Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kepatuhan Pengiraan Zakat Pendapatan Kumpulan Profesional di Universiti Pendidikan Sultan Idris

View through CrossRef
Sumber pendapatan seseorang individu daripada penggajian semasa adalah pelbagai dan berbeza mengikut sektor pekerjaan  dan jawatan. Selain pendapatan dikenali gaji pokok, seseorang pekerja turut menikmati pendapatan berbentuk elaun, bonus, insentif dan sebagainya sama ada secara bulanan atau tahunan. Bagi kumpulan profesional pula, pendapatan sampingan turut diperoleh menerusi  aktiviti perundingan atau kepakaran, penyeliaan, penyelidikan dan sebagainya. Memandangkan sumber pendapatan ini semakin meluas, kepatuhan dalam menghitung jumlah pendapatan yang perlu ditunaikan zakat adalah signifikan. Sehubungan itu, setiap individu Muslim berkelayakan perlu menunaikan zakat pendapatan bagi memastikan harta yang dicari dan diperoleh adalah bersih daripada hak orang lain di dalamnya. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepatuhan zakat pendapatan yang dilihat dari aspek pengiraan jumlah pendapatan daripada setiap sumber penggajian yang diperoleh. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif daripada 10 sumber pendapatan diperoleh oleh kakitangan akademik melibatkan 112 orang kakitangan akademik Muslim yang berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak sebagai responden kajian. Hasil analisis menunjukkan tahap pengetahuan mengenai sumber penggajian yang perlu dihitung dalam pengiraan zakat adalah tinggi bagi gaji pokok dan elaun tetap bulanan dan tahap sederhana dan rendah bagi sumber-sumber lain. Tahap pengetahuan ini didapati merupakan punca kepada ketidakupayaan responden untuk menghitung pendapatan sebenar dalam pengiraan zakat pendapatan.  Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada pihak berautoriti untuk memberikan lebih penerangan berkaitan zakat pendapatan bagi memastikan pemilikan harta individu lebih bersih serta meningkatkan keadilan dalam agihan kekayaan.  
Title: Kepatuhan Pengiraan Zakat Pendapatan Kumpulan Profesional di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Description:
Sumber pendapatan seseorang individu daripada penggajian semasa adalah pelbagai dan berbeza mengikut sektor pekerjaan  dan jawatan.
Selain pendapatan dikenali gaji pokok, seseorang pekerja turut menikmati pendapatan berbentuk elaun, bonus, insentif dan sebagainya sama ada secara bulanan atau tahunan.
Bagi kumpulan profesional pula, pendapatan sampingan turut diperoleh menerusi  aktiviti perundingan atau kepakaran, penyeliaan, penyelidikan dan sebagainya.
Memandangkan sumber pendapatan ini semakin meluas, kepatuhan dalam menghitung jumlah pendapatan yang perlu ditunaikan zakat adalah signifikan.
Sehubungan itu, setiap individu Muslim berkelayakan perlu menunaikan zakat pendapatan bagi memastikan harta yang dicari dan diperoleh adalah bersih daripada hak orang lain di dalamnya.
Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepatuhan zakat pendapatan yang dilihat dari aspek pengiraan jumlah pendapatan daripada setiap sumber penggajian yang diperoleh.
Kajian ini menggunakan analisis deskriptif daripada 10 sumber pendapatan diperoleh oleh kakitangan akademik melibatkan 112 orang kakitangan akademik Muslim yang berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak sebagai responden kajian.
Hasil analisis menunjukkan tahap pengetahuan mengenai sumber penggajian yang perlu dihitung dalam pengiraan zakat adalah tinggi bagi gaji pokok dan elaun tetap bulanan dan tahap sederhana dan rendah bagi sumber-sumber lain.
Tahap pengetahuan ini didapati merupakan punca kepada ketidakupayaan responden untuk menghitung pendapatan sebenar dalam pengiraan zakat pendapatan.
  Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada pihak berautoriti untuk memberikan lebih penerangan berkaitan zakat pendapatan bagi memastikan pemilikan harta individu lebih bersih serta meningkatkan keadilan dalam agihan kekayaan.
  .

Related Results

PENGARUH KEPERCAYAAN DAN PENGETAHUAN TENTANG ZAKAT TERHADAP MINAT MASYARAKAT MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL KABUPATEN BEKASI
PENGARUH KEPERCAYAAN DAN PENGETAHUAN TENTANG ZAKAT TERHADAP MINAT MASYARAKAT MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL KABUPATEN BEKASI
During the last 4 years there has been an increase in receipt of zakat funds at the Bekasi Regency National Amil Zakat Agency. The increase in receipt of zakat funds for 4 years is...
TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PROSEDUR MANAJEMEN PENGELOLAAN ZAKAT DI BAZNAS KABUPATEN TAKALAR
TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PROSEDUR MANAJEMEN PENGELOLAAN ZAKAT DI BAZNAS KABUPATEN TAKALAR
Abstrak Islam mengenal konsep zakat, dimana merupakan kewajiban tiap umat islam. Zakat memiliki peranan yang sangat strategis dalam upaya pengentasan kemiskinan atau pembangunan e...
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Pengagihan Dana Zakat Dalam Bentuk Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Miskin Di Malaysia
Microfinance is one of the financial instruments for small and medium entrepreneurs to run a business. The constrains to obtain a capital often involving underprivileged entreprene...
KESEDIAAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN: SATU KAJIAN EMPIRIKAL
KESEDIAAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN: SATU KAJIAN EMPIRIKAL
The willingness to deal with the obligation to pay zakat income among civil servants, especially in the Federal Territory of Labuan is still long-standing. The perceptions of the p...
Penguatan Literasi Zakat dan Implementasinya dalam Meningkatkan Kepedulian Mahasiswa UBP Karawang
Penguatan Literasi Zakat dan Implementasinya dalam Meningkatkan Kepedulian Mahasiswa UBP Karawang
Tujuan PKM ini untuk membantu ruang berpikir bahwa pentingnya penerapan nilai-nilai sosial masyrakat melalui Literasi Zakat dan wujud kepekaan dalam bidang pendidikan, sosial kemas...
Perbandingan Efektivitas Zakat dan Pajak dalam Mengurangi Ketimpangan Ekonomi di Negara Indonesia
Perbandingan Efektivitas Zakat dan Pajak dalam Mengurangi Ketimpangan Ekonomi di Negara Indonesia
ABSTRACTThe effectiveness of zakat and taxes in reducing economic inequality in Indonesia. Zakat and taxes are two different financial instruments, where zakat is part of Islamic t...
Establishing zakat on oil and gas in Malaysia: a new insight
Establishing zakat on oil and gas in Malaysia: a new insight
PurposeThe purpose of this paper is to deliberate on the establishment of zakat (Islamic alms) on oil and gas in Malaysia. Being one of the five Islamic pillars, zakat contributes ...
ANALISIS PENERAPAN GOOD CORPORATE GOVERNANCE DALAM PENGELOLAAN ZAKAT PADA LAZNAS YATIM MANDIRI JEMBER
ANALISIS PENERAPAN GOOD CORPORATE GOVERNANCE DALAM PENGELOLAAN ZAKAT PADA LAZNAS YATIM MANDIRI JEMBER
ABSTRACTGood Corporate Governance at the Zakat Management Institution (LPZ) aims to measure and assess the performance management of an institution in terms of managing Zakat, Infa...

Back to Top