Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia

View through CrossRef
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema yang khusus bermula dengan perspektif hubungan majikan dan pekerja, isu-isu perundangan dalam perhubungan pekerjaan dan tadbir urus pekerja di sektor awam. Buku ini mampu menyediakan pembaca dengan maklumat dan panduan berkaitan isu-isu kontemporari tadbir urus dan sumber manusia secara ilmiah. Kebelakangan ini, pelbagai bentuk cabaran timbul dalam menguruskan sumber manusia di sesebuah organisasi, sama ada organisasi awam ataupun swasta. Segala isu dan permasalahan berkaitan dengan sumber manusia perlu ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya. Paling penting, ia hendaklah berpandukan kepada perundangan sedia ada memandangkan perhubungan majikan dan pekerja adalah berbentuk perhubungan yang terkawal serta berada di bawah pemantauan undang-undang. Justeru, undang-undang adalah satu aspek yang tidak boleh dielakkan dalam menguruskan sumber manusia. Buku ini bukan sahaja mensasarkan golongan pekerja, malah meliputi majikan, pengurus, pelajar dan mereka yang bakal menempuh alam pekerjaan untuk memahami isu-isu yang berkaitan. Walaupun berkonsepkan perundangan, maklumat dan kupasan isu-isu dikemukakan menerusi pendekatan umum dan bersifat santai bagi memudahkan kefahaman pembaca. Hal ini sekali gus dapat mendekatkan pembaca dengan bidang undang-undang.
Title: Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Description:
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia.
Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema yang khusus bermula dengan perspektif hubungan majikan dan pekerja, isu-isu perundangan dalam perhubungan pekerjaan dan tadbir urus pekerja di sektor awam.
Buku ini mampu menyediakan pembaca dengan maklumat dan panduan berkaitan isu-isu kontemporari tadbir urus dan sumber manusia secara ilmiah.
Kebelakangan ini, pelbagai bentuk cabaran timbul dalam menguruskan sumber manusia di sesebuah organisasi, sama ada organisasi awam ataupun swasta.
Segala isu dan permasalahan berkaitan dengan sumber manusia perlu ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya.
Paling penting, ia hendaklah berpandukan kepada perundangan sedia ada memandangkan perhubungan majikan dan pekerja adalah berbentuk perhubungan yang terkawal serta berada di bawah pemantauan undang-undang.
Justeru, undang-undang adalah satu aspek yang tidak boleh dielakkan dalam menguruskan sumber manusia.
Buku ini bukan sahaja mensasarkan golongan pekerja, malah meliputi majikan, pengurus, pelajar dan mereka yang bakal menempuh alam pekerjaan untuk memahami isu-isu yang berkaitan.
Walaupun berkonsepkan perundangan, maklumat dan kupasan isu-isu dikemukakan menerusi pendekatan umum dan bersifat santai bagi memudahkan kefahaman pembaca.
Hal ini sekali gus dapat mendekatkan pembaca dengan bidang undang-undang.

Related Results

Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Pengurusan merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari termasuklah pengurusan sesebuah organisasi.Tanpa pengurusan yang cekap, sesebuah organisasi boleh gaga...
Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Buku Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan memaparkan isu perundangan yang bersifat global dan semasa. Isu perundangan terpilih dicerakin dengan menitikberatkan p...
Pemantapan urus tadbir sektor awam
Pemantapan urus tadbir sektor awam
Pemantapan Urus Tabir Sektor Awam merupakan koleksi artikel yang membincangkan pelbagai isu pengurusan organisasi seperti Pentadbiran Awam, Kewangan Awam, Undang-undang Pentadbiran...
Pengurusan sungai mengikut undang-undang
Pengurusan sungai mengikut undang-undang
Buku ini membincangkan aspek pengurusan sungai menurut undang-undang.Isu yang diketengahkan dan menjadi perkara utama perbincangan ialah sungai yang menjadi sumber utama membekalka...
Juris et de jure paradigma perundangan dalam pembangunan masyarakat
Juris et de jure paradigma perundangan dalam pembangunan masyarakat
Juris Et De Jure merupakan sebuah koleksi artikel ahli akademik Jabatan Undang-undang Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM). Koleksi ini mengut...
Transformasi sumber manusia dalam sektor awam
Transformasi sumber manusia dalam sektor awam
Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusa...
Undang-undang Perniagaan di Malaysia
Undang-undang Perniagaan di Malaysia
Buku Undang-undang Perniagaan di Malaysia mengandungi tujuh bab yang membincangkan tentang pembentukan suatu kontrak dan perjanjian serta segala aspek lain yang berkaitan secara la...
Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas
Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas
Malaysia mendahului negara lain memperkenalkan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan Islam di negara ini.Akta Perkhi...

Back to Top