Javascript must be enabled to continue!
Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu
View through CrossRef
Kata dasar bahasa Melayu standard mempunyai satu grafem h yang sama tetapi membawa nilai bunyi yang berbeza menurut lingkungan fonetik, seperti konsonan aspirasi/ h /: [ h ] pada akhir suku kata fonologi dalam kata ubah /ubah/: [ubahh] dan konsonan geseran /h/: [h] ~ [] pada awal suku kata fonologi dalam usaha /usaha/: [usaha] ~ [usaa]. Namun, kedua-dua golongan bunyi ini tidak dibezakan oleh sesetengah pengkaji fonetik bahasa Melayu. Di samping itu, terdapat ejaan gandaan *hh dalam kata terbitan yang berakhiran –an {-an} atau –i {-i}, seperti *pilihhan dan *dikasihhi. Berdasarkan data bertulis yang diperoleh, kata terbitan yang demikian terbentuk daripada kata dasar yang berakhir dengan bunyi aspirasi h [ h ] bersama-sama akhiran yang berkenaan. Walaupun ejaan gandaan *hh ini salah dari segi aturan ejaan rasmi bahasa Melayu, tetapi ejaan yang salah ini mencerminkan satu fakta sebutan bahasa Melayu secara teliti. Penulis menganalisis nilai bunyi grafem h yang hadir di sempadan antara kata dasar dengan akhiran –an {-an} atau –i {-i} dalam kata terbitan, dengan menggunakan kaedah fonetik akustik berkomputer. Hasil daripada analisis ini didapati bahawa nilai bunyi grafem h dalam sesetengah data rakaman memperlihatkan geminasi konsonan aspirasi yang diikuti oleh konsonan geseran dalam bentuk [hh] ~ [h] dalam lingkungan fonetik yang berkenaan. Fenomena geminasi konsonan ini melahirkan ejaan gandaan (yang salah) *hh [hh] ~ [h] dalam kalangan sesetengah penutur bahasa Melayu. Berdasarkan penemuan ini, dikemukakan satu hipotesis tentang proses geminasi konsonan h[hh] ~ [h]dalam kata terbitan yang berkenaan, iaitu pergerakan pita suara yang menyebabkan buka-tutup glotis dalam proses artikulasi bunyi aspirasi yang diikuti oleh bunyi geseran
Title: Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu
Description:
Kata dasar bahasa Melayu standard mempunyai satu grafem h yang sama tetapi membawa nilai bunyi yang berbeza menurut lingkungan fonetik, seperti konsonan aspirasi/ h /: [ h ] pada akhir suku kata fonologi dalam kata ubah /ubah/: [ubahh] dan konsonan geseran /h/: [h] ~ [] pada awal suku kata fonologi dalam usaha /usaha/: [usaha] ~ [usaa].
Namun, kedua-dua golongan bunyi ini tidak dibezakan oleh sesetengah pengkaji fonetik bahasa Melayu.
Di samping itu, terdapat ejaan gandaan *hh dalam kata terbitan yang berakhiran –an {-an} atau –i {-i}, seperti *pilihhan dan *dikasihhi.
Berdasarkan data bertulis yang diperoleh, kata terbitan yang demikian terbentuk daripada kata dasar yang berakhir dengan bunyi aspirasi h [ h ] bersama-sama akhiran yang berkenaan.
Walaupun ejaan gandaan *hh ini salah dari segi aturan ejaan rasmi bahasa Melayu, tetapi ejaan yang salah ini mencerminkan satu fakta sebutan bahasa Melayu secara teliti.
Penulis menganalisis nilai bunyi grafem h yang hadir di sempadan antara kata dasar dengan akhiran –an {-an} atau –i {-i} dalam kata terbitan, dengan menggunakan kaedah fonetik akustik berkomputer.
Hasil daripada analisis ini didapati bahawa nilai bunyi grafem h dalam sesetengah data rakaman memperlihatkan geminasi konsonan aspirasi yang diikuti oleh konsonan geseran dalam bentuk [hh] ~ [h] dalam lingkungan fonetik yang berkenaan.
Fenomena geminasi konsonan ini melahirkan ejaan gandaan (yang salah) *hh [hh] ~ [h] dalam kalangan sesetengah penutur bahasa Melayu.
Berdasarkan penemuan ini, dikemukakan satu hipotesis tentang proses geminasi konsonan h[hh] ~ [h]dalam kata terbitan yang berkenaan, iaitu pergerakan pita suara yang menyebabkan buka-tutup glotis dalam proses artikulasi bunyi aspirasi yang diikuti oleh bunyi geseran.
Related Results
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
Understanding phonology is the pivotal thing in learning foreign language. By understanding the target language phonology, learners will be easier to learn foreign language pronunc...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
This study aims to identify and describe qualitatively the phonological system of Tae Rongkong dialect in North Luwu Regency, South Sulawesi. The analysis was carried out on 200 Sw...
DERET VOKAL DAN DERET KONSONAN DALAM BAHASA TUNJUNG (TONYOOI)
DERET VOKAL DAN DERET KONSONAN DALAM BAHASA TUNJUNG (TONYOOI)
AbstrakPenelitian ini menelaah struktur fonotaktik fonem di dalam deret vokal dan deret konsonan bahasa Tunjung (Tonyooi). Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode ...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...
Analisis Bahasa Muna di Sulawesi Tenggara
Analisis Bahasa Muna di Sulawesi Tenggara
Bahasa Muna merupakan salah satu bahasa daerah yang dituturkan oleh Masyarakat suku Muna yang ada di Sulawesi Tenggara. Bahasa Muna tergolong sebagai Bahasa vokalis karena setiap k...
Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan
Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan
Kaum Punan merupakan etnik minoriti mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan hulu sungai Rejang di Belaga Sarawak. Berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh Punan National Ass...

