Javascript must be enabled to continue!
Pemerkasaan Islam Sosial dalam Konteks Peradaban Semasa
View through CrossRef
Islam sebagai agama, cara hidup dan peradaban dewasa ini sedang menerima tekanan daripada berbagai penjuru. Perkembangannya yang meluas dan merata telah membawa kepada pertembungan dalam berbagai keadaan dan di berbagai peringkat. Situasi ini menjadi sebahagian daripada landskap global semasa. Islamophobia, kebencian atau kemarahan terhadap Islam, yang dijelmakan dalam berbagai ragam, merupakan di antara ciri-ciri utamanya.
Paling ketara dalam pertembungan ini ialah penolakan dan penentangan terhadap Islam dalam politik, atau political Islam. Percubaan menempatkan Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran, termasuk di negara berpendudukan majoriti Muslim, seringkali mewujudkan ketegangan, kadangkala pertumpahan darah. Islam yang cuba direalisasikan pada skala kecil pun, menerusi ibadat khusus seperti sembahyang, atau pemakaian, tidak terlepas daripada serangan. Masjid menjadi sasaran, dan wanita yang bertudung dan berjilbab menjadi mangsa kecaman.
Islam di peringkat individu, dalam situasi dan kondisi tradisionalnya, juga jauh sekali daripada merupakan suatu kenyataan yang berimpak, apabila anggota ummah sekadar tertumpu di masjid dan surau, untuk beribadat, atau kunjung mengunjungi pada musim raya atau bantu membantu semasa dharurat. Komitmen dan kegiatan berkala dalam “privatized Islam” ini hanya mengekalkan konservatisme yang sedia wujud, dan tidak memberi kesan bermakna dan berpanjangan ke atas persekitaran besar. Amalan sufisme yang meuncul di sana sini hanya mampu mengekalkan nilai-nilai agama menerusi perkumpuan tariqat, tetapi ia umumnya tidak menjalar jauh ke dalam tubuh masyarakat besar.
Peradaban Islam yang berpotensi terbugar dalam persekitaran Islam sebagai agama dan cara hidup sudah pasti berdepan dengan konstrain atau kekangan. Nilai-nilai keagamaan hanya mampu menyusup dan menyerap dengan aktif dalam situasi anggota ummah berkedudukan dan berupaya menghayati tuntutan keagamaan dalam semua segi kehidupan. Ternyata di mana-mana, hatta di negara Muslim di mana Islam sudah sedia bertapak ratusan tahun, suasana ini tidak kedapatan. Tambahan pula pembawaan dan pengamalan para penganut sendiri adalah begitu lemah, sehingga Islam sebagai budaya dan tamadun tidak langsong menyerlah. Dalam keadaannya sedemikian, ia kehilangan kedinamikan, ia itu faktor yang membolehnya berdaya saing dan berdaya juang dalam persekitaran yang menyelubunginya. ‘Civilizational Make-up’ atau ‘Gubahan Ketamadunan’ sebagai natijah daripada keberadaan Islam itu tidak muncul.
Title: Pemerkasaan Islam Sosial dalam Konteks Peradaban Semasa
Description:
Islam sebagai agama, cara hidup dan peradaban dewasa ini sedang menerima tekanan daripada berbagai penjuru.
Perkembangannya yang meluas dan merata telah membawa kepada pertembungan dalam berbagai keadaan dan di berbagai peringkat.
Situasi ini menjadi sebahagian daripada landskap global semasa.
Islamophobia, kebencian atau kemarahan terhadap Islam, yang dijelmakan dalam berbagai ragam, merupakan di antara ciri-ciri utamanya.
Paling ketara dalam pertembungan ini ialah penolakan dan penentangan terhadap Islam dalam politik, atau political Islam.
Percubaan menempatkan Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran, termasuk di negara berpendudukan majoriti Muslim, seringkali mewujudkan ketegangan, kadangkala pertumpahan darah.
Islam yang cuba direalisasikan pada skala kecil pun, menerusi ibadat khusus seperti sembahyang, atau pemakaian, tidak terlepas daripada serangan.
Masjid menjadi sasaran, dan wanita yang bertudung dan berjilbab menjadi mangsa kecaman.
Islam di peringkat individu, dalam situasi dan kondisi tradisionalnya, juga jauh sekali daripada merupakan suatu kenyataan yang berimpak, apabila anggota ummah sekadar tertumpu di masjid dan surau, untuk beribadat, atau kunjung mengunjungi pada musim raya atau bantu membantu semasa dharurat.
Komitmen dan kegiatan berkala dalam “privatized Islam” ini hanya mengekalkan konservatisme yang sedia wujud, dan tidak memberi kesan bermakna dan berpanjangan ke atas persekitaran besar.
Amalan sufisme yang meuncul di sana sini hanya mampu mengekalkan nilai-nilai agama menerusi perkumpuan tariqat, tetapi ia umumnya tidak menjalar jauh ke dalam tubuh masyarakat besar.
Peradaban Islam yang berpotensi terbugar dalam persekitaran Islam sebagai agama dan cara hidup sudah pasti berdepan dengan konstrain atau kekangan.
Nilai-nilai keagamaan hanya mampu menyusup dan menyerap dengan aktif dalam situasi anggota ummah berkedudukan dan berupaya menghayati tuntutan keagamaan dalam semua segi kehidupan.
Ternyata di mana-mana, hatta di negara Muslim di mana Islam sudah sedia bertapak ratusan tahun, suasana ini tidak kedapatan.
Tambahan pula pembawaan dan pengamalan para penganut sendiri adalah begitu lemah, sehingga Islam sebagai budaya dan tamadun tidak langsong menyerlah.
Dalam keadaannya sedemikian, ia kehilangan kedinamikan, ia itu faktor yang membolehnya berdaya saing dan berdaya juang dalam persekitaran yang menyelubunginya.
‘Civilizational Make-up’ atau ‘Gubahan Ketamadunan’ sebagai natijah daripada keberadaan Islam itu tidak muncul.
Related Results
ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
Islam peradaban melayu apapun bentuknya menjadi (manifestasi) iman dan amal saleh manusia dalam pengabdian kepada Tuhan Yang Maha Esa. Islam peradaban dalam menegakkan tidak hanya ...
Catatan dari Managing Editor
Catatan dari Managing Editor
Salam sejahtera,
Tahun 2020 ini menandakan awal dari akhir sebuah dekade dimana terjadi berbagai perubahan sosial dan teknologi. Pertama, diketahui bahwa teknologi internet dan me...
Formulasi Konsep Moderasi Islam M Mucharom Syifa
Formulasi Konsep Moderasi Islam M Mucharom Syifa
Abstract:
The religious phenomenon of Islam in post-reform Indonesia is thought to have experienced extremism and radicalism. The explosion of terrorism in the name of Islam ...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...
Pesantren dan Fiqih Peradaban
Pesantren dan Fiqih Peradaban
Buku "Pesantren dan Fiqih Peradaban" ini adalah upaya penulis menginterpretasi gagasan fiqih peradaban yang dicanangkan oleh Nahdlatul Ulama (NU) dengan membahas dan mengkaji peran...
INTENSITASインテンシティーDILIHAT DARI KONTEKS EMOTIF DAN TUJUAN KOMUNIKASI DALAM TINDAK KOMUNIKASI PADA DRAMA GREAT TEACHER ONIZUKA REMAKE KARYA IMAI KAZUHISA
INTENSITASインテンシティーDILIHAT DARI KONTEKS EMOTIF DAN TUJUAN KOMUNIKASI DALAM TINDAK KOMUNIKASI PADA DRAMA GREAT TEACHER ONIZUKA REMAKE KARYA IMAI KAZUHISA
Intensitas atau penekanan ujaran sering digunakan manusia dalam tindak komunikasi, tetapi hal itu sering tidak disadari. Intensitas biasa digunakan untuk lebih menarik perhatian l...
Akulturasi Islam dalam Peradaban dan Budaya
Akulturasi Islam dalam Peradaban dan Budaya
Artikel ini bertujuan untuk memahami akulturasi Islam dalam peradaban dan budaya, jenis penelitian ini adalah penelitian studi pustaka (library research), dengan pendekatan peneli...
Pesan dari Managing Editor
Pesan dari Managing Editor
Salam sejahtera,
Untuk volume 17 edisi 2 tahun 2019, Jurnal Psikologi Sosial (JPS) menerbitkan tujuh naskah dengan topik yang menyentuh berbagai fenomena di masyarakat Indonesia. ...

