Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan

View through CrossRef
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian berbanding seni catan dalam perkembangan seni moden Malaysia sejak tahun 1930-an. Kemunculan trend pluralis sekitar tahun 1990-an, telah memperlihatkan kepelbagaian media dan teknik diaplikasikan dalam karya seni visual yang secara tidak langsung meminggirkan lagi kedudukkan seni cetak sebagai satu bentuk disiplin dalam seni halus. Pameran yang khusus tentang seni cetak, dapat dijadikan sebagai salah satu mekanisme untuk mengukur penglibatan artis seni visual dan melihat perkembangan karya seni cetak itu sendiri dalam perkembangan seni tempatan. Menerusi pemerhatian umum, pameran bertema seni cetak telah kerap diadakan secara berkumpulan sejak kebelakangan ini. Oleh itu, penulisan ini bertujuan meninjau perkembangan seni cetak oleh artis-artis seni visual Malaysia menerusi pameran berkumpulan yang telah berlangsung dalam negara, khususnya yang melibatkan seni cetak. Hasil tinjauan umum mendapati, lebih ramai artis telah menghasilkan karya seni cetak dengan pendekatan kontemporari. Manakala seni cetak konvensional telah dipopularkan semula. Kepelbagaian bentuk dan makna karya seni cetak yang dihasilkan ini, menunjukkan satu perkembangan positif dalam bidang seni cetak di Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Description:
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain.
Namun begitu, ia kurang diberi perhatian berbanding seni catan dalam perkembangan seni moden Malaysia sejak tahun 1930-an.
Kemunculan trend pluralis sekitar tahun 1990-an, telah memperlihatkan kepelbagaian media dan teknik diaplikasikan dalam karya seni visual yang secara tidak langsung meminggirkan lagi kedudukkan seni cetak sebagai satu bentuk disiplin dalam seni halus.
Pameran yang khusus tentang seni cetak, dapat dijadikan sebagai salah satu mekanisme untuk mengukur penglibatan artis seni visual dan melihat perkembangan karya seni cetak itu sendiri dalam perkembangan seni tempatan.
Menerusi pemerhatian umum, pameran bertema seni cetak telah kerap diadakan secara berkumpulan sejak kebelakangan ini.
Oleh itu, penulisan ini bertujuan meninjau perkembangan seni cetak oleh artis-artis seni visual Malaysia menerusi pameran berkumpulan yang telah berlangsung dalam negara, khususnya yang melibatkan seni cetak.
Hasil tinjauan umum mendapati, lebih ramai artis telah menghasilkan karya seni cetak dengan pendekatan kontemporari.
Manakala seni cetak konvensional telah dipopularkan semula.
Kepelbagaian bentuk dan makna karya seni cetak yang dihasilkan ini, menunjukkan satu perkembangan positif dalam bidang seni cetak di Malaysia.

Related Results

Apreasasi karya nasionalisme seni moden Malaysia dalam Pameran Seni Negaraku 2017, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
Apreasasi karya nasionalisme seni moden Malaysia dalam Pameran Seni Negaraku 2017, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
Kajian ini dibuat sempena pameran Negaraku 2017 di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. Karya yang dipilih dalam pameran ini berbentuk nasionalisme mengupas tentang apreasasi ka...
PAMERAN "DARI AKAL TURUN KE HATI" SEBAGAI BENTUK EKSISTENSI KEKINIAN SENI RUPA ISLAM INDONESIA
PAMERAN "DARI AKAL TURUN KE HATI" SEBAGAI BENTUK EKSISTENSI KEKINIAN SENI RUPA ISLAM INDONESIA
Sejak Islam masuk dan menyebar di Indonesia, pengaruhnya terasa di banyak tempat dan banyak bidang. Salah satunya bidang seni rupa yang hingga hari ini masih tetap exist dan bahkan...
Representasi Seni Fotografi Selfie Pengunjung Museum Lawang Sewu Semarang
Representasi Seni Fotografi Selfie Pengunjung Museum Lawang Sewu Semarang
Penelitian ini bertujuan untuk memahami bagaimana masyarakat terlibat dengan seni di era selfie, perangkat digital, dan media sosial. Ini mengkaji pengalaman penonton pameran seni,...
Editorial
Editorial
CHIEF EDITOR Ahmad Faris Ismail, IIUM, Malaysia TECHNICAL EDITOR Sany Izan Ihsan, IIUM, Malaysia EXECUTIVE EDITOR AHM Zahirul Alam, IIUM, Malaysia ASSOCIATE EDITO...
Manifestasi Metafora Melayu terkini: Isu dan Trend dalam Catan Kontemporari Malaysia
Manifestasi Metafora Melayu terkini: Isu dan Trend dalam Catan Kontemporari Malaysia
Tafsiran istilah metafora adalah sinonim dengan domain pengunaannya di dalam tradisi lisan dan penulisan petikan teks menerusi falsafah dan budaya gaya bahasa alam melayu. Perihal ...
Pengembangan Teknologi Cetak Dalam Pembelajaran Bahasa Arab
Pengembangan Teknologi Cetak Dalam Pembelajaran Bahasa Arab
ABSTRAK Permasalahan krusial yang dihadapi dalam pembelajaran bahasa arab yaitu keterbatasan media yang ada atau dengan kata lain keterbatasan dalam menyediakan media pembelajaran ...
PAMERAN KARYA SENI RUPA MENIGKATKAN PRESTASI BELAJAR APRESIASI SISWA SMP NEGERI BELOPA
PAMERAN KARYA SENI RUPA MENIGKATKAN PRESTASI BELAJAR APRESIASI SISWA SMP NEGERI BELOPA
Penelitian ini bertujuan untuk mengevaluasi proses pembelajaran apresiasi melalui pameran dalam pendidikan seni rupa di kelas IX SMP Negeri 3 Belopa, Kabupaten Luwu. Metode yang di...
Editorial
Editorial
  CHIEF EDITOR Ahmad Faris Ismail, IIUM, Malaysia EXECUTIVE EDITOR AHM Zahirul Alam, IIUM, Malaysia ASSOCIATE EDITOR Nor Farahidah Za’bah, IIUM, Malaysia LANGUAGE EDITOR Lynn Mas...

Back to Top