Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

FIQH PEKERJAAN KONTEMPORARI: SATU ANALISIS PADA ASPEK AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK

View through CrossRef
Fiqh Pekerjaan Kontemporari merupakan satu perbincangan hukum-hakam Islam terkini yang sinonim dengan diri setiap Muslim yang menyentuh aspek keagamaan di alam pekerjaan. Setiap Muslim wajib bekerja untuk mencari rezeki demi menampung perbelanjaan seharian dan ia dikira sebagai jihad dan ibadah. Ketika bekerja, pelbagai aspek kehidupan yang perlu dititik beratkan seperti pemakaian, pendapatan, integriti, pergaulan, komunikasi dan sebagainya. Meskipun begitu, aspek keagamaan juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi dalam aspek akidah, syariat dan akhlak agar ia menepati piawaian Islam. Persoalannya, bagaimanakah semua aspek tersebut dapat dikaitkan dengan alam pekerjaan kini? Apakah dalil asas setiap aspek pekerjaan tersebut dan kesinambungan antara ketiga-tiganya? Oleh itu, kajian ini menetapkan dua objektif untuk dicapai iaitu pertama, pengertian Fiqh Pekerjaan dan aplikasinya di alam pekerjaan. Kedua, dalil asas dan keperluan aspek-aspek utama agama dalam Fiqh Pekerjaan Kontemporari. Kaedah kualitatif berkonsepkan kajian dokumen digunakan dalam kajian ini, kemudian dianalisis secara analisis kandungan tematik bagi mendapatkan hasil kajian. Kesimpulannya, konsep Fiqh Pekerjaan di Malaysia telah wujud, namun ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa kerana ia melibatkan hukum-hakam kontemporari. Selain itu, hukum-hakam pekerjaan sedia ada juga perlu dirangkumkan dan disusun kembali dengan mengaitkannya dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dengan terhasilnya Fiqh Pekerjaan Kontemporari, ia mampu memberi kesedaran dalam diri Muslim untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan hamba Allah SWT, dalam masa yang sama mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Title: FIQH PEKERJAAN KONTEMPORARI: SATU ANALISIS PADA ASPEK AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK
Description:
Fiqh Pekerjaan Kontemporari merupakan satu perbincangan hukum-hakam Islam terkini yang sinonim dengan diri setiap Muslim yang menyentuh aspek keagamaan di alam pekerjaan.
Setiap Muslim wajib bekerja untuk mencari rezeki demi menampung perbelanjaan seharian dan ia dikira sebagai jihad dan ibadah.
Ketika bekerja, pelbagai aspek kehidupan yang perlu dititik beratkan seperti pemakaian, pendapatan, integriti, pergaulan, komunikasi dan sebagainya.
Meskipun begitu, aspek keagamaan juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi dalam aspek akidah, syariat dan akhlak agar ia menepati piawaian Islam.
Persoalannya, bagaimanakah semua aspek tersebut dapat dikaitkan dengan alam pekerjaan kini? Apakah dalil asas setiap aspek pekerjaan tersebut dan kesinambungan antara ketiga-tiganya? Oleh itu, kajian ini menetapkan dua objektif untuk dicapai iaitu pertama, pengertian Fiqh Pekerjaan dan aplikasinya di alam pekerjaan.
Kedua, dalil asas dan keperluan aspek-aspek utama agama dalam Fiqh Pekerjaan Kontemporari.
Kaedah kualitatif berkonsepkan kajian dokumen digunakan dalam kajian ini, kemudian dianalisis secara analisis kandungan tematik bagi mendapatkan hasil kajian.
Kesimpulannya, konsep Fiqh Pekerjaan di Malaysia telah wujud, namun ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa kerana ia melibatkan hukum-hakam kontemporari.
Selain itu, hukum-hakam pekerjaan sedia ada juga perlu dirangkumkan dan disusun kembali dengan mengaitkannya dari aspek akidah, syariat dan akhlak.
Dengan terhasilnya Fiqh Pekerjaan Kontemporari, ia mampu memberi kesedaran dalam diri Muslim untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan hamba Allah SWT, dalam masa yang sama mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Related Results

MODEL EVALUASI PEMBELAJARAN AKIDAH DAN AKHLAK DI MADRASAH TSANAWIYAH (MTs)
MODEL EVALUASI PEMBELAJARAN AKIDAH DAN AKHLAK DI MADRASAH TSANAWIYAH (MTs)
Penelitian ini bertujuan: (1) menghasilkan model evaluasi pembelajaran Akidah dan Akhlak di MTs, (2) menghasilkan instrumen evaluasi yang memiliki reliabilitas dan validitas, (3) m...
Konsep Pendidikan Akhlak Menurut Syekh Umar Bin Ahmad Baradja dalam Kitab Akhlak Lil Banin Relevansinya dengan Pendidikan Akhlak Masa Kini
Konsep Pendidikan Akhlak Menurut Syekh Umar Bin Ahmad Baradja dalam Kitab Akhlak Lil Banin Relevansinya dengan Pendidikan Akhlak Masa Kini
Abstract. Human quality can not only be measured in terms of scientific excellence and expertise alone, but also measured by the quality of morals. High knowledge without being acc...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
PERAN GURU DALAM PENGELOLAAN KELAS UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKIDAH AKHLAK
PERAN GURU DALAM PENGELOLAAN KELAS UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKIDAH AKHLAK
Pembelajaran adalah proses intraksi antara peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar dalam suatu lingkungan belajar. Pembelajaran akan menjadi hidup tergantung bagaimana gur...
Pendidikan Akhlak dalam kitab-kitab Bahasa Arab karya Habib Hasan bin Ahmad Baharun
Pendidikan Akhlak dalam kitab-kitab Bahasa Arab karya Habib Hasan bin Ahmad Baharun
Tujuan utama penelitian ini adalah untuk menemukan nilai-nilai pendidikan akhlak dalam kitab-kitab bahasa Arab Habib Hasan bin Ahmad Baharun. Penelitian ini menggunakan pendekatan ...
Pendidikan Akhlak Dalam Perspektif Imam Al-Ghazali
Pendidikan Akhlak Dalam Perspektif Imam Al-Ghazali
Tujuan penelitian untuk membahas tentang pendidikan akhlak menurut Imam Al-Ghazali. Jenis penelitian ini yakni penelitian kepustakaan (library research), bercorak historis faktual ...
NILAI-NILAI PENDIDIKAN AKHLAK DALAM KITAB AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYAH KARYA IMAM NAWAWI
NILAI-NILAI PENDIDIKAN AKHLAK DALAM KITAB AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYAH KARYA IMAM NAWAWI
Penelitian ini membahas tentang nilai-nilai pendidikan akhlak dalam kitab al-Arba’in al-Nawawiyah karya Imam Nawawi. Penelitian ini dilakukan dengan tujuan: (1) untuk mengetahui ni...
Keperluan Pembinaan Korpus Fiqh Nelayan Pantai Di Negeri Perak
Keperluan Pembinaan Korpus Fiqh Nelayan Pantai Di Negeri Perak
Golongan nelayan pantai sering berdepan dengan cabaran seperti kesukaran mendirikan solat di atas bot yang tidak stabil, masalah kebersihan dan kesucian tempat solat, ketidakmampua...

Back to Top