Javascript must be enabled to continue!
Masyarakat Orang Asli: Impak program penempatan semula
View through CrossRef
Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA). Walau bagaimanapun, sehingga kini, masyarakat Orang Asli masih kekal sebagai satu kelompok kecil golongan minoriti yang terpinggir daripada teras pembangunan nasional. Mereka masih digolongkan sebagai the most marginalized sector of society.Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli adalah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK).RPS melibatkan perpindahan masyarakat Orang Asli yang jauh berselerak ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi untuk pertanian komersial.PPK pula tidak melibatkan perpindahan penduduk, tetapi kawasan penempatan mereka disusun semula dari segi kemudahan rumah dan komponen infrasosial yang lain.Buku ini membincangkan impak program penempatan semula ke atas petunjuk sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan RPS dan PPK. Hasil penulisan buku ini berdasarkan kajian etnografi dan temu bual dengan 1,235 keluarga yang melibatkan 69 buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands, Pahang.
Title: Masyarakat Orang Asli: Impak program penempatan semula
Description:
Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA).
Walau bagaimanapun, sehingga kini, masyarakat Orang Asli masih kekal sebagai satu kelompok kecil golongan minoriti yang terpinggir daripada teras pembangunan nasional.
Mereka masih digolongkan sebagai the most marginalized sector of society.
Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli adalah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK).
RPS melibatkan perpindahan masyarakat Orang Asli yang jauh berselerak ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi untuk pertanian komersial.
PPK pula tidak melibatkan perpindahan penduduk, tetapi kawasan penempatan mereka disusun semula dari segi kemudahan rumah dan komponen infrasosial yang lain.
Buku ini membincangkan impak program penempatan semula ke atas petunjuk sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan RPS dan PPK.
Hasil penulisan buku ini berdasarkan kajian etnografi dan temu bual dengan 1,235 keluarga yang melibatkan 69 buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands, Pahang.
Related Results
Perancangan dan Pembangunan Komuniti
Perancangan dan Pembangunan Komuniti
Buku ini membincangkan tentang perancangan terhadap program-program pembangunan yang dijalankan serta program pembangunan yang dilaksanakan terhadap sesuatu komuniti terpilih. Buku...
Siri novel remaja: menjulang bakti
Siri novel remaja: menjulang bakti
Tiga orang remaja bersahabat baik, iaitu Faruqi, Baharum dan Mukhlis bekerja kampung mencari kayu kemuning dan kayu hantu duri di Bukit Tiga Beradik. Kayu kayan yang dicari adalah ...
Angkasa Minda
Angkasa Minda
A
ngkasa Mindabertemakan Perpaduan dan Integrasi Nasional memaparkan kisah sekumpulan pelajar yang ditugaskan menyediakan skrap book mata pelajaran ...
Antologi Puisi: Wayang
Antologi Puisi: Wayang
Antologi Puisi Wayangini menyangkut pelbagai tema dan isu. Semuanya menyangkut peristiwa dan karakter yang menarik perhatian. Kumpulan puisi ini juga lebih kepada introspeksi manus...
Program pemulihan luar institusi untuk penagih dadah
Program pemulihan luar institusi untuk penagih dadah
Kajian ini meneliti program pemulihan dadah yang dijalankan diluar institusi rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia bagi memberi jawapan kepada kekuatan, kekangan serta cabaran ya...
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan fal...
Pengurusan Islam konsep dan amalannya di Malaysia
Pengurusan Islam konsep dan amalannya di Malaysia
Buku ini merupakan koleksi kertas kerja yang dibentangkan dalam Konvensyen Pengurusan Islam 2000, diadakan pada 18-19 November 2000, anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti ...

