Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

SEJARAH SENI SILAT DAN PERTUBUHAN SILAT GAYUNG FATANI MALAYSIA DI DAERAH TUARAN

View through CrossRef
Silat merupakan warisan yang melambangkan identiti bangsa Melayu. UNESCO telah mengiktiraf silat sebagai warisan budaya tak ketara pada tahun 2019. Pengiktirafan bertaraf dunia secara tidak langsung telah mengangkat martabat silat ke peringkat yang lebih tinggi. Seiring dengan peredaran masa, silat telah mengalami perkembangan yang drastik sejak dari awal kewujudannya. Buktinya terdapat banyak jenis aliran silat di Malaysia dan salah satunya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Kehadiran PSGFM di negeri Borneo telah melakar sejarah baru dalam bidang seni mempertahankan diri. Perkembangannya semakin meluas khususnya di daerah Tuaran. Oleh itu, artikel ini mengupas tentang sejarah sejarah silat di daerah Tuaran dan menghuraikan perkembangan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) di daerah Tuaran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti kaedah kepustakaan dan arkib, kaedah temu bual serta kaedah kajian lapangan untuk memperolehi maklumat penting berkaitan dengan perkembangan PSGFM di daerah Tuaran. Hasil kajian mendapati PSGFM Tuaran telah berkembang pesat dan ini dapat dilihat menerusi penglibatannya dalam pertandingan silat. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran mengenai perkembangan silat di daerah Tuaran dan mendedahkan kepentingan untuk memartabatkan seni silat sebagai satu warisan kepada masyarakat.
Title: SEJARAH SENI SILAT DAN PERTUBUHAN SILAT GAYUNG FATANI MALAYSIA DI DAERAH TUARAN
Description:
Silat merupakan warisan yang melambangkan identiti bangsa Melayu.
UNESCO telah mengiktiraf silat sebagai warisan budaya tak ketara pada tahun 2019.
Pengiktirafan bertaraf dunia secara tidak langsung telah mengangkat martabat silat ke peringkat yang lebih tinggi.
Seiring dengan peredaran masa, silat telah mengalami perkembangan yang drastik sejak dari awal kewujudannya.
Buktinya terdapat banyak jenis aliran silat di Malaysia dan salah satunya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM).
Kehadiran PSGFM di negeri Borneo telah melakar sejarah baru dalam bidang seni mempertahankan diri.
Perkembangannya semakin meluas khususnya di daerah Tuaran.
Oleh itu, artikel ini mengupas tentang sejarah sejarah silat di daerah Tuaran dan menghuraikan perkembangan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) di daerah Tuaran.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti kaedah kepustakaan dan arkib, kaedah temu bual serta kaedah kajian lapangan untuk memperolehi maklumat penting berkaitan dengan perkembangan PSGFM di daerah Tuaran.
Hasil kajian mendapati PSGFM Tuaran telah berkembang pesat dan ini dapat dilihat menerusi penglibatannya dalam pertandingan silat.
Kajian ini diharap dapat memberi gambaran mengenai perkembangan silat di daerah Tuaran dan mendedahkan kepentingan untuk memartabatkan seni silat sebagai satu warisan kepada masyarakat.

Related Results

PEMERINTAHAN TRADISIONAL SEMASA ZAMAN SULTAN ABDUL MOMIN DI SUNGAI TUARAN (1877-1885)
PEMERINTAHAN TRADISIONAL SEMASA ZAMAN SULTAN ABDUL MOMIN DI SUNGAI TUARAN (1877-1885)
Sungai Tuaran terletak di sebelah pantai barat Borneo Utara sejak dua atau tiga abad yang lalu. Nama Sungai Tuaran telah wujud pada era pemerintahan Sultan Abdul Momin seperti dije...
Paluan Kompang Fatani: Irama Tradisi yang Mengukuhkan Identiti.
Paluan Kompang Fatani: Irama Tradisi yang Mengukuhkan Identiti.
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik seni tradisional Melayu, dengan fokus utama ialah pada Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia, yang merupakan pertubuhan seni kompang yang su...
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis  Pajak  Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19   Irlan Fery   Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
MELESTARIKAN TRADISI PENCAK SILAT BETAWI DI ERA DIGITAL
MELESTARIKAN TRADISI PENCAK SILAT BETAWI DI ERA DIGITAL
Pencak silat is one of Indonesia's original martial arts that has been recognized by the world. There are various pencak silat schools in Indonesia, one of which is Betawi’s pencak...
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
Perkembangan disiplin ilmu sejarah buat sekian lama memusatkan perbahasannya kepada falsafah “tiada dokumen, tiada sejarah” sebagai wadah merealisasikan matlamat sejarawan untuk me...
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

Back to Top