Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Konflik Diri dan Citra Wanita dalam Teks Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu

View through CrossRef
Salah satu daripada teks magnum opus Melayu iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya historiografi Melayu. Sulalatus Salatin bukan sahaja merakam susur galur keturunan raja-raja Melayu tetapi mempunyai banyak peristiwa dan kisah watak wanita di dalamnya. Citra wanita merupakan salah satu tajuk yang menarik untuk dikaji kerana watak-watak ini mengalami pelbagai konflik kerana sistem feudal yang mendasari pengkisahan teks ini. Citra watak wanita boleh dilihat melalui unsur konflik yang dialami mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak-watak yang mengalami pertembungan konflik diri dan kedua menganalisis konflik diri watak wanita pilihan melalui teori psikoanalisis. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks digunakan sebagai medium untuk menganalisis citra wanita melalui konflik diri yang dialami watak-watak wanita tersebut. Teori psikoanalisis aliran Freud ini akan digunakan bagi menghuraikan pelbagai jenis konflik diri yang dialami watak wanita yang diketengahkan oleh pengarang dalam teks Sulalatus Salatin. Hasil kajian memperlihatkan konflik diri watak wanita itu berdasarkan prinsip struktur personaliti manusia yang mempunyai tiga elemen yang diperkenalkan oleh Freud iaitu id, ego dan superego. Kesimpulan daripada analisis kajian menunjukkan citra wanita pada zaman feudal amat berbeza dengan citra wanita pada zaman kini dan setiap daripada watak wanita tersebut mengalami konflik diri yang pelbagai sehingga ada yang mampu mengundang kejatuhan sesebuah sistem politik negara.
Asian Scholars Network
Title: Konflik Diri dan Citra Wanita dalam Teks Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu
Description:
Salah satu daripada teks magnum opus Melayu iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya historiografi Melayu.
Sulalatus Salatin bukan sahaja merakam susur galur keturunan raja-raja Melayu tetapi mempunyai banyak peristiwa dan kisah watak wanita di dalamnya.
Citra wanita merupakan salah satu tajuk yang menarik untuk dikaji kerana watak-watak ini mengalami pelbagai konflik kerana sistem feudal yang mendasari pengkisahan teks ini.
Citra watak wanita boleh dilihat melalui unsur konflik yang dialami mereka.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak-watak yang mengalami pertembungan konflik diri dan kedua menganalisis konflik diri watak wanita pilihan melalui teori psikoanalisis.
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif.
Kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks digunakan sebagai medium untuk menganalisis citra wanita melalui konflik diri yang dialami watak-watak wanita tersebut.
Teori psikoanalisis aliran Freud ini akan digunakan bagi menghuraikan pelbagai jenis konflik diri yang dialami watak wanita yang diketengahkan oleh pengarang dalam teks Sulalatus Salatin.
Hasil kajian memperlihatkan konflik diri watak wanita itu berdasarkan prinsip struktur personaliti manusia yang mempunyai tiga elemen yang diperkenalkan oleh Freud iaitu id, ego dan superego.
Kesimpulan daripada analisis kajian menunjukkan citra wanita pada zaman feudal amat berbeza dengan citra wanita pada zaman kini dan setiap daripada watak wanita tersebut mengalami konflik diri yang pelbagai sehingga ada yang mampu mengundang kejatuhan sesebuah sistem politik negara.

Related Results

KESALAHAN HUDUD DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN
KESALAHAN HUDUD DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan hukuman terhadap kesalahan hudud berpandukan al-Quran dan Hadis dalam naskhah Sulalatus Salatin yang diselenggara...
EARLY STUDY OF TEACHING & LEARNING ADAPTION BY USING MULTIMEDIA IN TEXT LEARNING OF SULALATUS SALATIN
EARLY STUDY OF TEACHING & LEARNING ADAPTION BY USING MULTIMEDIA IN TEXT LEARNING OF SULALATUS SALATIN
This study aims to examine the use of multimedia in teaching and learning (PdP) Sulalatus Salatin in form six. The objective of this study is to identify the use of multimedia in P...
Sejarah awal kerajaan melayu di jambi
Sejarah awal kerajaan melayu di jambi
ABSTRAK Kajian berkaitan sejarah awal bagi sesebuah kerajaan sukar kurang dijalankan kerana kekurangan sumber dan bukti. Objektif kajian ini ialah mengkaji asal-usul dan lokasi awa...
THE MORAL OF LEADERS BASED ON TEXTS IN SULALATUS SALATIN
THE MORAL OF LEADERS BASED ON TEXTS IN SULALATUS SALATIN
The grandeur of the Malaccan Malay Sultanate was written in Sulalatus Salatin, a name that means the genealogy of the Sultans. This text has been acknowledged as a great work and w...
Editorial
Editorial
Pada mulanya politik dianggap sebagai tulang punggung sejarah, demikian dinyatakan oleh Kuntowijoyo (2003: 174). Oleh karena itu pula, lanjutnya, teks-teks sejarah selalu berisi re...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Abstrak: Historiografi Melayu:Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Melayu sebagai identitas masyarakat Indonesia menjadi sangat penting didalam Historiografi “penulisan sejar...

Back to Top