Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penghasilan Lipid Kaya Asid Dokosaheksaenoik (DHA) oleh Aurantiochytrium sp. SW1 menggunakan Sisa Kulit Nanas sebagai Sumber Karbon Alternatif

View through CrossRef
Thraustokaitrid seperti Aurantiochytrium sp. telah menarik perhatian penyelidik dan industri disebabkan kebolehannya untuk menghasilkan asid lemak politaktepu (PUFA) bernilai tinggi terutamanya asid dokosaheksaenoik (DHA, C22:6 ω-3). Namun begitu, keperluan penggunaan substrat yang mahal khususnya sumber karbon tulen semasa proses pengkulturan telah menyumbang kepada peningkatan kos pengkomersialan DHA daripada thraustokaitrid. Oleh itu, dalam kajian ini, potensi penggunaan sisa kulit nanas (SKN) yang merupakan antara sisa utama industri pertanian di Malaysia sebagai sumber karbon alternatif yang lebih murah untuk penghasilan DHA daripada Aurantiochytrium sp. SW1 telah dikaji. Memandangkan SKN mengandungi lignin, selulosa dan hemiselulosa yang agak kompleks, kaedah perawatan autoklaf, berasid dan beralkali pada kepekatan berbeza telah ditentukan bagi mendapatkan gula jumlah yang optimum daripada SKN. Hasil menunjukkan perawatan autoklaf secara signifikan (p<0.05) menghasilkan hidrolisat dengan kepekatan gula tertinggi (39.6 ± 1.98 g/L) berbanding dengan perawatan berasid dan alkali yang masing-masing dapat mengekstrak dalam julat 31-38 g/L gula jumlah. Kemudian, kebolehan Aurantiochytrium sp. SW1 untuk menggunakan kesemua hidrolisat SKN sebagai sumber karbon alternatif dibandingkan. Didapati, penggunaan hidrolisat SKN dengan rawatan 100 mM H2SO4 bersama nutrien tambahan secara signifikan (p<0.05) menghasilkan biojisim tertinggi (7.74 g/L ± 0.39) manakala kandungan lipid terbaik (60.7% ± 3.04) terhasil apabila SW1 dikulturkan menggunakan hidrolisat SKN dengan rawatan autoklaf tanpa penambahan nutrien. Penghasilan DHA yang maksimum (0.68 ± 0.034 g/L) dicapai apabila Aurantiochytrium sp. SW1 dikultur menggunakan hidrolisat SKN dengan rawatan 100 mM H2SO4 bersama nutrien tambahan yang mana 10-35% lebih tinggi jika dibandingkan dengan penghasilan menggunakan hidrolisat SKN yang lain. Kajian ini dapat menjadi asas ke arah penghasilan DHA yang lebih murah daripada thraustokaitrid dengan menggunakan SKN sebagai sumber karbon alternatif.
Title: Penghasilan Lipid Kaya Asid Dokosaheksaenoik (DHA) oleh Aurantiochytrium sp. SW1 menggunakan Sisa Kulit Nanas sebagai Sumber Karbon Alternatif
Description:
Thraustokaitrid seperti Aurantiochytrium sp.
telah menarik perhatian penyelidik dan industri disebabkan kebolehannya untuk menghasilkan asid lemak politaktepu (PUFA) bernilai tinggi terutamanya asid dokosaheksaenoik (DHA, C22:6 ω-3).
Namun begitu, keperluan penggunaan substrat yang mahal khususnya sumber karbon tulen semasa proses pengkulturan telah menyumbang kepada peningkatan kos pengkomersialan DHA daripada thraustokaitrid.
Oleh itu, dalam kajian ini, potensi penggunaan sisa kulit nanas (SKN) yang merupakan antara sisa utama industri pertanian di Malaysia sebagai sumber karbon alternatif yang lebih murah untuk penghasilan DHA daripada Aurantiochytrium sp.
SW1 telah dikaji.
Memandangkan SKN mengandungi lignin, selulosa dan hemiselulosa yang agak kompleks, kaedah perawatan autoklaf, berasid dan beralkali pada kepekatan berbeza telah ditentukan bagi mendapatkan gula jumlah yang optimum daripada SKN.
Hasil menunjukkan perawatan autoklaf secara signifikan (p<0.
05) menghasilkan hidrolisat dengan kepekatan gula tertinggi (39.
6 ± 1.
98 g/L) berbanding dengan perawatan berasid dan alkali yang masing-masing dapat mengekstrak dalam julat 31-38 g/L gula jumlah.
Kemudian, kebolehan Aurantiochytrium sp.
SW1 untuk menggunakan kesemua hidrolisat SKN sebagai sumber karbon alternatif dibandingkan.
Didapati, penggunaan hidrolisat SKN dengan rawatan 100 mM H2SO4 bersama nutrien tambahan secara signifikan (p<0.
05) menghasilkan biojisim tertinggi (7.
74 g/L ± 0.
39) manakala kandungan lipid terbaik (60.
7% ± 3.
04) terhasil apabila SW1 dikulturkan menggunakan hidrolisat SKN dengan rawatan autoklaf tanpa penambahan nutrien.
Penghasilan DHA yang maksimum (0.
68 ± 0.
034 g/L) dicapai apabila Aurantiochytrium sp.
SW1 dikultur menggunakan hidrolisat SKN dengan rawatan 100 mM H2SO4 bersama nutrien tambahan yang mana 10-35% lebih tinggi jika dibandingkan dengan penghasilan menggunakan hidrolisat SKN yang lain.
Kajian ini dapat menjadi asas ke arah penghasilan DHA yang lebih murah daripada thraustokaitrid dengan menggunakan SKN sebagai sumber karbon alternatif.

Related Results

Pemanfaatan Limbah Kulit Nanas sebagai Bahan Pembuatan Paper Soap untuk Meningkatkan Perekonomian Masyarakat Desa Kualu Nenas
Pemanfaatan Limbah Kulit Nanas sebagai Bahan Pembuatan Paper Soap untuk Meningkatkan Perekonomian Masyarakat Desa Kualu Nenas
Potensi perkebunan nanas di Desa Kualu Nenas Kecamatan Tambang Kabupaten Kampar merupakan produksi nanas terbesar pada Kabupaten Kampar. Sedangkan, limbah kulit nanas yang dihasilk...
Pemanfaatan Kulit Nanas sebagai Media Pertumbuhan Maggot Black Soldier Fly
Pemanfaatan Kulit Nanas sebagai Media Pertumbuhan Maggot Black Soldier Fly
Pakan alternatif dapat menekan biaya pakan sehingga dapat memberikan keuntungan ganda bagi peternak. Salah satu pakan alternatif untuk pakan ayam yaitu maggot lalat Black Soldier F...
Pemanfaatan Kulit Pisang (Musa paradisiaca) Menjadi Donat Tinggi Kalsium
Pemanfaatan Kulit Pisang (Musa paradisiaca) Menjadi Donat Tinggi Kalsium
Tujuan dari penelitian ini adalah: memanfaatkan limbah kulit pisang menjadi salah satu produk pangan tinggi kalsium yaitu berupa donat dan mengetahui formulasi tepung terigu : kuli...
Pendugaan Simpanan Karbon pada Kawasan Rehabilitasi Pesisir Selatan Pulau Jawa
Pendugaan Simpanan Karbon pada Kawasan Rehabilitasi Pesisir Selatan Pulau Jawa
Konservasi karbon merupakan salah satu tindakan penting dalam rehabilitasi pesisir, khususnya pesisir selatan Pulau Jawa dengan keunikan ombak yang besar, salinitas tinggi dan sedi...
Kajian Pustaka Potensi Kulit Nanas (Ananas comosus (L.) Merr) sebagai Bahan Baku Pembuatan Bioetanol
Kajian Pustaka Potensi Kulit Nanas (Ananas comosus (L.) Merr) sebagai Bahan Baku Pembuatan Bioetanol
Abstract. One type of fruit that is widely cultivated in Indonesia is pineapple. Pineapple fruit that is produced produces a high enough waste, and if it is not used it will cause ...
KARAKTERISASI KARBON AKTIF TERAKTIVASI NaCl DARI AMPAS TAHU
KARAKTERISASI KARBON AKTIF TERAKTIVASI NaCl DARI AMPAS TAHU
<p>Ampas tahu merupakan residu proses pembuatan tahu. Ampas tahu yang dihasilkan dalam proses pembuatan tahu cukup melimpah. Pemanfaatan ampas tahu selama ini dapat digunakan...
Diversifikasi Usaha untuk Keberlanjutan Lingkungan dalam Kerangka Reforma Agraria melalui Pertanian Karbon
Diversifikasi Usaha untuk Keberlanjutan Lingkungan dalam Kerangka Reforma Agraria melalui Pertanian Karbon
The accelerating pace of climate change has prompted many countries to reduce carbon emissions through carbon farming. Carbon farming plays a crucial role in climate change mitigat...
hak paten gracia
hak paten gracia
AbstractPT. Zena Nirmala Sentosa didirikan pada tahun 1992 di Jakarta. PT ini bergerak di bidang industri makanan dan suplemen yang memproduksi produk-produk kesehatan berbahan ala...

Back to Top