Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 1963

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menilai transformasi perkhidmatan kesihatan di Borneo Utara dari tahun 1946 hingga 1963 iaitu semasa tempoh penstrukturan semula kolonial British selepas kemusnahan semasa di bawah pentadbiran Jepun. Selepas Borneo Utara diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada tahun 1946, Borneo Utara berhadapan dengan pelbagai cabaran kesihatan termasuk penularan penyakit berjangkit, kekurangan infrastruktur perubatan, dan ketiadaan tenaga kerja tempatan yang mencukupi. Pentadbiran kolonial memperkenalkan beberapa inisiatif seperti tinjauan depopulasi penduduk pendalaman, pembinaan semula infrastruktur kesihatan yang musnah akibat perang, penstrukturan jabatan kesihatan serta penambahan kakitangan kesihatan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dengan merujuk kepada sumber primer seperti dokumen-dokumen kerajaan dan juga sumber-sumber sekunder. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat usaha penambahbaikan terhadap perkhidmatan kesihatan yang diberikan namun begitu perkhidmatan kesihatan yang diberikan masih terhad dan tidak seimbang dari segi agihan dan lebih tertumpu di kawasan bandar (Jesselton dan Elopura) - mencerminkan ketidaksamarataan sosio-ekonomi dan kepentingan kolonial.
Title: SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 1963
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menilai transformasi perkhidmatan kesihatan di Borneo Utara dari tahun 1946 hingga 1963 iaitu semasa tempoh penstrukturan semula kolonial British selepas kemusnahan semasa di bawah pentadbiran Jepun.
Selepas Borneo Utara diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada tahun 1946, Borneo Utara berhadapan dengan pelbagai cabaran kesihatan termasuk penularan penyakit berjangkit, kekurangan infrastruktur perubatan, dan ketiadaan tenaga kerja tempatan yang mencukupi.
Pentadbiran kolonial memperkenalkan beberapa inisiatif seperti tinjauan depopulasi penduduk pendalaman, pembinaan semula infrastruktur kesihatan yang musnah akibat perang, penstrukturan jabatan kesihatan serta penambahan kakitangan kesihatan.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dengan merujuk kepada sumber primer seperti dokumen-dokumen kerajaan dan juga sumber-sumber sekunder.
Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat usaha penambahbaikan terhadap perkhidmatan kesihatan yang diberikan namun begitu perkhidmatan kesihatan yang diberikan masih terhad dan tidak seimbang dari segi agihan dan lebih tertumpu di kawasan bandar (Jesselton dan Elopura) - mencerminkan ketidaksamarataan sosio-ekonomi dan kepentingan kolonial.

Related Results

SEJARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1881 HINGGA 1914
SEJARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1881 HINGGA 1914
Artikel ini bertujuan untuk menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Borneo Utara bermula selepas penyerahan Borneo Utara kepada British pada tahun 1881 sehingg...
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI KEM BALAK BAWAH SELIAAN BRITISH BORNEO TIMBER COMPANY
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI KEM BALAK BAWAH SELIAAN BRITISH BORNEO TIMBER COMPANY
Perkembangan industri pembalakan di Borneo Utara telah melonjak disebabkan permintaannya yang tinggi dan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Perkembangan e...
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
Penulis tempatan dan Eropah mempunyai catatan berkenaan perkembangan politik dan ekonomi masyarakat peribumi di Borneo Utara. Kesultanan Brunei memerintah pantai barat Borneo Utara...
Syarikat Kapal Wap: Pencetus Pembangunan Ekonomi Bandar di Borneo Utara, 1883–1941
Syarikat Kapal Wap: Pencetus Pembangunan Ekonomi Bandar di Borneo Utara, 1883–1941
Abstrak Perkembangan pengangkutan kapal wap telah memberi kesan kepada pembangunan ekonomi bandar utama di Borneo Utara. Misi utama Kerajaan British North Borneo Company (BNB...
PENGHAPUSAN PERHAMBAAN DI BORNEO UTARA SELEPAS TAHUN 1881
PENGHAPUSAN PERHAMBAAN DI BORNEO UTARA SELEPAS TAHUN 1881
Perhambaan mempunyai fungsi yang sangat signifikan kepada manusia seiring dengan peredaran zaman, Masyarakat peribumi di Borneo Utara juga tidak terlepas dari pengalaman sistem ter...
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Semenjak pasca pandemik, tiada lagi perkhidmatan bas disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari kampus ke kompleks kulia...
HUBUNGAN TRADISI BRUNEI DENGAN BORNEO UTARA: TINJAUAN TERHADAP FAKTOR KEMEROSOTAN PENTADBIRAN KESULTANAN BRUNEI PADA ABAD KE-19
HUBUNGAN TRADISI BRUNEI DENGAN BORNEO UTARA: TINJAUAN TERHADAP FAKTOR KEMEROSOTAN PENTADBIRAN KESULTANAN BRUNEI PADA ABAD KE-19
AbstrakMakalah ini membincangkan tentang latar belakang awal pemerintahan Kesultanan Brunei dan perkembangan pengaruhnya di Kepulauan Borneo yang dilihat telah mencorakkan pensejar...
SEJARAH PERJUDIAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
SEJARAH PERJUDIAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
Borneo Utara berada di bawah pentadbiran Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBBUB) dari awal 1881 hingga 1941. Pentadbiran SBBUB melaksanakan pelbagai dasar untuk memastika...

Back to Top