Javascript must be enabled to continue!
NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES
View through CrossRef
Dalam era digital yang pesat berkembang penggunaan teknologi dalam penyebaran ilmu menjadi semakin penting. Ilmu psikologi dan kaunseling tidak terkecuali kerana ianya merupakan ‘platform’ ringkas dan mudah dijadikan sebagai rujukan umum dalam menangani pelbagai isu kesejahteraan mental. Kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk melihat isu dan permasalahan berkaitan kesihatan mental. Isu ini memberi kesan terhadap kepincangan tingkah laku dan kerapuhan emosi dalam kalangan rakyat Malaysia yang membawa kepada perlunya pembangunan laman Web Kaunseling Madani dalam usaha meningkatkan penyebaran ilmu psikologi dan kaunseling dalam kalangan warga pendidikan. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif yang menggunakan persampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru dan empat orang murid menggunakan kaedah temu bual separa struktur manakala kajian kuantitatif melibatkan 44 orang guru responden menggunakan ‘google form’ soal selidik keperluan kajian. Analisis dilaksanakan berdasarkan keperluan guru-guru untuk menggunakan laman web ini sebagai ‘one stop centre’ dalam mendapatkan bahan rujukan dan melalui keperluan yang diharapkan oleh responden dalam usaha memahami, menyebarkan dan meningkatkan kemahiran kaunseling dalam bentuk interaktif. Namun begitu, kajian ini hanya menekankan kepada fasa analisis sahaja. Kajian kuantitatif mempunyai lima item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif melalui skor peratus terdiri daripada lima kriteria iaitu tahap penggunaan, pengetahuan, isi kandungan yang bersesuaian di dalam ‘Laman Web’ yang diharapkan. Dapatan daripada semua item dalam soal selidik menunjukkan peratus yang tinggi terhadap keperluan pembangunan Laman Web Kaunseling Madani untuk menyebarkan ilmu psikologi dan kaunseling. Hasil kajian keperluan ini adalah penting bagi memastikan pembinaan Laman Web Kaunseling Madani memberi impak dalam menyebarkan ilmu psikologi dan kaunseling dalam dunia alaf baharu. Kesimpulannya, kajian berkaitan isu-isu baharu dengan menggunakan perisian digital perlu ditambahbaik dan diperbanyakkan bagi menarik minat guru, murid dan komuniti mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
Title: NEED ANALYSIS: DEVELOPMENT OF MADANI COUNSELING WEBSITE AS ONE STOP CENTRE IN PSYCHOLOGY AND COUNSELING SERVICES
Description:
Dalam era digital yang pesat berkembang penggunaan teknologi dalam penyebaran ilmu menjadi semakin penting.
Ilmu psikologi dan kaunseling tidak terkecuali kerana ianya merupakan ‘platform’ ringkas dan mudah dijadikan sebagai rujukan umum dalam menangani pelbagai isu kesejahteraan mental.
Kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk melihat isu dan permasalahan berkaitan kesihatan mental.
Isu ini memberi kesan terhadap kepincangan tingkah laku dan kerapuhan emosi dalam kalangan rakyat Malaysia yang membawa kepada perlunya pembangunan laman Web Kaunseling Madani dalam usaha meningkatkan penyebaran ilmu psikologi dan kaunseling dalam kalangan warga pendidikan.
Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif.
Kajian kualitatif yang menggunakan persampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru dan empat orang murid menggunakan kaedah temu bual separa struktur manakala kajian kuantitatif melibatkan 44 orang guru responden menggunakan ‘google form’ soal selidik keperluan kajian.
Analisis dilaksanakan berdasarkan keperluan guru-guru untuk menggunakan laman web ini sebagai ‘one stop centre’ dalam mendapatkan bahan rujukan dan melalui keperluan yang diharapkan oleh responden dalam usaha memahami, menyebarkan dan meningkatkan kemahiran kaunseling dalam bentuk interaktif.
Namun begitu, kajian ini hanya menekankan kepada fasa analisis sahaja.
Kajian kuantitatif mempunyai lima item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif melalui skor peratus terdiri daripada lima kriteria iaitu tahap penggunaan, pengetahuan, isi kandungan yang bersesuaian di dalam ‘Laman Web’ yang diharapkan.
Dapatan daripada semua item dalam soal selidik menunjukkan peratus yang tinggi terhadap keperluan pembangunan Laman Web Kaunseling Madani untuk menyebarkan ilmu psikologi dan kaunseling.
Hasil kajian keperluan ini adalah penting bagi memastikan pembinaan Laman Web Kaunseling Madani memberi impak dalam menyebarkan ilmu psikologi dan kaunseling dalam dunia alaf baharu.
Kesimpulannya, kajian berkaitan isu-isu baharu dengan menggunakan perisian digital perlu ditambahbaik dan diperbanyakkan bagi menarik minat guru, murid dan komuniti mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
Related Results
Website sebagai Media Informasi Publik
Website sebagai Media Informasi Publik
Abstract. Technological developments make it easy to communicate through digital communication. This digital communication process is supported by the presence of means or containe...
Editorial: Special Issue: Cypriot Journal of Educational Sciences 2022
Editorial: Special Issue: Cypriot Journal of Educational Sciences 2022
Background
Fundamental changes in the world of work are leaving many workers insecure and uncertain about their future. The situation is aggravated by the Covid-19 pandemic,...
HISTORY ОF CHINESE PSYCHOLOGY: OVERVIEW
HISTORY ОF CHINESE PSYCHOLOGY: OVERVIEW
Background. Th is material will be very useful for Russian scientists, as it will allow them to evaluate the achievements of Chinese psychology. Th e authors of the article believe...
Enhancing Counseling Services in Secondary Schools Through the Implementation of Training Modules and Counseling Materials for Peer Counselors
Enhancing Counseling Services in Secondary Schools Through the Implementation of Training Modules and Counseling Materials for Peer Counselors
The implementation of this community service aims to address issues in counseling services in remote secondary schools, resulting from the lack of counselors with a background in c...
Manajemen Sarana Dan Prasarana Pendidikan Di Sekolah Unggulan SD Bintang Madani
Manajemen Sarana Dan Prasarana Pendidikan Di Sekolah Unggulan SD Bintang Madani
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk memastikan betapa pentingnya manajemen sarana dan prasarana untuk meningkatkan standar belajar siswa. Dengan pendekatan berbasis perpustakaa...
Development and Evaluation of a Clinician-Vetted Dementia Caregiver Resources Website: Mixed Methods Approach (Preprint)
Development and Evaluation of a Clinician-Vetted Dementia Caregiver Resources Website: Mixed Methods Approach (Preprint)
BACKGROUND
About 11 million Americans are caregivers for the 6.7 million Americans currently living with dementia. They provide over 18 billion hours of unp...
Evaluasi Penggunaan Website Puskesmas
Evaluasi Penggunaan Website Puskesmas
Latar belakang : Teknologi website sangat mempengaruhi pelayanan puskesmas. Pengadaan website dalam rangka memenuhi tuntutan pengguna akan ketersediaan layanan yang mudah, cepat da...
Positive Psychology Applications
Positive Psychology Applications
Applied positive psychology is concerned with facilitating good lives and enabling people to be at their best. It is as much an approach as a particular domain of inquiry. As shown...


