Javascript must be enabled to continue!
Noor Afiqah Shuhaidah binti Khairuddin lwn Khairuddin bin Abu Samah (NO. KES: 2303-L0205-124-0262)
View through CrossRef
Kes ini berkaitan tuntutan wali enggan yang difailkan oleh Plaintif terhadap bapanya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban di bawah Seksyen 13(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Plaintif menuntut agar pernikahan dengan calon pilihannya dapat dilangsungkan setelah Defendan enggan mewalikannya tanpa alasan munasabah. Mahkamah meneliti keterangan kedua-dua pihak, saksi-saksi, serta merujuk dalil al-Quran, al-Hadis, dan pandangan fuqaha. Mahkamah percaya, peranan wali dalam akad nikah ini telah dimaklumi umum, merupakan satu rukun nikah yang tidak boleh dipandang ringan. Wali berfungsi sebagai pelindung dan penasihat kepada wanita, khususnya dalam urusan perkahwinan yang melibatkan masa depan dan maruah. Keadaan wali yang enggan menikahkan anak perempuannya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif, bukan sahaja terhadap anak perempuan yang terlibat, tetapi juga terhadap institusi kekeluargaan dan masyarakat secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya memberi kebenaran wali raja tanpa mempertimbangkan keterangan daripada wali bagi mengimbangi hak wali dan hak anak perempuan itu sendiri. Walau bagaimanapun, dalam kes ini selepas pihak wali diberikan ruang untuk memberi keterangan dan membuktikan dakwaan berkaitan kengganannya, analisis Mahkamah mendapati bahawa kuasa wali mujbir tetap terikat dengan syarat sekufu serta larangan menolak calon suami yang beragama dan berakhlak baik. Dalam kes ini, calon suami Plaintif didapati sekufu, berpendidikan, berpendapatan stabil, dan tidak mempunyai halangan syarak. Alasan Defendan mengenai keengganannya tidak dapat dibuktikan serta tiada calon lain pilihan wali yang lebih sekufu dikemukakan. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan telah enggan mewalikan Plaintif tanpa alasan syarie yang sah. Oleh itu, Mahkamah memberi persetujuan dan membenarkan pernikahan Plaintif dilangsungkan melalui wali hakim (Wali Raja). Keputusan ini menegaskan prinsip bahawa hak wali mujbir tidak boleh disalahgunakan untuk menghalang perkahwinan yang sah di sisi syarak, khususnya apabila syarat sekufu dan kerelaan pihak perempuan telah dipenuhi.
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Noor Afiqah Shuhaidah binti Khairuddin lwn Khairuddin bin Abu Samah (NO. KES: 2303-L0205-124-0262)
Description:
Kes ini berkaitan tuntutan wali enggan yang difailkan oleh Plaintif terhadap bapanya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban di bawah Seksyen 13(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Plaintif menuntut agar pernikahan dengan calon pilihannya dapat dilangsungkan setelah Defendan enggan mewalikannya tanpa alasan munasabah.
Mahkamah meneliti keterangan kedua-dua pihak, saksi-saksi, serta merujuk dalil al-Quran, al-Hadis, dan pandangan fuqaha.
Mahkamah percaya, peranan wali dalam akad nikah ini telah dimaklumi umum, merupakan satu rukun nikah yang tidak boleh dipandang ringan.
Wali berfungsi sebagai pelindung dan penasihat kepada wanita, khususnya dalam urusan perkahwinan yang melibatkan masa depan dan maruah.
Keadaan wali yang enggan menikahkan anak perempuannya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif, bukan sahaja terhadap anak perempuan yang terlibat, tetapi juga terhadap institusi kekeluargaan dan masyarakat secara keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya memberi kebenaran wali raja tanpa mempertimbangkan keterangan daripada wali bagi mengimbangi hak wali dan hak anak perempuan itu sendiri.
Walau bagaimanapun, dalam kes ini selepas pihak wali diberikan ruang untuk memberi keterangan dan membuktikan dakwaan berkaitan kengganannya, analisis Mahkamah mendapati bahawa kuasa wali mujbir tetap terikat dengan syarat sekufu serta larangan menolak calon suami yang beragama dan berakhlak baik.
Dalam kes ini, calon suami Plaintif didapati sekufu, berpendidikan, berpendapatan stabil, dan tidak mempunyai halangan syarak.
Alasan Defendan mengenai keengganannya tidak dapat dibuktikan serta tiada calon lain pilihan wali yang lebih sekufu dikemukakan.
Mahkamah memutuskan bahawa Defendan telah enggan mewalikan Plaintif tanpa alasan syarie yang sah.
Oleh itu, Mahkamah memberi persetujuan dan membenarkan pernikahan Plaintif dilangsungkan melalui wali hakim (Wali Raja).
Keputusan ini menegaskan prinsip bahawa hak wali mujbir tidak boleh disalahgunakan untuk menghalang perkahwinan yang sah di sisi syarak, khususnya apabila syarat sekufu dan kerelaan pihak perempuan telah dipenuhi.
Related Results
Eksistensi Substansial Qanun Lembaga Wali Nanggroe Dalam Sosiokultural Masyarakat Aceh
Eksistensi Substansial Qanun Lembaga Wali Nanggroe Dalam Sosiokultural Masyarakat Aceh
Penelitian ini bertujuan untuk mengekplorasi eksistensi substansial Lembaga Wali Nanggroe (LWN) yang terdapat di Provinsi Aceh. Keberadaan LWN di Aceh pada awalnya mendapatkan pro-...
Nuevas perspectivas sobre la evaluación del cayente de los tejidos de calada
Nuevas perspectivas sobre la evaluación del cayente de los tejidos de calada
Drape indicators reported by textile researchers from 1950 to 2013 are examined. A total of 36 indicators were identified that are described in detail as regards geometric principl...
STRATEGI DAKWAH ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
STRATEGI DAKWAH ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
Tujuan penelitian ini untuk mengungkap Strategi Dakwah Abu Bakar Ash-Shiddiq: (1) Dakwah Bi al-Lisan Abu Bakar Ash-Shiddiq; 2) Dakwah Bi al-hal Abu Bakar Ash-Shiddiq; 3) Dakwah Bi ...
Penentuan Kandungan Logam Magnetik Komponen Penyusun Abu Layang Batubara
Penentuan Kandungan Logam Magnetik Komponen Penyusun Abu Layang Batubara
Telah dilakukan penelitian penentuan kandungan logam magnetik penyusun abu layang batubara. Abu layang merupakan material berupa serbuk halus yang dihasilkan dari pembakaran batuba...
PERANAN ABU UBAIDAH BIN JARRAH DALAM PERANG YARMUK TAHUN 636 M
PERANAN ABU UBAIDAH BIN JARRAH DALAM PERANG YARMUK TAHUN 636 M
ABSTRAKAbu Ubaidah bin jarrah r. a salah satu sahabat Nabi yang tidak mementingkan jabatan ataupun posisi istimewa dipemerintahan, melaikan hanya menjalankan dengan kesungguhannya...
Mohd Azhar bin Junos lwn Nurul Shahfika binti Mokhtar (No. Kes: 2312-L0705-152-0498)
Mohd Azhar bin Junos lwn Nurul Shahfika binti Mokhtar (No. Kes: 2312-L0705-152-0498)
Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan kes pengesahan perceraian di bawah seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Plaintif di dalam permohonanny...
Jariah binti Abu Samah lwn Razali bin Mohd Saad (No. Kes: 2304-L0105-221-0420)
Jariah binti Abu Samah lwn Razali bin Mohd Saad (No. Kes: 2304-L0105-221-0420)
Plaintif di dalam kes ini telah membuat tuntutan nafkah ‘iddah terhadap Defendan selepas perceraian talaq satu raj’i. Tuntutan nafkah ini merangkumi perbelanjaan untuk makan minum,...
HUBUNGAN GAYA BELAJAR DENGAN PRESTASI BELAJAR MAHASISWI MAHAD AISYAH BINTI ABU BAKAR ANGKATAN 2020
HUBUNGAN GAYA BELAJAR DENGAN PRESTASI BELAJAR MAHASISWI MAHAD AISYAH BINTI ABU BAKAR ANGKATAN 2020
Gaya belajar adalah kombinasi dari bagaimana seseorang menyerap, dan kemudian mengatur, serta mengolah informasi. Pentingnya memahami gaya belajar seseorang terletak pada fakta bah...

