Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Hubungan Kepimpinan Guru Dan Gaya Pengurusan Disiplin Guru Sekolah Menengah Kebangsaan

View through CrossRef
Kepimpinan guru telah menjadi topik perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Di samping itu isu disiplin yang melibatkan warga sekolah turut menjadi berita sensasi untuk dibincangkan secara meluas oleh media cetak dan juga media elektronik. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan guru dan gaya pengurusan disiplin guru sekolah melibatkan guru-guru sekolah menengah yang terpilih. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Teacher Leadership Competency Model (TLCM) dan Inventori Lima Jenis Stail Disiplin Guru (The Teacher Discipline Five-Style Inventori) bagi mengumpul data kuantitatif kajian. Dapatan menunjukkan bahawa pengamalan kepimpinan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pengurusan disiplin perundingan berbanding gaya penguatkuasaan (Enforcer), penyerahan (Abdicator), penyokong (Supporter), kompromi (Compromiser). Implikasi kajian adalah guru perlu mengenal pasti tahap kepimpinan guru dalam diri dan gaya pengurusan yang perlu disesuaikan berdasarkan situasi pelajar yang dihadapi di sekolah.
Title: Hubungan Kepimpinan Guru Dan Gaya Pengurusan Disiplin Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Description:
Kepimpinan guru telah menjadi topik perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.
Di samping itu isu disiplin yang melibatkan warga sekolah turut menjadi berita sensasi untuk dibincangkan secara meluas oleh media cetak dan juga media elektronik.
Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan guru dan gaya pengurusan disiplin guru sekolah melibatkan guru-guru sekolah menengah yang terpilih.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Teacher Leadership Competency Model (TLCM) dan Inventori Lima Jenis Stail Disiplin Guru (The Teacher Discipline Five-Style Inventori) bagi mengumpul data kuantitatif kajian.
Dapatan menunjukkan bahawa pengamalan kepimpinan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pengurusan disiplin perundingan berbanding gaya penguatkuasaan (Enforcer), penyerahan (Abdicator), penyokong (Supporter), kompromi (Compromiser).
Implikasi kajian adalah guru perlu mengenal pasti tahap kepimpinan guru dalam diri dan gaya pengurusan yang perlu disesuaikan berdasarkan situasi pelajar yang dihadapi di sekolah.

Related Results

KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: GAYA KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA GURU
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: GAYA KEPIMPINAN DAN KEPUASAN KERJA GURU
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengendalikan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Gaya...
Gaya Pengurusan Konflik Guru Besar
Gaya Pengurusan Konflik Guru Besar
Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menguruskan konflik men...
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan aliran mata pelajaran dan hubungan gaya pengajaran guru  dengan...
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
Penelitian ini membahas tentang analisis gaya bahasa dalam cerita rakyat Aceh Besar. Rumusan masalah penelitian ini adalah apa saja jenis-jenis gaya bahasa yang terdapat dalam ceri...
TIPE DAN GAYA KEPEMIMPINAN: SUATU TINJAUAN TEORITIS
TIPE DAN GAYA KEPEMIMPINAN: SUATU TINJAUAN TEORITIS
Tipe dan gaya kepemimpinan sangat berkaitan dengan norma perilaku pada diri seseorang saat mempengaruhi mempengaruhi perilaku orang lain. Tipe dan gaya kepemimpinan  memiliki berb...
Analisis Ethos, Pathos dan Logos dalam Komunikasi Kepimpinan Nama Beta Sultan Alauddin Karya Faisal Tehrani
Analisis Ethos, Pathos dan Logos dalam Komunikasi Kepimpinan Nama Beta Sultan Alauddin Karya Faisal Tehrani
Komunikasi kepimpinan ialah penyampaian maklumat oleh pemimpin tentang budaya sesuatu organisasi, nilai teras, misi dan mesej penting untuk membina kepercayaan dalam sesuatu lingku...
Hubungan antara Dimensi-dimensi Kepimpinan Lestari dengan Teori Dua Faktor: Satu Tinjauan Soratan Kajian
Hubungan antara Dimensi-dimensi Kepimpinan Lestari dengan Teori Dua Faktor: Satu Tinjauan Soratan Kajian
Tinjauan soratan kajian yang dibentangkan dalam kertas kajian ini adalah untuk membuat perbandingan di antara dimensi-dimensi Kepimpinan Lestasi yang merangkumi tujuh dimensi terma...

Back to Top