Javascript must be enabled to continue!
Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah: Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan
View through CrossRef
Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokanadalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus.
Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan. Penilaian terhadap adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu. Setiap adab tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari kesahihan hukum pada pandangan syarak. Konsep-konsep yang diutarakan boleh dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf secara bersama.
Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat
Title: Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah: Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan
Description:
Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokanadalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan.
Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk.
Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus.
Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan.
Penilaian terhadap adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu.
Setiap adab tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari kesahihan hukum pada pandangan syarak.
Konsep-konsep yang diutarakan boleh dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf secara bersama.
Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf.
Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat.
Related Results
Suluk Ukkil on the Barong Expressions, motifs and meanings
Suluk Ukkil on the Barong Expressions, motifs and meanings
With its origin dating back to as early as the 500 BC, the ukkil forms part of a centuries-old woodcarving art and tradition of the Suluk, one of the many indigenous ethnic groups ...
Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah
Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah
Karya
Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyahmembincangkan tentang teori dan praktikal secara khusus berkaitan dengan Ta...
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema ya...
Pengurusan sungai mengikut undang-undang
Pengurusan sungai mengikut undang-undang
Buku ini membincangkan aspek pengurusan sungai menurut undang-undang.Isu yang diketengahkan dan menjadi perkara utama perbincangan ialah sungai yang menjadi sumber utama membekalka...
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Buku ini merupakan rujukan berbahasa Melayu yang mengambil kira perubahan bagi peringkat pencukaian lanjutan dan terkhusus. Sebanyak 17 bab buku ini merangkumi topik-topik yang per...
Gulammohammed Sheikh, paintings 1998-2001
Gulammohammed Sheikh, paintings 1998-2001
Gulam Mohammed Sheikh...
Pembangunan Sosial Mengikut Perspektif Islam
Pembangunan Sosial Mengikut Perspektif Islam
Buku ini menjelaskan peranan agama Islam sebagai asas amalan dan mekanisme dalam pembangunan sosial di Malaysia. Terdapat pelbagai isu sosial dibincangkan seperti kelahiran anak ta...

