Javascript must be enabled to continue!
Meneroka kreativiti saintifik melalui pembelajaran STEM berasaskan projek: Satu kajian rintis
View through CrossRef
Kajian rintis ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan dan muka bagi modul pembelajaran STEM berasaskan projek (STEMBP) yang dibangunkan oleh pengkaji. Seramai lima orang panel penilai yang terdiri daripada guru cemerlang sains, ketua panitia dan guru-guru Sains Tahun Lima yang berpengalaman melaksanakan kesahan kandungan modul. Beberapa penambahbaikan dibuat berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh panel. Kajian rintis ini dijalankan di sebuah sekolah rendah dalam daerah Tawau, Sabah yang melibatkan seramai 30 orang murid. Intervensi dijalankan selama 12 minggu bagi melaksanakan enam aktiviti dalam Modul STEMBP. Data kualitatif dikumpul melalui soal selidik terbuka. Respon murid menunjukkan kelima-lima tret kreativiti saintifik iaitu kelancaran, keaslian, penghuraian, kebstrakan tajuk dan rintangan terhadap penutupan pra-matang dapat dibangunkan melalui aktiviti dalam Modul STEMBP. Selain itu, murid-murid berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti dalam modul STEMBP menimbulkan rasa keseronokan dan keterujaan apabila mereka membina dan menguji prototaip.Hasil dapatan kajian rintis ini mencadangkan bahawa aktiviti pembelajaran STEM berasaskan projek mampu menjana suasana pembelajaran yang memupuk kreativiti saintifik murid.
This pilot study aimed to determine the content and face validity of a project-based STEM learning module (STEMBP) developed by the researcher. Five evaluators, comprising excellent Science teachers, heads of subject panels, and experienced Year Five Science teachers, were involved in validating the content of the module. Several improvements were made based on the feedback provided by the evaluators. The pilot study was conducted at a primary school in the Tawau district of Sabah and involved 30 students. The intervention was conducted over 12 weeks and involved six activities from the STEMBP module. Qualitative data were collected through open-ended questionnaires. The students’ responses indicated that all five traits of scientific creativity, namely fluency, originality, elaboration, title abstraction, and resistance to premature closure, could be developed through the activities in the STEMBP module. In addition, the students reported that the activities in the STEMBP module generated feelings of enjoyment and excitement as they designed, built, and tested prototypes. The findings of this pilot study suggest that project-based STEM learning activities can create a learning environment that fosters students’ scientific creativity.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Meneroka kreativiti saintifik melalui pembelajaran STEM berasaskan projek: Satu kajian rintis
Description:
Kajian rintis ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan dan muka bagi modul pembelajaran STEM berasaskan projek (STEMBP) yang dibangunkan oleh pengkaji.
Seramai lima orang panel penilai yang terdiri daripada guru cemerlang sains, ketua panitia dan guru-guru Sains Tahun Lima yang berpengalaman melaksanakan kesahan kandungan modul.
Beberapa penambahbaikan dibuat berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh panel.
Kajian rintis ini dijalankan di sebuah sekolah rendah dalam daerah Tawau, Sabah yang melibatkan seramai 30 orang murid.
Intervensi dijalankan selama 12 minggu bagi melaksanakan enam aktiviti dalam Modul STEMBP.
Data kualitatif dikumpul melalui soal selidik terbuka.
Respon murid menunjukkan kelima-lima tret kreativiti saintifik iaitu kelancaran, keaslian, penghuraian, kebstrakan tajuk dan rintangan terhadap penutupan pra-matang dapat dibangunkan melalui aktiviti dalam Modul STEMBP.
Selain itu, murid-murid berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti dalam modul STEMBP menimbulkan rasa keseronokan dan keterujaan apabila mereka membina dan menguji prototaip.
Hasil dapatan kajian rintis ini mencadangkan bahawa aktiviti pembelajaran STEM berasaskan projek mampu menjana suasana pembelajaran yang memupuk kreativiti saintifik murid.
This pilot study aimed to determine the content and face validity of a project-based STEM learning module (STEMBP) developed by the researcher.
Five evaluators, comprising excellent Science teachers, heads of subject panels, and experienced Year Five Science teachers, were involved in validating the content of the module.
Several improvements were made based on the feedback provided by the evaluators.
The pilot study was conducted at a primary school in the Tawau district of Sabah and involved 30 students.
The intervention was conducted over 12 weeks and involved six activities from the STEMBP module.
Qualitative data were collected through open-ended questionnaires.
The students’ responses indicated that all five traits of scientific creativity, namely fluency, originality, elaboration, title abstraction, and resistance to premature closure, could be developed through the activities in the STEMBP module.
In addition, the students reported that the activities in the STEMBP module generated feelings of enjoyment and excitement as they designed, built, and tested prototypes.
The findings of this pilot study suggest that project-based STEM learning activities can create a learning environment that fosters students’ scientific creativity.
Related Results
Keberkesanan Modul Kreatif Fizik Berasaskan Projek Robotik dalam Meningkatkan Tahap Kreativiti Saintifik Pelajar
Keberkesanan Modul Kreatif Fizik Berasaskan Projek Robotik dalam Meningkatkan Tahap Kreativiti Saintifik Pelajar
Creativity and innovation in the teaching and learning process are critical at this time in order to produce a generation of first-class thinking students capable of competing in t...
Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Talian Dan Keupayaan Murid Untuk Berkomunikasi Secara Berkesan: Kajian Integratif
Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Talian Dan Keupayaan Murid Untuk Berkomunikasi Secara Berkesan: Kajian Integratif
Kejayaan kemahiran komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek secara atas talian boleh dicapai apabila murid berupaya untuk menyatakan pendapat, berbincang dengan orang lain...
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, ...
ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH
ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH
Proses pengurusan projek yang dilaksanakan dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan dan mempercepatkan pencapaian objektif pembangunan negara. Walaupun telah memasuki Rancangan Ma...
Stem cells
Stem cells
What is a stem cell? The term is a combination of ‘cell’ and ‘stem’. A cell is a major category of living thing, while a stem is a site of growth and support for something else. In...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
PEMAHAMAN GURU TENTANG PENDEKATAN SAINTIFIK DAN IMPLIKASINYA DALAM PENERAPAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR
PEMAHAMAN GURU TENTANG PENDEKATAN SAINTIFIK DAN IMPLIKASINYA DALAM PENERAPAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DASAR
Abstract:. Implementation of the 2013 Curriculum essentially sets out three main things, namely the application of integrated thematic learning, the use of scientific approaches to...
Kreativiti Dalam Rekaan Fesyen Dan Pakaian: Tinjauan Sistematik
Kreativiti Dalam Rekaan Fesyen Dan Pakaian: Tinjauan Sistematik
Konsep dan amalan peramal fesyen terhadap elemen kreativiti amat signifikan dalam memupuk pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan setiap masalah. Kertas tinjauan sistemati...

