Sementara itu, pemulihan struktur bangunan lama melibatkan proses penilaian, perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah memperbaiki atau memulihkan binaan masjid yang rosak akibat faktor usia.
Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat menambahkan minat para pengkaji untuk meneruskan penyelidikan mengkaji mengenai sejarah dan binaan masjid ini dengan lebih mendalam.

Related Results

DOCUMENTARY VIDEO PRODUCTION OF “JEJAK INFAQ BAITULLAH MERBOK”
DOCUMENTARY VIDEO PRODUCTION OF “JEJAK INFAQ BAITULLAH MERBOK”
Mosques are often described as a place of worship and a place for managing religious matters. Still, the difference brought by a mosque in Merbok, Kedah makes this mosque a unique ...
KOMPARASI TATA MASSA DAN RUANG PADA MASJID AGUNG SANG CIPTA RASA CIREBON DAN MASJID GEDHE KAUMAN YOGYAKARTA
KOMPARASI TATA MASSA DAN RUANG PADA MASJID AGUNG SANG CIPTA RASA CIREBON DAN MASJID GEDHE KAUMAN YOGYAKARTA
Abstrak- Penyebaran Islam di Indonesia meninggalkan keberagaman budaya akibat adanya akulturasi khususnya di Pulau Jawa. Di antaranya adalah ritual-ritual atau aktivitas asli Jawa ...
Analisis Strategi Dakwah Pengurus Masjid Al-Firdaus dalam Menghadapi Era Society 5.0
Analisis Strategi Dakwah Pengurus Masjid Al-Firdaus dalam Menghadapi Era Society 5.0
Abstract. The presence of Era Society 5.0 creates new habits in the use of technology as problem solving in all aspects of life to provide convenience for the community, incl...
ANALISIS PERILAKU HIDUP BERSIH DAN SEHAT DI MASJID
ANALISIS PERILAKU HIDUP BERSIH DAN SEHAT DI MASJID
Latar belakang: Perilaku Hidup Bersih dan Sehat (PHBS) merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan kesehatan sehingga dapat terwujudnya derajat kesehatan secara optimal...
PENGARUH KOMUNIS DI DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH, 1948-1989
PENGARUH KOMUNIS DI DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH, 1948-1989
Proklamasi Darurat di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 menyaksikan gerakan Komunis, di bawah Parti Komunis Malaya (PKM), menjalankan operasi bersenjata dan aktiviti subvers...
Smart Mosque: Pembuatan Website dan Laporan Keuangan Pusat Dakwah Muhammadiyah Sulawesi Selatan
Smart Mosque: Pembuatan Website dan Laporan Keuangan Pusat Dakwah Muhammadiyah Sulawesi Selatan
Pelaporan keuangan Masjid belum ada peraturan yang mewajibkan dan ditetapkan dalam pelaporan keuangan berbeda halnya perusahan, pemerintah dan lembaga Zakat. Olehnya itu Ta’mir Mas...
Evaluasi manajemen majelis taklim menuju ketakwaan sempurna
Evaluasi manajemen majelis taklim menuju ketakwaan sempurna
In the implementation of the taklim majelis in addition to the ideal criteria in the institution and organization of the taklim, a set of supporters is also needed as mandated in t...

Back to Top