Javascript must be enabled to continue!
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
View through CrossRef
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas etnik dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, dan (2) mengenalpasti perkaitan antara persepsi terhadap iklim hubungan etnik dengan kekerapan berinteraksi merentas etnik. Teori Contact Hypothesis menyarankan faktor persekitaran komunikasi (dalam kajian ini persepsi terhadap iklim hubungan etnik) merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi komunikasi merentas etnik. Namun, bukti empirikal tempatan tentang perkaitan ini adalah kurang. Seramai 360 pelajar dari tiga kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soalselidik tadbir sendiri. Dapatan kajian menunjukkan secara relatifnya majoriti responden sama ada etnik Melayu, Cina dan India mempersepsikan positif tentang iklim hubungan etnik di negara ini dan di kampus di universiti yang dikaji. Sungguhpun demikian, majoriti tidak terlibat secara meluas dan mendalam dalam interaksi merentas etnik di kampus terutamanya responden Melayu. Interaksi mereka kebanyakkanya berkisar sekitar hal akademik. Kekerapan interaksi merentas etnik didapati mempunyai perkaitan positif yang signifikan dengan persepsi terhadap iklim hubungan etnik. Mereka yang mempersepsikan iklim hubungan etnik secara positif lebih kerap terlibat dalam interaksi merentas etnik di kampus. Perkaitan positif ini wujud bagi responden Melayu, Cina dan juga India. Perkaitan ini didapati lebih kuat dalam kalangan pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. Pihak universiti perlu memastikan persepsi positif terhadap iklim hubungan etnik ini bukan sahaja dikekalkan tetapi dimantapkan kerana ia mempunyai implikasi ke atas sejauhmana pelajar terlibat dalam komunikasi merentas etnik di kampus. Kedua-dua faktor persepsi positif terhadap iklim hubungan etnik dan kekerapan komunikasi merentas etnik yang berkualiti penting dalam kerangka perpaduan dan keharmonian etnik. Kata Kunci: Komunikasi Merentas Etnik, Iklim Hubungan Etnik, Persekitaran Komunikasi, Etnik Melayu,Cina dan India.
Institute for Youth Research Malaysia
Title: KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Description:
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas etnik dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, dan (2) mengenalpasti perkaitan antara persepsi terhadap iklim hubungan etnik dengan kekerapan berinteraksi merentas etnik.
Teori Contact Hypothesis menyarankan faktor persekitaran komunikasi (dalam kajian ini persepsi terhadap iklim hubungan etnik) merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi komunikasi merentas etnik.
Namun, bukti empirikal tempatan tentang perkaitan ini adalah kurang.
Seramai 360 pelajar dari tiga kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia telah terlibat dalam kajian ini.
Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soalselidik tadbir sendiri.
Dapatan kajian menunjukkan secara relatifnya majoriti responden sama ada etnik Melayu, Cina dan India mempersepsikan positif tentang iklim hubungan etnik di negara ini dan di kampus di universiti yang dikaji.
Sungguhpun demikian, majoriti tidak terlibat secara meluas dan mendalam dalam interaksi merentas etnik di kampus terutamanya responden Melayu.
Interaksi mereka kebanyakkanya berkisar sekitar hal akademik.
Kekerapan interaksi merentas etnik didapati mempunyai perkaitan positif yang signifikan dengan persepsi terhadap iklim hubungan etnik.
Mereka yang mempersepsikan iklim hubungan etnik secara positif lebih kerap terlibat dalam interaksi merentas etnik di kampus.
Perkaitan positif ini wujud bagi responden Melayu, Cina dan juga India.
Perkaitan ini didapati lebih kuat dalam kalangan pelajar wanita berbanding pelajar lelaki.
Pihak universiti perlu memastikan persepsi positif terhadap iklim hubungan etnik ini bukan sahaja dikekalkan tetapi dimantapkan kerana ia mempunyai implikasi ke atas sejauhmana pelajar terlibat dalam komunikasi merentas etnik di kampus.
Kedua-dua faktor persepsi positif terhadap iklim hubungan etnik dan kekerapan komunikasi merentas etnik yang berkualiti penting dalam kerangka perpaduan dan keharmonian etnik.
Kata Kunci: Komunikasi Merentas Etnik, Iklim Hubungan Etnik, Persekitaran Komunikasi, Etnik Melayu,Cina dan India.
Related Results
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
KOMUNIKASI ANTAR BUDAYA PADA KOMUNITAS ARON DI BERASTAGI
KOMUNIKASI ANTAR BUDAYA PADA KOMUNITAS ARON DI BERASTAGI
<p>Peneliti melihat bagaimana pola komunikasi antarbudaya dalam komunitas aron di Berastagi. Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis proses komunikasi dan menganalisi...
Persepsi Mahasiswa Terhadap Kesadaran Gender
Persepsi Mahasiswa Terhadap Kesadaran Gender
<p>Tujuan dari penelitian ini adalah menganalisis: 1) persepsi mahasiswa terhadap kesadaran gender; 2) hubungan antara sosialisasi primer (jenis kelamin, agama, suku bangsa, ...
KAJIAN PERSEPSI TERHADAP RUANG ARSITEKTUR MELALUI MEDIA FOTOGRAFI STUDI KASUS: KAMPUNG KOREA BANDUNG
KAJIAN PERSEPSI TERHADAP RUANG ARSITEKTUR MELALUI MEDIA FOTOGRAFI STUDI KASUS: KAMPUNG KOREA BANDUNG
Abstrak- Arsitektur, dianggap sebagai salah satu instrumen utama untuk menghubungkan seorang individu dengan dimensi ruang dan waktu. Namun, seriring dengan berkembangnya budaya d...
Peningkatan Komunikasi Efektif Dalam Pelayanan Kesehatan di Puskesmas Kedaton
Peningkatan Komunikasi Efektif Dalam Pelayanan Kesehatan di Puskesmas Kedaton
Komunikasi di fasilitas kesehatan merupakan komunikasi komplek, tidak hanya komunikasi dengan tenaga kesehatan tapi juga dengan pasien, masyarakat dan juga peserta didik. Masalah ...
Riset Komunikasi Dakwah Berbasis Budaya Indonesia
Riset Komunikasi Dakwah Berbasis Budaya Indonesia
Buku ini mengemukakan berbagai topik-topik yang diangkat dari hasil penelitian dimulai konsep ‘riset dakwah’ dan ‘riset komunikasi dakwah’ dengan mengadakan penjelajahan wawasan ...

