Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keperluan Pemegang Kepentingan Institusi Zakat Terhadap Item Maklumat Pelaporan Prestasi

View through CrossRef
Zakat memainkan peranan penting dalam ekonomi Islam sebagai salah satu alat ekonomi bagi memartabatkan golongan miskin. Justeru, keyakinan pembayar zakat terhadap proses pengurusan zakat yang dilakukan oleh institusi zakat adalah penting dalam meningkatkan jumlah kutipan zakat. Keyakinan pembayar zakat ini dan pihak awam secara umumnya boleh ditingkatkan melalui pendedahan maklumat kewangan dan prestasi institusi zakat secara telus dan menyeluruh. Bagi meningkatkan keyakinan dan seterusnya menjelaskan akauntabiliti institusi zakat kepada pelbagai pihak pemegang kepentingannya, pelaporan prestasi yang mendedahkan maklumat mengikut keperluan pemegang kepentingan merupakan salah satu medium penting yang telah diiktiraf dalam kebanyakan kajian lepas. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan pemegang kepentingan terhadap pendedahan item maklumat di dalam pelaporan prestasi institusi zakat. Tujuan ini dicapai dengan melaksanakan kaedah tinjauan soalselidik terhadap tiga kumpulan pemegang kepentingan iaitu pembayar zakat, penerima zakat dan pentadbir zakat. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan pemegang kepentingan menyatakan maklumat kewangan dan bukan kewangan adalah penting untuk didedahkan di dalam pelaporan prestasi dan tiada perbezaan keperluan pendedahan bagi kebanyakan item maklumat di kalangan pembayar, penerima dan pentadbir zakat. Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada pihak institusi zakat dan agensi kerajaan lain bagi meningkatkan ketelusan dan memperkasakan akauntabiliti dalam mencapai urus tadbir ekonomi yang adil.   Kata kunci: Zakat, pelaporan prestasi, pemegang kepentingan, akauntabiliti. Klasifikasi JEL: H75, H83, M41  
Title: Keperluan Pemegang Kepentingan Institusi Zakat Terhadap Item Maklumat Pelaporan Prestasi
Description:
Zakat memainkan peranan penting dalam ekonomi Islam sebagai salah satu alat ekonomi bagi memartabatkan golongan miskin.
Justeru, keyakinan pembayar zakat terhadap proses pengurusan zakat yang dilakukan oleh institusi zakat adalah penting dalam meningkatkan jumlah kutipan zakat.
Keyakinan pembayar zakat ini dan pihak awam secara umumnya boleh ditingkatkan melalui pendedahan maklumat kewangan dan prestasi institusi zakat secara telus dan menyeluruh.
Bagi meningkatkan keyakinan dan seterusnya menjelaskan akauntabiliti institusi zakat kepada pelbagai pihak pemegang kepentingannya, pelaporan prestasi yang mendedahkan maklumat mengikut keperluan pemegang kepentingan merupakan salah satu medium penting yang telah diiktiraf dalam kebanyakan kajian lepas.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan pemegang kepentingan terhadap pendedahan item maklumat di dalam pelaporan prestasi institusi zakat.
Tujuan ini dicapai dengan melaksanakan kaedah tinjauan soalselidik terhadap tiga kumpulan pemegang kepentingan iaitu pembayar zakat, penerima zakat dan pentadbir zakat.
Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan pemegang kepentingan menyatakan maklumat kewangan dan bukan kewangan adalah penting untuk didedahkan di dalam pelaporan prestasi dan tiada perbezaan keperluan pendedahan bagi kebanyakan item maklumat di kalangan pembayar, penerima dan pentadbir zakat.
Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada pihak institusi zakat dan agensi kerajaan lain bagi meningkatkan ketelusan dan memperkasakan akauntabiliti dalam mencapai urus tadbir ekonomi yang adil.
  Kata kunci: Zakat, pelaporan prestasi, pemegang kepentingan, akauntabiliti.
Klasifikasi JEL: H75, H83, M41  .

Related Results

Politik Hukum Lembaga Pengelola Zakat
Politik Hukum Lembaga Pengelola Zakat
Tulisan ini bertujuan untuk berbagi pengetahuan dan memberikan sudut pandang mengenai politik hukum lembaga pengelola zakat. Seperti yang telah diktahui zakat merupakan salah satu ...
[RETRACTED] Keanu Reeves CBD Gummies v1
[RETRACTED] Keanu Reeves CBD Gummies v1
[RETRACTED]Keanu Reeves CBD Gummies ==❱❱ Huge Discounts:[HURRY UP ] Absolute Keanu Reeves CBD Gummies (Available)Order Online Only!! ❰❰= https://www.facebook.com/Keanu-Reeves-CBD-G...
PENGARUH KEPERCAYAAN DAN PENGETAHUAN TENTANG ZAKAT TERHADAP MINAT MASYARAKAT MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL KABUPATEN BEKASI
PENGARUH KEPERCAYAAN DAN PENGETAHUAN TENTANG ZAKAT TERHADAP MINAT MASYARAKAT MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL KABUPATEN BEKASI
During the last 4 years there has been an increase in receipt of zakat funds at the Bekasi Regency National Amil Zakat Agency. The increase in receipt of zakat funds for 4 years is...
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Microfinance is one of the financial instruments for small and medium entrepreneurs to run a business. The constrains to obtain a capital often involving underprivileged entreprene...
TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PROSEDUR MANAJEMEN PENGELOLAAN ZAKAT DI BAZNAS KABUPATEN TAKALAR
TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PROSEDUR MANAJEMEN PENGELOLAAN ZAKAT DI BAZNAS KABUPATEN TAKALAR
Abstrak Islam mengenal konsep zakat, dimana merupakan kewajiban tiap umat islam. Zakat memiliki peranan yang sangat strategis dalam upaya pengentasan kemiskinan atau pembangunan e...
Are Zakat Institutions Trusted To Accept Charity?
Are Zakat Institutions Trusted To Accept Charity?
This research aims to identify the factors that influence trust in paying zakat through zakat management organization (OPZ) or zakat institution in Indonesia. The theory in conduct...
Penguatan Literasi Zakat dan Implementasinya dalam Meningkatkan Kepedulian Mahasiswa UBP Karawang
Penguatan Literasi Zakat dan Implementasinya dalam Meningkatkan Kepedulian Mahasiswa UBP Karawang
Tujuan PKM ini untuk membantu ruang berpikir bahwa pentingnya penerapan nilai-nilai sosial masyrakat melalui Literasi Zakat dan wujud kepekaan dalam bidang pendidikan, sosial kemas...
[RETRACTED] ChilWell Portable AC “Portable AC Cooler” Reviews v1
[RETRACTED] ChilWell Portable AC “Portable AC Cooler” Reviews v1
[RETRACTED]Is it safe to say that you are searching for inexpensively compact air cooling arrangement? Indeed, the late spring season is at its pinnacle and there is tremendous int...

Back to Top