Javascript must be enabled to continue!
Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010): Satu Mekanisme Penginterpretasian Metafora yang Bermodular
View through CrossRef
Perkembangan kajian yang berkaitan dengan metafora memperlihatkan penerokaan pelbagai aspek, termasuklah kajian tentang prosedur penginterpretasian metafora. Kajian sebegini menumpukan kaedah yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk mencungkil maksud tersirat. Hasilnya, muncul pelbagai prosedur penginterpretasian metafora yang digagaskan oleh sarjana dengan ciri dan kaedah yang tersendiri. Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan dan memperincikan kerangka Model Hibrid Baharu oleh Stöver (2010) dengan menumpukan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora yang bercirikan inklusif dan bermodular. Sungguhpun terdapat kajian lepas yang mengaplikasikan Model Hibrid Baharu yang melibatkan ketiga-tiga proses dalam Model Proses Tiga Serangkai, proses penginterpretasian makna metafora itu dilihat tidak menepati gagasan idea yang dikemukakan oleh Stöver (2010). Menyedari kepentingan mempolemikkan isu ini, makalah ini mengambil tanggungjawab untuk membincangkan prosedur penginterpretasian metafora berdasarkan Model Hibrid Baharu dengan memfokuskan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai yang melibatkan peringkat demi peringkat. Oleh itu, ungkapan metafora “api” yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Ternyata, perbincangan tentang Model Hibrid Baharu adalah signifikan bagi memastikan kesahan maklumat daripada sumber primer dapat dipelihara dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan bidang linguistik kognitif dan pragmatik. Makalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji akan datang untuk menginterpretasikan maksud metafora kerana pelbagai input yang memanifestasikan keunggulan pemikiran Melayu dapat diserlahkan secara empiris.
Title: Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010): Satu Mekanisme Penginterpretasian Metafora yang Bermodular
Description:
Perkembangan kajian yang berkaitan dengan metafora memperlihatkan penerokaan pelbagai aspek, termasuklah kajian tentang prosedur penginterpretasian metafora.
Kajian sebegini menumpukan kaedah yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk mencungkil maksud tersirat.
Hasilnya, muncul pelbagai prosedur penginterpretasian metafora yang digagaskan oleh sarjana dengan ciri dan kaedah yang tersendiri.
Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan dan memperincikan kerangka Model Hibrid Baharu oleh Stöver (2010) dengan menumpukan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora yang bercirikan inklusif dan bermodular.
Sungguhpun terdapat kajian lepas yang mengaplikasikan Model Hibrid Baharu yang melibatkan ketiga-tiga proses dalam Model Proses Tiga Serangkai, proses penginterpretasian makna metafora itu dilihat tidak menepati gagasan idea yang dikemukakan oleh Stöver (2010).
Menyedari kepentingan mempolemikkan isu ini, makalah ini mengambil tanggungjawab untuk membincangkan prosedur penginterpretasian metafora berdasarkan Model Hibrid Baharu dengan memfokuskan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai yang melibatkan peringkat demi peringkat.
Oleh itu, ungkapan metafora “api” yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dimanfaatkan sebagai bahan kajian.
Ternyata, perbincangan tentang Model Hibrid Baharu adalah signifikan bagi memastikan kesahan maklumat daripada sumber primer dapat dipelihara dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan bidang linguistik kognitif dan pragmatik.
Makalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji akan datang untuk menginterpretasikan maksud metafora kerana pelbagai input yang memanifestasikan keunggulan pemikiran Melayu dapat diserlahkan secara empiris.
Related Results
Bentuk Metafora dalam Puisi Karya Mahdi Idris
Bentuk Metafora dalam Puisi Karya Mahdi Idris
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan bentuk metafora dalam puisi karya Mahdi Idris. Metode penelitian yang digunakan berupa deskriptif kualitatif. Sumber data dalam penel...
SIMBOL METAFORA DALAM LIRIK LAGU BTS PADA ALBUM BTS, THE BEST (Kajian Semiotik)
SIMBOL METAFORA DALAM LIRIK LAGU BTS PADA ALBUM BTS, THE BEST (Kajian Semiotik)
Simbol merupakan komponen yang harus ada dan jelas dalam puisi, karena jika tidak ada, suatu karya tersebut tidak dapat dikatakan sebuah puisi. Tujuan dalam penelitian ini adalah m...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Ekspresi Figuratif Metafora dalam Penerjemahan Bahasa Inggris Ke dalam Bahasa Indonesia pada Novel Karya Leigh
Ekspresi Figuratif Metafora dalam Penerjemahan Bahasa Inggris Ke dalam Bahasa Indonesia pada Novel Karya Leigh
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan (1) komponen metafora pada bahasa sumber (BSu) dan bahasa Sasaran (BSa), Jenis penelitian ini adalah penelitian kualitatif dengan dat...
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
Metafora dalam sastra lisan merupakan bagian khazanah kekayaan kebudayaan masyarakat Melayu Islam Sumatera Selatan. Beragam bentuk sastra lisan masyarakat Melayu Sumatera Selatan m...
Metafora Bahasa Arsitektur dalam Narasi Novel Hello Karya Tere Liye
Metafora Bahasa Arsitektur dalam Narasi Novel Hello Karya Tere Liye
Analisis ini berjudul “Metafora Bahasa Arsitektur dalam Narasi Novel Hello Karya Tere Liye” bertujuan menganalisis makna serta fungsi metafora bahasa arsitektur dalam membangun nar...
Rheological Properties and Microscopic Morphology Evaluation of UHMWPE-Modified Corn Stover Oil Bio-Asphalt
Rheological Properties and Microscopic Morphology Evaluation of UHMWPE-Modified Corn Stover Oil Bio-Asphalt
In order to promote the efficient utilization of bio-oil, corn stover oil and petroleum asphalt were used to prepare bio-asphalt. UHMWPE was adopted to strengthen the high-temperat...

