Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kajian Awal Pengaruh Drama Bersiri Squid Game (2021) terhadap Masyarakat di Malaysia

View through CrossRef
Kajian ini cuba meneroka pengaruh drama bersiri Squid Game (2021) terhadap masyarakat di Malaysia. Kajian ini menumpukan kepada pengaruh drama tersebut terhadap aspek bahasa, pergaulan dan psikologi dalam kalangan pelbagai masyarakat di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual. Pemilihan informan dibuat mengikut teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan menemubual 10 orang informan yang terdiri daripada penonton drama bersiri Squid Game (2021). Dapatan kajian menunjukkan adanya pengaruh drama bersiri itu terhadap masyarakat di Malaysia. Dari segi bahasa, Squid Game memberi peluang kepada penonton untuk mempelajari, memantapkan dan mengukuhkan bahasa Korea. Walaupun begitu, terdapat kerisauan terhadap perkataan yang tidak sopan digunakan dalam drama bersiri popular itu. Dari segi pergaulan, Informan meluahkan kerisauan terhadap gejala sosial yang dipaparkan dalam beberapa adegan drama berkenaan. Secara positif, drama bersiri ini diiakui telah mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi beberapa informan. Walau bagaimanapun, dari segi psikologi, drama bersiri Squid Game (2021) mewujudkan kerisauan terhadap isi kandungan drama yang tidak ditapis, memberi tekanan dan gangguan emosi dan mencetus kerisauan informan terhadap pengaruh luar. Hasil temubual juga mendapati beberapa pengaruh dan kesan lain seperti membuka peluang pekerjaan, menambah ilmu pengetahuan dan kesan terhadap kesihatan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada kajian-kajian pada masa hadapan mengenai drama bersiri Squid Game (2021).
Title: Kajian Awal Pengaruh Drama Bersiri Squid Game (2021) terhadap Masyarakat di Malaysia
Description:
Kajian ini cuba meneroka pengaruh drama bersiri Squid Game (2021) terhadap masyarakat di Malaysia.
Kajian ini menumpukan kepada pengaruh drama tersebut terhadap aspek bahasa, pergaulan dan psikologi dalam kalangan pelbagai masyarakat di Malaysia.
Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual.
Pemilihan informan dibuat mengikut teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan menemubual 10 orang informan yang terdiri daripada penonton drama bersiri Squid Game (2021).
Dapatan kajian menunjukkan adanya pengaruh drama bersiri itu terhadap masyarakat di Malaysia.
Dari segi bahasa, Squid Game memberi peluang kepada penonton untuk mempelajari, memantapkan dan mengukuhkan bahasa Korea.
Walaupun begitu, terdapat kerisauan terhadap perkataan yang tidak sopan digunakan dalam drama bersiri popular itu.
Dari segi pergaulan, Informan meluahkan kerisauan terhadap gejala sosial yang dipaparkan dalam beberapa adegan drama berkenaan.
Secara positif, drama bersiri ini diiakui telah mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi beberapa informan.
Walau bagaimanapun, dari segi psikologi, drama bersiri Squid Game (2021) mewujudkan kerisauan terhadap isi kandungan drama yang tidak ditapis, memberi tekanan dan gangguan emosi dan mencetus kerisauan informan terhadap pengaruh luar.
Hasil temubual juga mendapati beberapa pengaruh dan kesan lain seperti membuka peluang pekerjaan, menambah ilmu pengetahuan dan kesan terhadap kesihatan.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada kajian-kajian pada masa hadapan mengenai drama bersiri Squid Game (2021).

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Schule und Spiel – mehr als reine Wissensvermittlung
Schule und Spiel – mehr als reine Wissensvermittlung
Die öffentliche Schule Quest to learn in New York City ist eine Modell-Schule, die in ihren Lehrmethoden auf spielbasiertes Lernen, Game Design und den Game Design Prozess setzt. I...
OTOMATISASI ACL SQUID PROXY SERVER BERBASIS WEB
OTOMATISASI ACL SQUID PROXY SERVER BERBASIS WEB
Squid is the most widely used program by the network administrator as a program for squid proxy server is open source ( free ) that can be modified according to our wishes.        ...
Empowerment of Housewives of Fisherman through Training on Procesing Squid Production in Lamu Village Gorontalo Regency
Empowerment of Housewives of Fisherman through Training on Procesing Squid Production in Lamu Village Gorontalo Regency
Lamu Village, Batudaa Pantai District, Gorontalo Regency, which is included in the Tomini Bay area, has abundant potential for marine products such as squid. For this reason, we em...
Size Structure and Growth Pattern of Squid (Loligo sp.) in Majene Waters, West Sulawesi Province
Size Structure and Growth Pattern of Squid (Loligo sp.) in Majene Waters, West Sulawesi Province
Squid belongs to the phylum Mollusca, specifically the Cephalopoda group (soft-bodied animals) which is one of Indonesia's fisheries resources. One of the regions abundant in squid...
STRUKTUR DRAMATIK PERTUNJUKAN DRAMA KLASIK SANGGAR TEATER MINI LAKON DEWA RUCI KAJIAN BENTUK DAN FUNGSI
STRUKTUR DRAMATIK PERTUNJUKAN DRAMA KLASIK SANGGAR TEATER MINI LAKON DEWA RUCI KAJIAN BENTUK DAN FUNGSI
ABSTRAK   Pada dasarnya nilai pendidikan karakter mempunyai tiga bagian yang saling bekaitan, yaitu pengetahuan moral, penghayatan moral dan perilaku moral. Oleh karena...
Editorial
Editorial
CHIEF EDITOR Ahmad Faris Ismail, IIUM, Malaysia TECHNICAL EDITOR Sany Izan Ihsan, IIUM, Malaysia EXECUTIVE EDITOR AHM Zahirul Alam, IIUM, Malaysia ASSOCIATE EDITO...

Back to Top