Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KIYAI SALLEH BIN ABD. KARIM: AMALAN KEBATINAN KUMPULAN SELEMPANG MERAH

View through CrossRef
Kumpulan Selempang Merah agak terkenal dengan perjuangan menentang komunis di negeri Johor terutama di bahagian Batu Pahat. Kumpulan ini terkenal dengan menggunakan selempang merah apabila sedang bertempur dengan pihak komunis. Kumpulan ini telah diketuai oleh Kiyai Salleh yang merupakan seorang pejuang untuk mempertahankan kedaulatan agama dan juga bangsanya. Kumpulan Selendang Merah ini telah berjuang menentang kezaliman dan kekejaman komunis dengan hanya menggunakan parang panjang. Di samping menggunakan senjata fizikal, kumpulan ini juga menggunakan ayat-ayat atau zikir-zikir tertentu bagi mensiapkan diri dalam sudut rohani bagi menentang komunis. Terdapat beberapa pendapat menyatakan bahawa ilmu yang diturunkan oleh Kiyai Salleh ini merupakan ilmu pendamping dengan jin kerana peluru yang ditembak oleh komunis kepada mereka tidak lut pada badan dan menyatakan ini merupakan ilmu kebal yang diamalkan oleh ahli kumpulan Selempang Merah. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan zikir-zikir dan amalan yang diamalkan oleh kumpulan ini yang diturunkan oleh Kiyai Salleh kepada pengikutnya berdasarkan catatan-catatan yang dibuat oleh beberapa individu yang pernah menemubual ahli kumpulan Selempang Merah dan juga ahli keluarga Kiyai Salleh. Berdasarkan kepada pengumpulan maklumat ini, dapat diperhatikan amalan yang diturunkan oleh Kiyai Salleh merupakan amalan zikir harian dan tidak menyimpang daripada amalan Islam. Amalan ini menjadi pendinding kepada pengamalnya apabila mereka yakin dengan bantuan dan kekuasaan daripada Allah Yang Maha Kuasa.
Title: KIYAI SALLEH BIN ABD. KARIM: AMALAN KEBATINAN KUMPULAN SELEMPANG MERAH
Description:
Kumpulan Selempang Merah agak terkenal dengan perjuangan menentang komunis di negeri Johor terutama di bahagian Batu Pahat.
Kumpulan ini terkenal dengan menggunakan selempang merah apabila sedang bertempur dengan pihak komunis.
Kumpulan ini telah diketuai oleh Kiyai Salleh yang merupakan seorang pejuang untuk mempertahankan kedaulatan agama dan juga bangsanya.
Kumpulan Selendang Merah ini telah berjuang menentang kezaliman dan kekejaman komunis dengan hanya menggunakan parang panjang.
Di samping menggunakan senjata fizikal, kumpulan ini juga menggunakan ayat-ayat atau zikir-zikir tertentu bagi mensiapkan diri dalam sudut rohani bagi menentang komunis.
Terdapat beberapa pendapat menyatakan bahawa ilmu yang diturunkan oleh Kiyai Salleh ini merupakan ilmu pendamping dengan jin kerana peluru yang ditembak oleh komunis kepada mereka tidak lut pada badan dan menyatakan ini merupakan ilmu kebal yang diamalkan oleh ahli kumpulan Selempang Merah.
Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan zikir-zikir dan amalan yang diamalkan oleh kumpulan ini yang diturunkan oleh Kiyai Salleh kepada pengikutnya berdasarkan catatan-catatan yang dibuat oleh beberapa individu yang pernah menemubual ahli kumpulan Selempang Merah dan juga ahli keluarga Kiyai Salleh.
Berdasarkan kepada pengumpulan maklumat ini, dapat diperhatikan amalan yang diturunkan oleh Kiyai Salleh merupakan amalan zikir harian dan tidak menyimpang daripada amalan Islam.
Amalan ini menjadi pendinding kepada pengamalnya apabila mereka yakin dengan bantuan dan kekuasaan daripada Allah Yang Maha Kuasa.

Related Results

Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Perspektif Gender dalam Kumpulan Cerpen Karya Djenar Maesa Ayu
Perspektif Gender dalam Kumpulan Cerpen Karya Djenar Maesa Ayu
Gender merupakan piranti yang lebih dikonstruksikan secara sosial daripada biologis. Seseorang bisa menjadi kurang atau lebih ‘feminim’ dan kurang atau lebih ‘maskulin’. Seorang la...
TASAWUF FALSAFI SYEKH ABDUL KARIM AL JILLI DAN KONSEP INSAN KAMIL
TASAWUF FALSAFI SYEKH ABDUL KARIM AL JILLI DAN KONSEP INSAN KAMIL
Abd al-Karim ibn Ibrahim ibn Abd al-Karim bin Khalifah bin Ahmad bin Mahmud al-Jilli (1365–1428 M) terkenal dengan teori sufistiknya tentang insan kamil (manusia sempurna). Penelit...
         Paper ini membahas pengaruh waktu perkecambahan kacang merah terhadap kadar asam amino bebas dan protein terlarut yang terkandung dalam kecambahnya. Penelitian ini bertuju...
Pengaruh Pupuk Kandang Dan Varietas Terhadap Pertumbuhan Dan Hasil Bawang Merah (Allium ascalonicum L.) Pada Lahan Gambut
Pengaruh Pupuk Kandang Dan Varietas Terhadap Pertumbuhan Dan Hasil Bawang Merah (Allium ascalonicum L.) Pada Lahan Gambut
Bawang merah (Allium ascalonicum L.) Bawang merah (Allium ascalonicum L.) adalah bumbu masak yang populer digunakan dalam berbagai masakan. Untuk memenuhi kebutuhan produksi bawang...
TEKNIK 1 SEMAIAN BATANG BAGI PEMBIAKAN BAKA SUKUN WARISAN 1890 PULAU AMAN: APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
TEKNIK 1 SEMAIAN BATANG BAGI PEMBIAKAN BAKA SUKUN WARISAN 1890 PULAU AMAN: APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
Kertas kajian ilmiah pembangunan tiga (3) teknik biak baka asal sukun warisan 1890 ini berdasarkan ujilari teknik semaian batang pembiakan baka pokok sukun melalui perlaksanaan kon...

Back to Top