Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan

View through CrossRef
Buku Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan memaparkan isu perundangan yang bersifat global dan semasa. Isu perundangan terpilih dicerakin dengan menitikberatkan pengulasan aspek undang-undang yang relevan serta berteraskan prinsip kemanusiaan. Bagi memudahkan pembacaan, perbincangan isu perundangan dikemukakan di bawah empat tema khusus iaitu perencanaan perlindungan terhadap pekerja, intervensi statutori dalam melestarikan kepentingan awam, tadbir urus keluarga dan harta serta keadilan terhadap populasi rapuh. Sepanjang zaman peradaban, manusia tidak sunyi daripada masalah-masalah dan isu perundangan. Isu perundangan seolah-olah tekal tanpa batasan masa dan tempat. Isu perundangan perlu ditangani kerana berpotensi menjejaskan pekerjaan, kesihatan, hubungan peribadi, perlindungan dan keselamatan yang merupakan kunci utama kesejahteraan manusia. Pengupasan isu perundangan dan undang-undang yang relevan merupakan prasyarat tindak balas dan pendekatan penyelesaian yang ampuh. Buku ini berkeupayaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pembaca terhadap struktur serta kepentingan undang-undang kepada kehidupan manusia secara amnya dan manifestasi pengaruh undang-undang dalam bidang tertentu yang menjadi perhatian masyarakat secara khususnya. Oleh sebab itu, buku ini sangat penting sebagai rujukan kepada para penggubal polisi, pengamal undang-undang, intelektual dan pelajar undang-undang. Selain itu, buku ini sesuai dibaca oleh orang awam yang berminat dengan isu perundangan. Gaya penulisan yang mudah difahami, memudahkan pembaca memanfaatkan maklumat yang disampaikan.
Title: Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Description:
Buku Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan memaparkan isu perundangan yang bersifat global dan semasa.
Isu perundangan terpilih dicerakin dengan menitikberatkan pengulasan aspek undang-undang yang relevan serta berteraskan prinsip kemanusiaan.
Bagi memudahkan pembacaan, perbincangan isu perundangan dikemukakan di bawah empat tema khusus iaitu perencanaan perlindungan terhadap pekerja, intervensi statutori dalam melestarikan kepentingan awam, tadbir urus keluarga dan harta serta keadilan terhadap populasi rapuh.
Sepanjang zaman peradaban, manusia tidak sunyi daripada masalah-masalah dan isu perundangan.
Isu perundangan seolah-olah tekal tanpa batasan masa dan tempat.
Isu perundangan perlu ditangani kerana berpotensi menjejaskan pekerjaan, kesihatan, hubungan peribadi, perlindungan dan keselamatan yang merupakan kunci utama kesejahteraan manusia.
Pengupasan isu perundangan dan undang-undang yang relevan merupakan prasyarat tindak balas dan pendekatan penyelesaian yang ampuh.
Buku ini berkeupayaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pembaca terhadap struktur serta kepentingan undang-undang kepada kehidupan manusia secara amnya dan manifestasi pengaruh undang-undang dalam bidang tertentu yang menjadi perhatian masyarakat secara khususnya.
Oleh sebab itu, buku ini sangat penting sebagai rujukan kepada para penggubal polisi, pengamal undang-undang, intelektual dan pelajar undang-undang.
Selain itu, buku ini sesuai dibaca oleh orang awam yang berminat dengan isu perundangan.
Gaya penulisan yang mudah difahami, memudahkan pembaca memanfaatkan maklumat yang disampaikan.

Related Results

Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema ya...
Juris et de jure paradigma perundangan dalam pembangunan masyarakat
Juris et de jure paradigma perundangan dalam pembangunan masyarakat
Juris Et De Jure merupakan sebuah koleksi artikel ahli akademik Jabatan Undang-undang Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM). Koleksi ini mengut...
Do it Yourself: Bina Laman Sesawang Statik & Dinamik
Do it Yourself: Bina Laman Sesawang Statik & Dinamik
Buku ini memberi panduan asas kepada pembaca bagaimana membina laman sesawang sendiri (Do It Yourself-DIY). Pembaca akan dilatih melakukan sendiri aktiviti bermula dari peringkat a...
Pembentukan instrumen pengukuran budaya komunikasi
Pembentukan instrumen pengukuran budaya komunikasi
Monograf ini adalah hasil penyelidikan yang bertujuan untuk mengenal pasti dimensi-dimensi budaya yang mencirikan tatacara kakitangan berkomunikasi di tempat kerja. Penelitian berk...
DIGES KEMANUSIAAN: WACANA TANWIR KEMANUSIAAN
DIGES KEMANUSIAAN: WACANA TANWIR KEMANUSIAAN
The publication of Humanities Diges writing papers with the theme of 'Wacana Tanwir Kemanusiaan' is practical to be served to every level of society in Malaysia. This is so because...
Pengurusan sungai mengikut undang-undang
Pengurusan sungai mengikut undang-undang
Buku ini membincangkan aspek pengurusan sungai menurut undang-undang.Isu yang diketengahkan dan menjadi perkara utama perbincangan ialah sungai yang menjadi sumber utama membekalka...
Teori dan praktis perhubungan perusahaan di Malaysia
Teori dan praktis perhubungan perusahaan di Malaysia
Buku ini memberi tumpuan kepada persekitaran hubungan majikan-pekerja, pihak yang terlibat dalam perhubungan perusahaan, proses perundingan kolektif, perjanjian kolektif, pertikaia...
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara t...

Back to Top