Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu

View through CrossRef
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh etnik-etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di Terengganu dan Kelantan, namun, perbezaan status penutur bahasa Melayu sebagai penutur bahasa pertama dan bahasa kedua ini perlu dikaji kerana bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Perbezaan status penutur bahasa Melayu ini memberi kesan terhadap penguasaan bahasa tersebut. Walaupun etnik Melayu, etnik Cina dan Orang Asli tinggal dalam komuniti yang sama di pantai timur sejak dahulu lagi, namun kecekapan komunikatif bahasa Melayu etnik-etnik ini masih kurang mendapat pehatian dalam kalangan para sarjana bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan membincangkan sikap dan motivasi murid sekolah rendah dalam kalangan etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu. Data kajian diperoleh daripada 429 responden yang berumur 11 tahun di negeri Terengganu dan Kelantan melalui instrumen soal selidik yang ditadbir secara bersama dengan guru-guru sekolah. Pendekatan deskriptif digunakan dalam menghuraikan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid etnik di kawasan luar bandar di pantai timur mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting. Guru-guru, sekolah, ibu bapa dan ahli keluarga pula menjadi pendorong utama motivasi untuk mempelajari bahasa Melayu. Sikap dan motivasi etnik di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu yang positif memperlihatkan peluang yang cerah dalam kalangan etnik tersebut untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Description:
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.
walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh etnik-etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di Terengganu dan Kelantan, namun, perbezaan status penutur bahasa Melayu sebagai penutur bahasa pertama dan bahasa kedua ini perlu dikaji kerana bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perbezaan status penutur bahasa Melayu ini memberi kesan terhadap penguasaan bahasa tersebut.
Walaupun etnik Melayu, etnik Cina dan Orang Asli tinggal dalam komuniti yang sama di pantai timur sejak dahulu lagi, namun kecekapan komunikatif bahasa Melayu etnik-etnik ini masih kurang mendapat pehatian dalam kalangan para sarjana bahasa Melayu.
Kajian ini bertujuan membincangkan sikap dan motivasi murid sekolah rendah dalam kalangan etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu.
Data kajian diperoleh daripada 429 responden yang berumur 11 tahun di negeri Terengganu dan Kelantan melalui instrumen soal selidik yang ditadbir secara bersama dengan guru-guru sekolah.
Pendekatan deskriptif digunakan dalam menghuraikan data kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid etnik di kawasan luar bandar di pantai timur mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting.
Guru-guru, sekolah, ibu bapa dan ahli keluarga pula menjadi pendorong utama motivasi untuk mempelajari bahasa Melayu.
Sikap dan motivasi etnik di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu yang positif memperlihatkan peluang yang cerah dalam kalangan etnik tersebut untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Related Results

KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah
Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah
Kebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan. Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat ...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...

Back to Top