Javascript must be enabled to continue!
Pandangan Hidup Islam dan Matlamat Pendidikan Indonesia: Satu Kajian Sistematik
View through CrossRef
Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji wacana sedia ada mengenai kepentingan pandangan hidup Islam dengan matlamat pendidikan Indonesia. Untuk mencapai objektif kajian ini, makalah ini bertujuan untuk menganalisis secara kritis dan mensintesis kecenderungan kajian terkini yang berkaitan dengan pandangan hidup Islam dan matlamat pendidikan Indonesia. Kajian ini menggunakan kajian sistematik untuk penulisan akademik berdasarkan tiga pangkalan data. Berdasarkan tinjauan sistematik literatur (SLR) yang dilakukan, terdapat 124 artikel telah ditemui menggunakan kata kunci Pendidikan Islam, Pandangan Hidup Islam, dan Matlamat Pendidikan Indonesia. Walau bagaimanapun, setelah menilai keseluruhan aspek artikel, merangkumi judul, abstrak dan kandungan teks, didapati hanya 17 artikel layak dianalisis selepas lulus proses penapisan. Penemuan berdasarkan SLR yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun terdapat kajian-kajian berkenaan pandangan hidup Islam dalam pendidikan Indonesia telah dijalankan, namun fokus kajian-kajian tersebut adalah untuk menganalisis matlamat pendidikan Indonesia berdasarkan skop yang lebih umum iaitu berpandukan perspektif Islam atau al-Quran tanpa menghubungkan dengan lebih jelas pandangan hidup Islam yang bersifat lebih spesifik, yang merupakan fokus kajian ini. Oleh itu, hasil dapatan SLR ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji lebih lanjut tentang kepentingan pandangan hidup Islam bagi dijadikan asas untuk mencapai kesejahteraan menerusi matlamat pendidikan Indonesia.
Title: Pandangan Hidup Islam dan Matlamat Pendidikan Indonesia: Satu Kajian Sistematik
Description:
Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji wacana sedia ada mengenai kepentingan pandangan hidup Islam dengan matlamat pendidikan Indonesia.
Untuk mencapai objektif kajian ini, makalah ini bertujuan untuk menganalisis secara kritis dan mensintesis kecenderungan kajian terkini yang berkaitan dengan pandangan hidup Islam dan matlamat pendidikan Indonesia.
Kajian ini menggunakan kajian sistematik untuk penulisan akademik berdasarkan tiga pangkalan data.
Berdasarkan tinjauan sistematik literatur (SLR) yang dilakukan, terdapat 124 artikel telah ditemui menggunakan kata kunci Pendidikan Islam, Pandangan Hidup Islam, dan Matlamat Pendidikan Indonesia.
Walau bagaimanapun, setelah menilai keseluruhan aspek artikel, merangkumi judul, abstrak dan kandungan teks, didapati hanya 17 artikel layak dianalisis selepas lulus proses penapisan.
Penemuan berdasarkan SLR yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun terdapat kajian-kajian berkenaan pandangan hidup Islam dalam pendidikan Indonesia telah dijalankan, namun fokus kajian-kajian tersebut adalah untuk menganalisis matlamat pendidikan Indonesia berdasarkan skop yang lebih umum iaitu berpandukan perspektif Islam atau al-Quran tanpa menghubungkan dengan lebih jelas pandangan hidup Islam yang bersifat lebih spesifik, yang merupakan fokus kajian ini.
Oleh itu, hasil dapatan SLR ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji lebih lanjut tentang kepentingan pandangan hidup Islam bagi dijadikan asas untuk mencapai kesejahteraan menerusi matlamat pendidikan Indonesia.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
RELASI DAN REKONSILIASI ANTARA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN BARAT
RELASI DAN REKONSILIASI ANTARA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN BARAT
Mengacu pada daftar yang dilansir http://www.mbctimes.com/, 20 negara yang memiliki sistem pendidikan terbaik pada tahun 2015/2016 adalah: 1) Korea Selatan; 2) Jepang; 3) Singapura...
Jejak Pendidikan Islam di Sumatera Barat
Jejak Pendidikan Islam di Sumatera Barat
Islam pertama kali diperkenalkan kepada masyarakat setempat oleh pedagang Muslim yang menjalani aktivitas dagang. Ini seiring waktu, menyebabkan peningkatan minat dan akhirnya pene...
Indonesianisasi Islam: Penguatan Islam Moderat dalam Lembaga Pendidikan Islam di Indonesia
Indonesianisasi Islam: Penguatan Islam Moderat dalam Lembaga Pendidikan Islam di Indonesia
Abstract: The history records that Islam entered Indonesia conducted through peaceful Da’wa. This peaceful Da’wa has given birth to the moderate Islam for Indonesian. The moderate ...
Understanding Form–function Relationship: The Case Of Written Texts Of An Electronics Manufacturing Firm
Understanding Form–function Relationship: The Case Of Written Texts Of An Electronics Manufacturing Firm
Terdapat perbezaan di antara penulisan teks untuk pekerjaan dengan penulisan teks untuk ilmiah. Walaupun banyak penyelidikan telah dijalankan untuk memenuhi kehendak pekerja dan ma...
[Zainuddin Labay Al-Yunusiyyah: The Great Muslih From Minangkabau] Zainuddin Labay Al-Yunusiyyah: Muslih Hebat Dari Minangkabau
[Zainuddin Labay Al-Yunusiyyah: The Great Muslih From Minangkabau] Zainuddin Labay Al-Yunusiyyah: Muslih Hebat Dari Minangkabau
Abstract
Zainuddin Labay al-Yunusiyyah was one of the Islah Minangkabau scholar that play a huge role in the Islah Islamic thought and Islamic education reformation. Even tho...

