Javascript must be enabled to continue!
Idea Pemikiran Pluralisme Agama dalam Penulisan Buku Indie ‘Aku..., Maka Aku Ada’ dan ‘Antithesis’
View through CrossRef
Penulisan buku Indie berteraskan kepada idea kebebasan yang meliputi konsep keterbukaan, kesamarataan dan toleransi. Dengan sifat kebebasan ini, genre penulisan ini terdedah dengan pemikiran pluralisme agama melalui sifat penerbitan mandiri. Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku Indie, tiga parameter digunakan iaitu; semua agama menuju Tuhan yang sama tetapi melalui jalan dan cara yang pelbagai, semua manusia tanpa mengira kedudukan agama berhak menerima balasan syurga asalkan mereka melakukan kebaikan, dan tiada kebenaran mutlak pada mana-mana agama. Sebanyak dua karya yang dipilih sebagai sampel kajian untuk menganalisis sejauh manakah pemikiran pluralisme agama digarap dalam penulisan buku indie karya Faisal Tehrani “Aku…, Maka Aku Ada” dan karya Benz Ali “Antithesis”. Hasil kajian mendapati kedua-dua buah buku ini mengandungi ketiga-tiga parameter yang telah ditetapkan. Buku yang pertama mengandungi tujuh perkara yang secara jelas selari dengan pluralisme agama manakala buku yang kedua pula mempunyai lima perkara. Dua karya ini mempunyai trend tersendiri dalam mengkritik dan mengangkat isu-isu kemasyarakatan yang menyentuh aspek akidah dan agama, tetapi olahan yang digunakan mengandungi elemen pluralisme agama.
Title: Idea Pemikiran Pluralisme Agama dalam Penulisan Buku Indie ‘Aku..., Maka Aku Ada’ dan ‘Antithesis’
Description:
Penulisan buku Indie berteraskan kepada idea kebebasan yang meliputi konsep keterbukaan, kesamarataan dan toleransi.
Dengan sifat kebebasan ini, genre penulisan ini terdedah dengan pemikiran pluralisme agama melalui sifat penerbitan mandiri.
Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku Indie, tiga parameter digunakan iaitu; semua agama menuju Tuhan yang sama tetapi melalui jalan dan cara yang pelbagai, semua manusia tanpa mengira kedudukan agama berhak menerima balasan syurga asalkan mereka melakukan kebaikan, dan tiada kebenaran mutlak pada mana-mana agama.
Sebanyak dua karya yang dipilih sebagai sampel kajian untuk menganalisis sejauh manakah pemikiran pluralisme agama digarap dalam penulisan buku indie karya Faisal Tehrani “Aku…, Maka Aku Ada” dan karya Benz Ali “Antithesis”.
Hasil kajian mendapati kedua-dua buah buku ini mengandungi ketiga-tiga parameter yang telah ditetapkan.
Buku yang pertama mengandungi tujuh perkara yang secara jelas selari dengan pluralisme agama manakala buku yang kedua pula mempunyai lima perkara.
Dua karya ini mempunyai trend tersendiri dalam mengkritik dan mengangkat isu-isu kemasyarakatan yang menyentuh aspek akidah dan agama, tetapi olahan yang digunakan mengandungi elemen pluralisme agama.
Related Results
Pandangan MUI terhadap Pluralisme Agama
Pandangan MUI terhadap Pluralisme Agama
Religious pluralisme among Muslims itself raises pros and cons, acceptance on the one hand and resistance on the other. Supporters of religious pluralisme argue that this idea is a...
Late-Onset Alkaptonuria in an Elderly Male: A Case Report and Literature Review
Late-Onset Alkaptonuria in an Elderly Male: A Case Report and Literature Review
Abstract
Introduction: Alkaptonuria (AKU) is a rare autosomal recessive metabolic disorder caused by homogentisate 1,2-dioxygenase deficiency, leading to homogentisic acid accumula...
Pluralisme Agama daripada Pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady
Pluralisme Agama daripada Pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady
Abstrak: Pluralisme yang membawa maksud kepelbagaian agama diterima secara baik, namun apabila perkataan ini digabungkan dengan agama dan membawa maksud menyamaratakan semua agama ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
GAYA BAHASA DALAM LIRIK LAGU POP GAYA BAHASA DALAM LIRIK LAGU POPULER YANG DINYANYIKAN OLEH SYAHRINI
GAYA BAHASA DALAM LIRIK LAGU POP GAYA BAHASA DALAM LIRIK LAGU POPULER YANG DINYANYIKAN OLEH SYAHRINI
The language style or known the Figure of Speech is an expression of feelings that have deep meaning for others. This research was conducted to look at the style of the language in...
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESTETIKA VESPA MODIFIKASI KOMUNITAS VESPA BONDOWOSO Syarief Abdurahman Arrahim1, I Wayan Sudiarta2, I Gst Ngr. Sura Ardana31,2,3Program Studi Pendidikan Seni RupaFakultas Ba...
Partai Islam dan Pluralisme: Kajian atas Pandangan dan Sikap Politik Partai Masyumi
Partai Islam dan Pluralisme: Kajian atas Pandangan dan Sikap Politik Partai Masyumi
Koherensi Islam dan pluralisme di Indonesia berawal dari realitas masyarakat Indonesia yang sangatlah pluralis, baik dari segi etnis, adat istiadat, maupun agama. Selain Islam, rea...

