Javascript must be enabled to continue!
Prinsip undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016
View through CrossRef
Akta Syarikat 2016 diperkenalkan hasil cadangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat untuk mewujudkan satu akta yang bersifat maju ke hadapan dan membantu komuniti perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing tanpa berkompromi dengan keperluan tadbir urus korporat yang teguh dan tulus.Oleh sebab Akta Syarikat 2016 baru diterima pakai, maka buku-buku rujukan tidak banyak di pasaran.Justeru, buku ini ditulis bagi membantu ahli akademik, para pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan perubahanperubahan yang diketengahkan oleh Akta Syarikat 2016 dalam membincangkan beberapa aspek penting dalam undang-undang syarikat, pensyarikatan dan pengurusan perniagaan. Aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah sejarah perundangan, undang-undang perkongsian dan juga klasifikasi syarikat. Tumpuan juga diberikan kepada aspek pemerbadanan syarikat, konsep modal syer, pinjaman, keahlian dan mesyuarat syarikat.Selain daripada itu perbincangan juga difokuskan kepada kuasa pengarah dan pegawai syarikat dan yang terakhir bagaimana proses sesuatu syarikat digulung.Perbincangan mengenai kedudukan Undang-undang syarikat di Malaysia dilakukan berdasarkan sumber undangundang yang utama Akta Syarikat 2016. Selain daripada itu Akta Kontrak 1950, Akta Perkongsian 1961, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan juga garis panduan terpakai bagi Akta Syarikat 2016 juga dirujuk.Buku ini akan menjadi satu teks yang tidak ternilai bagi rujukan ahli akademik, pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.
Title: Prinsip undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016
Description:
Akta Syarikat 2016 diperkenalkan hasil cadangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat untuk mewujudkan satu akta yang bersifat maju ke hadapan dan membantu komuniti perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing tanpa berkompromi dengan keperluan tadbir urus korporat yang teguh dan tulus.
Oleh sebab Akta Syarikat 2016 baru diterima pakai, maka buku-buku rujukan tidak banyak di pasaran.
Justeru, buku ini ditulis bagi membantu ahli akademik, para pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.
Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan perubahanperubahan yang diketengahkan oleh Akta Syarikat 2016 dalam membincangkan beberapa aspek penting dalam undang-undang syarikat, pensyarikatan dan pengurusan perniagaan.
Aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah sejarah perundangan, undang-undang perkongsian dan juga klasifikasi syarikat.
Tumpuan juga diberikan kepada aspek pemerbadanan syarikat, konsep modal syer, pinjaman, keahlian dan mesyuarat syarikat.
Selain daripada itu perbincangan juga difokuskan kepada kuasa pengarah dan pegawai syarikat dan yang terakhir bagaimana proses sesuatu syarikat digulung.
Perbincangan mengenai kedudukan Undang-undang syarikat di Malaysia dilakukan berdasarkan sumber undangundang yang utama Akta Syarikat 2016.
Selain daripada itu Akta Kontrak 1950, Akta Perkongsian 1961, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan juga garis panduan terpakai bagi Akta Syarikat 2016 juga dirujuk.
Buku ini akan menjadi satu teks yang tidak ternilai bagi rujukan ahli akademik, pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.
Related Results
Asas amalan kesetiausahaan syarikat
Asas amalan kesetiausahaan syarikat
Buku ini disediakan untuk memberi manfaat kepada setiausaha dan pembaca yang ingin mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan asas amalan kesetiausahaan syarikat. Penump...
Amerika Syarikat dan keseimbangan kuasa global pada era pasca-perang dingin, 1989-2000
Amerika Syarikat dan keseimbangan kuasa global pada era pasca-perang dingin, 1989-2000
Buku ini cuba mengkaji sejarah sistem global dan interaksi kuasa besar Amerika Syarikat dengan negara-negara dan masyarakat antarabangsa khususnya setelah berakhirnya Perang Dingin...
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Buku ini merupakan rujukan berbahasa Melayu yang mengambil kira perubahan bagi peringkat pencukaian lanjutan dan terkhusus. Sebanyak 17 bab buku ini merangkumi topik-topik yang per...
Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Buku Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan memaparkan isu perundangan yang bersifat global dan semasa. Isu perundangan terpilih dicerakin dengan menitikberatkan p...
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Pengurusan merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari termasuklah pengurusan sesebuah organisasi.Tanpa pengurusan yang cekap, sesebuah organisasi boleh gaga...
Undang-undang harta intelek di Malaysia
Undang-undang harta intelek di Malaysia
Harta Intelek merupakan ciptaan hasil pemikiran kreativiti seseorang individu seperti kerja penulisan, muzik, lakaran reka cipta, reka bentuk program komputer, pangkalan data dan s...
Pengurus bertakwa memakmurkan syarikat
Pengurus bertakwa memakmurkan syarikat
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, manusia telah diamanahkan untuk memanfaat, mengurus, mentadbir dan membangun segala sumber yang telah dikurniakan-Nya dengan sebaik dan seamanah ...
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Buku ini merupakan himpunan 155 puisi hasil karya Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapa...

