Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

HUBUNGAN IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU

View through CrossRef
Iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan organisasi di sekolah. Namun begitu iklim sekolah yang berada pada kedudukan yang membimbangkan yang seterusnya akan mempengaruhi stres guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti min tahap iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru di sekolah. Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap iklim sekolah, tahap stres guru di samping meneliti perbezaan min stres guru berdasarkan faktor demografi iaitu jantina. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, iklim sekolah diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Pashiardis (2000) yang mengandungi empat (4) dimensi, iaitu komunikasi (9 item), kerjasama (7 item), pentadbiran & organisasi (8 item) serta murid (6 item) dengan menggunakan skala Likert 5 point dengan skor skala 1 untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 untuk sangat setuju. Manakala konsep stres diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Conley (2000) yang mengandungi 5 item dengan menggunakan 5 skala Likert dengan skor 1 untuk tidak pernah hingga 5 untuk selalu. Seramai 105 ( L= 17, P = 88) sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan  statistik min, Ujian-t bebas dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min stres guru berdasarkan faktor jantina guru. Bagaimanapun dapatan menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara iklim sekolah dan stres guru berdasarkan iklim sekolah. Kesimpulannya kajian ini menghasilkan satu kerangka teori yang signifikan bagi menunjukkan bahawa iklim sekolah mempengaruhi stres guru sekolah menengah.
Title: HUBUNGAN IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU
Description:
Iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan organisasi di sekolah.
Namun begitu iklim sekolah yang berada pada kedudukan yang membimbangkan yang seterusnya akan mempengaruhi stres guru.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti min tahap iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru di sekolah.
Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap iklim sekolah, tahap stres guru di samping meneliti perbezaan min stres guru berdasarkan faktor demografi iaitu jantina.
Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat.
Dalam kajian ini, iklim sekolah diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Pashiardis (2000) yang mengandungi empat (4) dimensi, iaitu komunikasi (9 item), kerjasama (7 item), pentadbiran & organisasi (8 item) serta murid (6 item) dengan menggunakan skala Likert 5 point dengan skor skala 1 untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 untuk sangat setuju.
Manakala konsep stres diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Conley (2000) yang mengandungi 5 item dengan menggunakan 5 skala Likert dengan skor 1 untuk tidak pernah hingga 5 untuk selalu.
Seramai 105 ( L= 17, P = 88) sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus terlibat dalam kajian ini.
Data dianalisis dengan  statistik min, Ujian-t bebas dan kolerasi Pearson.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min stres guru berdasarkan faktor jantina guru.
Bagaimanapun dapatan menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara iklim sekolah dan stres guru berdasarkan iklim sekolah.
Kesimpulannya kajian ini menghasilkan satu kerangka teori yang signifikan bagi menunjukkan bahawa iklim sekolah mempengaruhi stres guru sekolah menengah.

Related Results

KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk: The Implication of Terengganu Institution 1911 Promulgation
Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk: The Implication of Terengganu Institution 1911 Promulgation
The concern felt by Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) (“the Sultan”) over the entry of a British agent in Terengganu pursuant to the agreement entered into between Terengganu an...
Pengaruh Iklim Organisasi Sekolah terhadap Motivasi Berprestasi untuk Mewujudkan Kinerja Guru
Pengaruh Iklim Organisasi Sekolah terhadap Motivasi Berprestasi untuk Mewujudkan Kinerja Guru
Iklim organisasi sekolah mencakup suasana kerja, budaya, norma, dan nilai-nilai yang ada dalam lingkungan sekolah. Faktor-faktor ini dapat memberikan pengaruh signifikan terhadap p...
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis  Pajak  Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19   Irlan Fery   Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
NASIONALIS TANPA KEPARTIAN : DOKUMENTASI SEJARAH MENTERI BESAR TERENGGANU KELIMA
NASIONALIS TANPA KEPARTIAN : DOKUMENTASI SEJARAH MENTERI BESAR TERENGGANU KELIMA
The State of Terengganu has a Law of Appointment of leaders that has been set. DYMM Sultan or menteri besar to be appointed must meet the conditions set out in the Law for the Gove...
<b>Ecological Implications of Coastal Defence Structures (CDS) in Kuala Nerus, Terengganu</b>
<b>Ecological Implications of Coastal Defence Structures (CDS) in Kuala Nerus, Terengganu</b>
Coastal defence structures (CDS) play a significant role in erosion control and flooding risk, hence saving human residences and properties. In Kuala Nerus, Terengganu, the constru...

Back to Top