Javascript must be enabled to continue!
KESUNYIAN DALAM PERADABAN MODEN
View through CrossRef
Kesunyian atau loneliness bukan sekadar pengalaman psikologi individu, tetapi semakin jelas merupakan fenomena peradaban. Dalam konteks modeniti, manusia hidup dalam dunia yang semakin terhubung melalui teknologi digital, urbanisasi dan globalisasi. Namun pada masa yang sama manusia mengalami kehidupan terasing atau kesunyian yang semakin mendalam. Artikel ini membincangkan kesunyian yang dihadapi oleh individu sebagai paradoks peradaban moden iaitu suatu keadaan ketika era kemajuan material dan teknologi perhubungan berlaku tetapi tidak menjamin kewujudan interaksi dan hubungan sosial yang bermakna pada sesetengah individu. Sehubungan itu, perbincangan dilakukan bagi mengenalpasti apakah faktor-faktor fundamental yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan falsafah sosiologi dengan meneliti pandangan klasik Émile Durkheim mengenai anomie dan analisis Zygmunt Bauman tentang liquid modernity terhadap masyarakat moden. Analisis ini menunjukkan bahawa kesunyian adalah cerminan krisis individualisme dan perubahan struktur sosial, teknologi digital dan media sosial serta ekonomi dan globalisasi. Memahami kesunyian sebagai fenomena peradaban dapat membuka ruang untuk membina semula asas solidariti sosial, nilai spiritual dan identiti kolektif. Ia juga memberikan sumbangan baharu kepada wacana peradaban dengan mengangkat kesunyian merupakan masalah individu yang menjadi tanda rapuhnya asas kemanusiaan dalam peradaban moden.
Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd
Title: KESUNYIAN DALAM PERADABAN MODEN
Description:
Kesunyian atau loneliness bukan sekadar pengalaman psikologi individu, tetapi semakin jelas merupakan fenomena peradaban.
Dalam konteks modeniti, manusia hidup dalam dunia yang semakin terhubung melalui teknologi digital, urbanisasi dan globalisasi.
Namun pada masa yang sama manusia mengalami kehidupan terasing atau kesunyian yang semakin mendalam.
Artikel ini membincangkan kesunyian yang dihadapi oleh individu sebagai paradoks peradaban moden iaitu suatu keadaan ketika era kemajuan material dan teknologi perhubungan berlaku tetapi tidak menjamin kewujudan interaksi dan hubungan sosial yang bermakna pada sesetengah individu.
Sehubungan itu, perbincangan dilakukan bagi mengenalpasti apakah faktor-faktor fundamental yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya.
Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan falsafah sosiologi dengan meneliti pandangan klasik Émile Durkheim mengenai anomie dan analisis Zygmunt Bauman tentang liquid modernity terhadap masyarakat moden.
Analisis ini menunjukkan bahawa kesunyian adalah cerminan krisis individualisme dan perubahan struktur sosial, teknologi digital dan media sosial serta ekonomi dan globalisasi.
Memahami kesunyian sebagai fenomena peradaban dapat membuka ruang untuk membina semula asas solidariti sosial, nilai spiritual dan identiti kolektif.
Ia juga memberikan sumbangan baharu kepada wacana peradaban dengan mengangkat kesunyian merupakan masalah individu yang menjadi tanda rapuhnya asas kemanusiaan dalam peradaban moden.
Related Results
Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-Nur
Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-Nur
Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari berasa sunyi. Walaupun setiap individu akan mengalami kesunyian pada suatu ketika dalam kehidupan mereka, kebanyakkan kajian meneka...
Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-Nur
Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-Nur
Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari berasa sunyi. Walaupun setiap individu akan mengalami kesunyian pada suatu ketika dalam kehidupan mereka, kebanyakkan kajian meneka...
ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
Islam peradaban melayu apapun bentuknya menjadi (manifestasi) iman dan amal saleh manusia dalam pengabdian kepada Tuhan Yang Maha Esa. Islam peradaban dalam menegakkan tidak hanya ...
Pengaruh Lokus Kawalan dan Kebimbangan Terhadap Kesunyian: Penghargaan Kendiri Sebagai Perantara
Pengaruh Lokus Kawalan dan Kebimbangan Terhadap Kesunyian: Penghargaan Kendiri Sebagai Perantara
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh lokus kawalan dan kebimbangan terhadap kesunyian pelajar dan juga menggunakan penghargaan kendiri sebagai perantara. Jumlah r...
INTEGRASI PEMIKIRAN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
INTEGRASI PEMIKIRAN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
Integrasi pemikiran Islam dan peradaban Melayu menjadikan akulturasi dan asimilasi antara keduanya hingga melahirkan corak peradaban Melayu Islam baru yang memiliki karakteristik t...
Pesantren dan Fiqih Peradaban
Pesantren dan Fiqih Peradaban
Buku "Pesantren dan Fiqih Peradaban" ini adalah upaya penulis menginterpretasi gagasan fiqih peradaban yang dicanangkan oleh Nahdlatul Ulama (NU) dengan membahas dan mengkaji peran...
PERIODE PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM DAN CIRI-CIRINYA
PERIODE PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM DAN CIRI-CIRINYA
Artikel ini mengulas periode perkembangan peradaban Islam dan ciri-cirinya yang membentuk identitas budaya Islam secara luas. Peradaban Islam mengalami beberapa periode penting yan...
Peran Nabi Adam A.S. dalam Konstruksi Awal Peradaban Manusia: Analisis Tafsir atas Konsep Khalifah dan Profetisme
Peran Nabi Adam A.S. dalam Konstruksi Awal Peradaban Manusia: Analisis Tafsir atas Konsep Khalifah dan Profetisme
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis peran Nabi Adam a.s. dalam konstruksi awal peradaban manusia melalui kajian tafsir Al-Qur’an, khususnya berkaitan dengan konsep khalifah...

