Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian

View through CrossRef
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi belajar seseorang individu. Motivasi belajar memainkan peranan yang sangat penting dalam prestasi akademik murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar dalam kalangan murid- murid tahap 2 di sebuah sekolah rendah di daerah Pontian, Johor. Kajian ini juga ingin mengenalpasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid. Sebanyak 150 orang responden kajian telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian ini. Soal selidik yang diedarkan merangkumi item-item tentang tahap pengaruh rakan sebaya yang diadaptasikan daripada Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) dan tahap motivasi belajar yang diadaptasikan daripada Inventory of School Motivation (ISM). Data-data ini telah dianalisis secara deskriptif untuk mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar serta dianalisis secara inferensi untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah dengan menggunakan perisian Program Statistical Package for The Social Science SPSS 11.5 For Window. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengaruh rakan sebaya (M=3.51, SD=1.334) dan tahap motivasi belajar (M=3.43, SD=1.274) adalah pada tahap sederhana. Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid sekolah rendah adalah sederhana dan positif (r=.323, p=.000). Implikasi kajian ini menyerlahkan keperluan untuk membangunkan program sokongan yang bersesuaian dengan tahap kefahaman dan kesediaan pelajar. Kajian lanjutan disyorkan untuk mendalami lagi pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua pembolehubah ini, serta menilai kesan jangka panjang interaksi rakan sebaya terhadap motivasi pembelajaran pelajar.
Asian Scholars Network
Title: Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Description:
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid.
Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi belajar seseorang individu.
Motivasi belajar memainkan peranan yang sangat penting dalam prestasi akademik murid-murid.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar dalam kalangan murid- murid tahap 2 di sebuah sekolah rendah di daerah Pontian, Johor.
Kajian ini juga ingin mengenalpasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid.
Sebanyak 150 orang responden kajian telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian ini.
Soal selidik yang diedarkan merangkumi item-item tentang tahap pengaruh rakan sebaya yang diadaptasikan daripada Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) dan tahap motivasi belajar yang diadaptasikan daripada Inventory of School Motivation (ISM).
Data-data ini telah dianalisis secara deskriptif untuk mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar serta dianalisis secara inferensi untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah dengan menggunakan perisian Program Statistical Package for The Social Science SPSS 11.
5 For Window.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengaruh rakan sebaya (M=3.
51, SD=1.
334) dan tahap motivasi belajar (M=3.
43, SD=1.
274) adalah pada tahap sederhana.
Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid sekolah rendah adalah sederhana dan positif (r=.
323, p=.
000).
Implikasi kajian ini menyerlahkan keperluan untuk membangunkan program sokongan yang bersesuaian dengan tahap kefahaman dan kesediaan pelajar.
Kajian lanjutan disyorkan untuk mendalami lagi pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua pembolehubah ini, serta menilai kesan jangka panjang interaksi rakan sebaya terhadap motivasi pembelajaran pelajar.

Related Results

PENGARUH MOTIVASI BELAJAR MATEMATIKA SISWA TERHADAP PRESTASI BELAJAR MATEMATIKA
PENGARUH MOTIVASI BELAJAR MATEMATIKA SISWA TERHADAP PRESTASI BELAJAR MATEMATIKA
Motivasi belajar matematika merupakan elemen penting dalam pembelajaran matematika. Motivasi belajar matematika siswa berbeda-beda dalam hal tingkat motivasi dan jenis motivasinya....
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis  Pajak  Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19   Irlan Fery   Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
PENGARUH PEMBELAJARAN TATAP MUKA TERBATAS TERHADAP HASIL BELAJAR DITINJAU DARI MOTIVASI BELAJAR ILMU PENGETAHUAN SOSIAL
PENGARUH PEMBELAJARAN TATAP MUKA TERBATAS TERHADAP HASIL BELAJAR DITINJAU DARI MOTIVASI BELAJAR ILMU PENGETAHUAN SOSIAL
The aims of this study were (1) to determine the effect of limited face-to-face learning on social science learning outcomes for VII grade students at MTs Ar Rofiqy Bogor, (2) to d...
PENGELOLAAN PROGRAM ULANGAN HARIAN BERSAMA (UHB) SEBAGAI UPAYA MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR SISWA
PENGELOLAAN PROGRAM ULANGAN HARIAN BERSAMA (UHB) SEBAGAI UPAYA MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR SISWA
Penelitian ini bertujuan untuk melihat dampak dari program Ulangan Harian Bersama (UHB) terhadap peningkatan motivasi belajar siswa.Data yang digunakan dalam penelitian ini didapat...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Pemanfaatan Limbah Kulit Nanas sebagai Bahan Pembuatan Paper Soap untuk Meningkatkan Perekonomian Masyarakat Desa Kualu Nenas
Pemanfaatan Limbah Kulit Nanas sebagai Bahan Pembuatan Paper Soap untuk Meningkatkan Perekonomian Masyarakat Desa Kualu Nenas
Potensi perkebunan nanas di Desa Kualu Nenas Kecamatan Tambang Kabupaten Kampar merupakan produksi nanas terbesar pada Kabupaten Kampar. Sedangkan, limbah kulit nanas yang dihasilk...

Back to Top