Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Adaptasi Doktrin Ketenteraan Amerika Syarikat: Pengaruh Evolusi Strategi Pemangkalan Ketenteraan Asing di Asia Tenggara

View through CrossRef
Kajian ini membincangkan tentang bagaimana strategi pemangkalan Amerika Syarikat di Asia Tenggara mempengaruhi pembaharuan doktrin ketenteraannya di Asia Tenggara, yang merangkumi cabang Tentera Darat (U.S. Army), Tentera Laut (U.S. Navy), Tentera Udara (U.S. Airforce) dan juga Tentera Marin (U.S. Marines Corps). Sebagai negara pemangkal, Amerika Syarikat menggunakan kaedah pemangkalan tradisional dan juga secara tetap melalui perjanjian dan pewarisan kolonial, dalam mewujudkan kelebihan kepada operasi dan mobilisasi ketenteraannya. Bagaimanapun, model ini berhadapan dengan penentangan politik domestik, halangan undang-undang dan keterdedahan keselamatan daripada negara hos. Dengan menggunakan kaedah kajian kes dan pengesanan ke atas doktrin-doktrin ketenteraan seperti Multi-Domain Operations (MDO) oleh Tentera Darat, Distributed Maritime Operations (DMO) oleh Tentera Laut, Agile Combat Employment (ACE) oleh Tentera Udara, Expeditionary Advanced Base Operations (EABO) oleh Tentera Marin, pembaharuan doktrin ini dilihatkan berpunca daripada perubahan strategi pemangkalan ketenteraan Amerika Syarikat secara dalaman, serantau dan global. Begitupun, menerusi kajian ini, ianya menunjukkan bahawa pembaharuan doktrin dan perubahan strategi pemangkalan ketenteraan adalah saling bersangkutan dan mempengaruhi satu sama lain, secara bergelung (looping). Adaptasi doktrin ketenteraan ini juga menunjukkan bahawa faktor dalaman dan elemen domestik Amerika Syarikat turut memainkan peranan penting dalam pembentukan dasar keselamatan dan pertahanannya. Sehubungan dengan itu, kajian ini penting dalam menyingkap lebih lanjut tentang bagaimana perkembangan politik diantara negara hos-pemangkal menatijahkan kerangka keselamatan masing-masing.
Title: Adaptasi Doktrin Ketenteraan Amerika Syarikat: Pengaruh Evolusi Strategi Pemangkalan Ketenteraan Asing di Asia Tenggara
Description:
Kajian ini membincangkan tentang bagaimana strategi pemangkalan Amerika Syarikat di Asia Tenggara mempengaruhi pembaharuan doktrin ketenteraannya di Asia Tenggara, yang merangkumi cabang Tentera Darat (U.
S.
Army), Tentera Laut (U.
S.
Navy), Tentera Udara (U.
S.
Airforce) dan juga Tentera Marin (U.
S.
Marines Corps).
Sebagai negara pemangkal, Amerika Syarikat menggunakan kaedah pemangkalan tradisional dan juga secara tetap melalui perjanjian dan pewarisan kolonial, dalam mewujudkan kelebihan kepada operasi dan mobilisasi ketenteraannya.
Bagaimanapun, model ini berhadapan dengan penentangan politik domestik, halangan undang-undang dan keterdedahan keselamatan daripada negara hos.
Dengan menggunakan kaedah kajian kes dan pengesanan ke atas doktrin-doktrin ketenteraan seperti Multi-Domain Operations (MDO) oleh Tentera Darat, Distributed Maritime Operations (DMO) oleh Tentera Laut, Agile Combat Employment (ACE) oleh Tentera Udara, Expeditionary Advanced Base Operations (EABO) oleh Tentera Marin, pembaharuan doktrin ini dilihatkan berpunca daripada perubahan strategi pemangkalan ketenteraan Amerika Syarikat secara dalaman, serantau dan global.
Begitupun, menerusi kajian ini, ianya menunjukkan bahawa pembaharuan doktrin dan perubahan strategi pemangkalan ketenteraan adalah saling bersangkutan dan mempengaruhi satu sama lain, secara bergelung (looping).
Adaptasi doktrin ketenteraan ini juga menunjukkan bahawa faktor dalaman dan elemen domestik Amerika Syarikat turut memainkan peranan penting dalam pembentukan dasar keselamatan dan pertahanannya.
Sehubungan dengan itu, kajian ini penting dalam menyingkap lebih lanjut tentang bagaimana perkembangan politik diantara negara hos-pemangkal menatijahkan kerangka keselamatan masing-masing.

Related Results

KLASIFIKASI ADAPTASI RUANG, DAN BENTUK PADA RUMAH MASYARAKAT DESA NGLEPEN
KLASIFIKASI ADAPTASI RUANG, DAN BENTUK PADA RUMAH MASYARAKAT DESA NGLEPEN
Abstrak- Pada tahun 2007 masyarakat Desa Nglepen Yogyakarta di relokasi ke kawasan permukiman bantuan yang dibangun oleh lembaga Dome For The World Foundation. Relokasi ini dilakuk...
STRATEGI KEAMANAN MARITIM INDONESIA DALAM MENGHADAPI ANCAMAN KEJAHATAN TRANSNASIONAL DI ASIA TENGGARA
STRATEGI KEAMANAN MARITIM INDONESIA DALAM MENGHADAPI ANCAMAN KEJAHATAN TRANSNASIONAL DI ASIA TENGGARA
Salah satu ancaman yang sering muncul bagi Indonesia dan negara di Asia Tenggara adalah kejahatan yang melintasi batas negara atau kejahatan transnasional (Transnational crime). Ke...
Pengaruh Amerika Serikat dalam Budaya Perfilman Korea Selatan 1950-an: Madame Freedom Karya Han Hyung-mo
Pengaruh Amerika Serikat dalam Budaya Perfilman Korea Selatan 1950-an: Madame Freedom Karya Han Hyung-mo
In the 1950s around the Korean War, the United States provided a lot of assistance to South Korea, including in the field of film. Hollywood films are increasingly influencing Kore...
Culture Shock Mahasiswa Indonesia dalam Studi di Luar Negeri
Culture Shock Mahasiswa Indonesia dalam Studi di Luar Negeri
Abstract. As we already know, Culture Shock is something that can be said to be a habit when going through a process of cultural adaptation to a new environment, one of which is ab...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
STRATEGI ADAPTASI WARGA DESA WISATA LEREP DI MASA PANDEMI MELALUI KEBERLANJUTAN PENGHIDUPAN
STRATEGI ADAPTASI WARGA DESA WISATA LEREP DI MASA PANDEMI MELALUI KEBERLANJUTAN PENGHIDUPAN
Kajian dilakukan pada Desa Wisata Lerep Kabupaten Semarang yang terdampak berhentinya kegiatan pariwisata akibat pandemi sejak Maret 2020. Artikel ini bertujuan untuk mengetahui st...

Back to Top