Javascript must be enabled to continue!
SEJARAH PERBURUHAN: SISTEM PEREKRUTAN BURUH DI BORNEO UTARA 1881-1941
View through CrossRef
Artikel ini mengulas tentang sistem perekrutan buruh yang dilaksanakan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) di Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga tahun 1941. Apabila sistem perburuhan yang lebih teratur dan bergaji diperkenalkan, SBUB menghadapi krisis kekurangan tenaga kerja bagi menampung seluruh pengoperasian sektor ekonomi di Borneo Utara. Justeru, penguatkuasaan undang-undang telah membolehkan SBUB melaksanakan dasar imigrasi bagi menggalakkan kemasukan imigran-imigran dari luar. Oleh kerana SBUB sangat bergantung kepada penggunaan buruh Cina dan Jawa, maka sistem perekrutan buruh di Borneo Utara dilihat kompleks kerana melibatkan pihak pentadbiran SBUB, Kerajaan Kolonial luar dan agensi perekrutan. Kajian ini bertujuan menganalisis sistem perekrutan yang digunakan ke atas buruh Cina, buruh Jawa dan buruh tempatan dengan mengambil kira peranan kerajaan kolonial dan agensi perekrutan, sebagai badan yang mengawal selia seluruh organisasi perekrutan di Borneo Utara. Penulisan ini dibuat berdasarkan sumber yang diperoleh dari buku, artikel jurnal, internet dan sumber-sumber rasmi dari Arkib Negeri Sabah seperti akhbar British iaitu British North Borneo Herald (BNBH), fail-fail rekod Borneo Utara (North Borneo Central Archive, Miscellaneous Files Series) dan Warta Kerajaan Borneo Utara (Official Gazette).
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: SEJARAH PERBURUHAN: SISTEM PEREKRUTAN BURUH DI BORNEO UTARA 1881-1941
Description:
Artikel ini mengulas tentang sistem perekrutan buruh yang dilaksanakan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) di Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga tahun 1941.
Apabila sistem perburuhan yang lebih teratur dan bergaji diperkenalkan, SBUB menghadapi krisis kekurangan tenaga kerja bagi menampung seluruh pengoperasian sektor ekonomi di Borneo Utara.
Justeru, penguatkuasaan undang-undang telah membolehkan SBUB melaksanakan dasar imigrasi bagi menggalakkan kemasukan imigran-imigran dari luar.
Oleh kerana SBUB sangat bergantung kepada penggunaan buruh Cina dan Jawa, maka sistem perekrutan buruh di Borneo Utara dilihat kompleks kerana melibatkan pihak pentadbiran SBUB, Kerajaan Kolonial luar dan agensi perekrutan.
Kajian ini bertujuan menganalisis sistem perekrutan yang digunakan ke atas buruh Cina, buruh Jawa dan buruh tempatan dengan mengambil kira peranan kerajaan kolonial dan agensi perekrutan, sebagai badan yang mengawal selia seluruh organisasi perekrutan di Borneo Utara.
Penulisan ini dibuat berdasarkan sumber yang diperoleh dari buku, artikel jurnal, internet dan sumber-sumber rasmi dari Arkib Negeri Sabah seperti akhbar British iaitu British North Borneo Herald (BNBH), fail-fail rekod Borneo Utara (North Borneo Central Archive, Miscellaneous Files Series) dan Warta Kerajaan Borneo Utara (Official Gazette).
Related Results
SEJARAH SISTEM PERBURUHAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
SEJARAH SISTEM PERBURUHAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
Penghapusan amalan perhambaan mengakibatkan Borneo Utara tidak mempunyai sistem buruh yang teratur untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Namun, penguatkuasaan undang-und...
SEJARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1881 HINGGA 1914
SEJARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1881 HINGGA 1914
Artikel ini bertujuan untuk menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Borneo Utara bermula selepas penyerahan Borneo Utara kepada British pada tahun 1881 sehingg...
SEJARAH PERJUDIAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
SEJARAH PERJUDIAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
Borneo Utara berada di bawah pentadbiran Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBBUB) dari awal 1881 hingga 1941. Pentadbiran SBBUB melaksanakan pelbagai dasar untuk memastika...
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI KEM BALAK BAWAH SELIAAN BRITISH BORNEO TIMBER COMPANY
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI KEM BALAK BAWAH SELIAAN BRITISH BORNEO TIMBER COMPANY
Perkembangan industri pembalakan di Borneo Utara telah melonjak disebabkan permintaannya yang tinggi dan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Perkembangan e...
PENGHAPUSAN PERHAMBAAN DI BORNEO UTARA SELEPAS TAHUN 1881
PENGHAPUSAN PERHAMBAAN DI BORNEO UTARA SELEPAS TAHUN 1881
Perhambaan mempunyai fungsi yang sangat signifikan kepada manusia seiring dengan peredaran zaman, Masyarakat peribumi di Borneo Utara juga tidak terlepas dari pengalaman sistem ter...
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
Penulis tempatan dan Eropah mempunyai catatan berkenaan perkembangan politik dan ekonomi masyarakat peribumi di Borneo Utara. Kesultanan Brunei memerintah pantai barat Borneo Utara...
Syarikat Kapal Wap: Pencetus Pembangunan Ekonomi Bandar di Borneo Utara, 1883–1941
Syarikat Kapal Wap: Pencetus Pembangunan Ekonomi Bandar di Borneo Utara, 1883–1941
Abstrak
Perkembangan pengangkutan kapal wap telah memberi kesan kepada pembangunan ekonomi bandar utama di Borneo Utara. Misi utama Kerajaan British North Borneo Company (BNB...
Sejarah Sosial Komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941)
Sejarah Sosial Komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941)
Kertas kerja ini membincangkan tentang sejarah sosial komuniti Eropah di Borneo Utara semasa era pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dari tahun 1881 hingga 1941. Kehad...

