Javascript must be enabled to continue!
SKIM PEMBIAYAAN BANTUAN MODAL UNTUK USAHAWAN ASNAF
View through CrossRef
Secara umumnya, usahawan asnaf merupakan golongan yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan atau pinjaman untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kerana ketiadaan rekod kewangan yang baik. Isu ini telah menyebabkan golongan asnaf terus berada dalam keadaan selesa dengan pergantungan sepenuhnya bantuan kewangan dari institusi zakat untuk membangunkan keperluan ekonomi semasa keluarga. Bagi memastikan agihan dana kewangan kepada golongan asnaf tetap relevan dengan perkembangan semasa, institusi zakat atau institusi kewangan telah memperkenalkan dana zakat atau dana kewangan dalam bentuk skim pembiayaan bantuan modal kepada golongan asnaf. Langkah ini diambil dengan harapan dapat membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti skim pembiayaan bantuan modal yang ditawarkan untuk usahawan asnaf dalam membantu membangunkan ekonomi usahawan asnaf. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif daripada perspektif sumber data sekunder yang membolehkan maklumat diperoleh dengan memahami dan merungkai pembiayaan untuk usahawan asnaf. Justeru, dapatan menunjukkan bahawa di Malaysia, keusahawanan merupakan satu aktiviti yang signifikan dalam proses membangunkan ekonomi golongan asnaf. Manakala, pembiayaan merujuk kepada penyediaan dana yang disediakan oleh institusi zakat atau institusi kewangan bagi memenuhi keperluan pihak yang mengalami defisit. Pembiayaan ini juga dikenali sebagai dana yang dirancang. Dalam kajian ini, pihak yang mengalami defisit ialah usahawan asnaf. Oleh yang demikian terdapat pembiayaan bantuan modal oleh institusi bukan perbankan, institusi bank, dan institusi zakat ditawarkan kepada usahawan asnaf yang dapat memenuhi keperluan ekonomi mereka.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: SKIM PEMBIAYAAN BANTUAN MODAL UNTUK USAHAWAN ASNAF
Description:
Secara umumnya, usahawan asnaf merupakan golongan yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan atau pinjaman untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kerana ketiadaan rekod kewangan yang baik.
Isu ini telah menyebabkan golongan asnaf terus berada dalam keadaan selesa dengan pergantungan sepenuhnya bantuan kewangan dari institusi zakat untuk membangunkan keperluan ekonomi semasa keluarga.
Bagi memastikan agihan dana kewangan kepada golongan asnaf tetap relevan dengan perkembangan semasa, institusi zakat atau institusi kewangan telah memperkenalkan dana zakat atau dana kewangan dalam bentuk skim pembiayaan bantuan modal kepada golongan asnaf.
Langkah ini diambil dengan harapan dapat membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan.
Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti skim pembiayaan bantuan modal yang ditawarkan untuk usahawan asnaf dalam membantu membangunkan ekonomi usahawan asnaf.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif daripada perspektif sumber data sekunder yang membolehkan maklumat diperoleh dengan memahami dan merungkai pembiayaan untuk usahawan asnaf.
Justeru, dapatan menunjukkan bahawa di Malaysia, keusahawanan merupakan satu aktiviti yang signifikan dalam proses membangunkan ekonomi golongan asnaf.
Manakala, pembiayaan merujuk kepada penyediaan dana yang disediakan oleh institusi zakat atau institusi kewangan bagi memenuhi keperluan pihak yang mengalami defisit.
Pembiayaan ini juga dikenali sebagai dana yang dirancang.
Dalam kajian ini, pihak yang mengalami defisit ialah usahawan asnaf.
Oleh yang demikian terdapat pembiayaan bantuan modal oleh institusi bukan perbankan, institusi bank, dan institusi zakat ditawarkan kepada usahawan asnaf yang dapat memenuhi keperluan ekonomi mereka.
Related Results
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN DI KALANGAN ASNAF DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN LITERATUR
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN DI KALANGAN ASNAF DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN LITERATUR
Bidang keusahawanan mempunyai potensi yang tinggi untuk mengubah keadaan sosio ekonomi masyarakat dan negara. Demi peningkatan sosio ekonomi keluarga, golongan asnaf juga tidak te...
ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR LATIHAN, PENGALAMAN DAN MOTIVASI KE ARAH KELESTARIAN PERNIAGAAN HALAL DI KALANGAN USAHAWAN ASNAF
ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR LATIHAN, PENGALAMAN DAN MOTIVASI KE ARAH KELESTARIAN PERNIAGAAN HALAL DI KALANGAN USAHAWAN ASNAF
Kelestarian perniagaan halal di kalangan usahawan asnaf merupakan satu cabaran yang memerlukan pendekatan holistik, khususnya dalam aspek latihan, pengalaman, dan motivasi. Usahawa...
Pemerkasaan Potensi dan Taraf Ekonomi Melalui Agihan Zakat Bantuan Modal Perniagaan
Pemerkasaan Potensi dan Taraf Ekonomi Melalui Agihan Zakat Bantuan Modal Perniagaan
Zakat merupakan rukun Islam yang menjadi kewajipan individu Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Kini agihan zakat telah diperluaskan dalam bentuk bantuan modal perniagaan bagi me...
Keberhasilan Pembasmian Kemiskinan Melalui Agihan Zakat Bantuan Modal Perniagaan
Keberhasilan Pembasmian Kemiskinan Melalui Agihan Zakat Bantuan Modal Perniagaan
Zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Agihan zakat telah diperluaskan dalam bentuk ...
Strategic Effectiveness of Zakat Aid Implementation in Empowering the Asnaf Economy: A Study in Taiping, Perak
Strategic Effectiveness of Zakat Aid Implementation in Empowering the Asnaf Economy: A Study in Taiping, Perak
Poverty is a serious issue that directly impacts a country's economic development. According to statistics, the state of Perak records a total of 34,673 household heads still livin...
PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ASNAF LUAR BANDAR DI NEGERI PAHANG (DEVELOPMENT OF RURAL ASNAF ENTREPRENEURS IN PAHANG)
PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ASNAF LUAR BANDAR DI NEGERI PAHANG (DEVELOPMENT OF RURAL ASNAF ENTREPRENEURS IN PAHANG)
Keusahawanan luar bandar perlu diberi perhatian yang serius khususnya bagi melahirkan usahawan terutama dari kalangan asnaf zakat. Usahawan yang berkualiti mampu mengubah status ma...
AGIHAN MODAL ZAKAT TERHADAP USAHAWAN TANI ASNAF: SATU TINJAUAN AWAL DI MALAYSIA
AGIHAN MODAL ZAKAT TERHADAP USAHAWAN TANI ASNAF: SATU TINJAUAN AWAL DI MALAYSIA
Usahawan tani merupakan satu sektor terpenting dalam membangunkan ekonomi negara khususnya negara Malaysia. Ianya adalah kerana manusia fitrahnya memerlukan makanan demi meneruskan...
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Microfinance is one of the financial instruments for small and medium entrepreneurs to run a business. The constrains to obtain a capital often involving underprivileged entreprene...

