Javascript must be enabled to continue!
Peranan Sulh dan Mediasi dalam Konflik Keluarga di Negeri Kedah Darul Aman: Implikasi Undang-undang dan Sosial
View through CrossRef
Kajian ini memfokuskan peranan sulh dan mediasi dalam penyelesaian konflik kekeluargaan di Negeri Kedah Darul Aman dengan tumpuan diberikan terhadap implikasi undang-undang dan sosial dalam masyarakat setempat. Sulh yang berlandaskan prinsip syariah menekankan aspek spiritual dan emosional, menjadikannya lebih sesuai bagi komuniti yang mengutamakan nilai agama dan budaya tradisional. Sebaliknya, mediasi dalam mahkamah sivil menawarkan pendekatan yang lebih rasional, profesional dan fleksibel yang menjadikannya lebih inklusif bagi masyarakat yang pelbagai. Kajian ini turut mengkaji aspek sosiobudaya, seperti nilai kekeluargaan, adat resam dan pengaruh agama, dalam penentuan keberkesanan kedua-dua mekanisme. Selain itu, norma baharu, seperti teknologi dan mediasi dalam talian, dianalisis bagi memahami cabaran dan peluang bagi memastikan kepekaan budaya terus dipelihara. Menerusi pendekatan kualitatif yang melibatkan analisis dokumen perundangan dan kajian terdahulu, kajian ini memfokuskan cara integrasi antara elemen tradisional dengan teknologi moden mampu meningkatkan keberkesanan sulh dan mediasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem penyelesaian konflik keluarga di Kedah masih berasaskan pendekatan tradisional tanpa penerapan inovasi teknologi, namun berpotensi untuk diperkasakan dengan integrasi teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehcapaian. Oleh itu, pengkaji mencadangkan latihan intensif bagi pegawai sulh dan mediator dalam aspek norma budaya dan teknologi, serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang manfaat kedua-dua kaedah ini. Langkah ini penting untuk memastikan sulh dan mediasi kekal relevan, berkesan dan responsif terhadap keperluan masyarakat kontemporari, serta menyokong pembangunan institusi keluarga dalam ekosistem sosial yang makin dinamik.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Title: Peranan Sulh dan Mediasi dalam Konflik Keluarga di Negeri Kedah Darul Aman: Implikasi Undang-undang dan Sosial
Description:
Kajian ini memfokuskan peranan sulh dan mediasi dalam penyelesaian konflik kekeluargaan di Negeri Kedah Darul Aman dengan tumpuan diberikan terhadap implikasi undang-undang dan sosial dalam masyarakat setempat.
Sulh yang berlandaskan prinsip syariah menekankan aspek spiritual dan emosional, menjadikannya lebih sesuai bagi komuniti yang mengutamakan nilai agama dan budaya tradisional.
Sebaliknya, mediasi dalam mahkamah sivil menawarkan pendekatan yang lebih rasional, profesional dan fleksibel yang menjadikannya lebih inklusif bagi masyarakat yang pelbagai.
Kajian ini turut mengkaji aspek sosiobudaya, seperti nilai kekeluargaan, adat resam dan pengaruh agama, dalam penentuan keberkesanan kedua-dua mekanisme.
Selain itu, norma baharu, seperti teknologi dan mediasi dalam talian, dianalisis bagi memahami cabaran dan peluang bagi memastikan kepekaan budaya terus dipelihara.
Menerusi pendekatan kualitatif yang melibatkan analisis dokumen perundangan dan kajian terdahulu, kajian ini memfokuskan cara integrasi antara elemen tradisional dengan teknologi moden mampu meningkatkan keberkesanan sulh dan mediasi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem penyelesaian konflik keluarga di Kedah masih berasaskan pendekatan tradisional tanpa penerapan inovasi teknologi, namun berpotensi untuk diperkasakan dengan integrasi teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehcapaian.
Oleh itu, pengkaji mencadangkan latihan intensif bagi pegawai sulh dan mediator dalam aspek norma budaya dan teknologi, serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang manfaat kedua-dua kaedah ini.
Langkah ini penting untuk memastikan sulh dan mediasi kekal relevan, berkesan dan responsif terhadap keperluan masyarakat kontemporari, serta menyokong pembangunan institusi keluarga dalam ekosistem sosial yang makin dinamik.
Related Results
Sulh as an Instrument of Alternative Dispute Resolution (ADR): Practice in Syariah Court of Negeri Sembilan
Sulh as an Instrument of Alternative Dispute Resolution (ADR): Practice in Syariah Court of Negeri Sembilan
Sulh is one of the Alternative Dispute Resolution (ADR) mechanisms recommended by Islam. This mechanism has been implemented through Majlis Sulh establishment, which was first intr...
Selective Mutism as Barrier in Sulh Conference Settlement
Selective Mutism as Barrier in Sulh Conference Settlement
The sulh conference provides opportunities for the parties to discuss openly with each other with the aid of the sulh officer as a facilitator to their discussions. However, curren...
PENGARUH KOMUNIS DI DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH, 1948-1989
PENGARUH KOMUNIS DI DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH, 1948-1989
Proklamasi Darurat di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 menyaksikan gerakan Komunis, di bawah Parti Komunis Malaya (PKM), menjalankan operasi bersenjata dan aktiviti subvers...
SEJARAH BUNGA EMAS DAN KEDATANGAN ISLAM KE KEDAH: KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH DAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
SEJARAH BUNGA EMAS DAN KEDATANGAN ISLAM KE KEDAH: KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH DAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Sumber memainkan peranan yang amat signifikan dalam menilai keobjektifan sesebuah peristiwa sejarah. Walau bagaimanapun ada peristiwa yang mempunyai garapan berbeza dalam sesebuah ...
Prosedur Istinbat dan Pewartaan Fatwa Ajaran Sesat di Negeri Kedah: Satu Tinjauan
Prosedur Istinbat dan Pewartaan Fatwa Ajaran Sesat di Negeri Kedah: Satu Tinjauan
The preservation and strengthening of the faith of Muslims can be solved through the legitimacy of the law and the preaching of the deviant teachings of fatwa in the attempt to cur...
Perkembangan Pengeluaran Getah di Negeri Kedah, 1970-1990
Perkembangan Pengeluaran Getah di Negeri Kedah, 1970-1990
This research would like to see to what extent the success of the Kedah Government and the Federal Government in strengthening rubber production in Kedah from 1970 to 1990. The Sta...
Kerentanan dan Perlindungan Undang-undang: Meneroka Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Kerentanan dan Perlindungan Undang-undang: Meneroka Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Undang-undang keluarga Islam mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan peribadi umat Islam. Kerangka undang-undang ini menetapkan dan melindungi pembentukan keluarga yang sah, ...

