Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN NELAYAN ASING: PERSPEKTIF EKONOMI DALAM ANALISIS TEORI PILIHAN RASIONAL

View through CrossRef
Perikanan haram, tidak mematuhi peraturan dan tidak dilaporkan ataupun diketahui sebagai Illegal, Unreported, And Unregulated (IUU) Perikanan telah menyebabkan kerugian sumber laut dunia berjumlah 11 ke 26 juta tan setahun, bersamaan dengan nilai 10 sehingga 23 billion United State Dollar (USD). Pelaku perikanan IUU menyasarkan negara yang mempunyai penguatkuasaan maritim yang lemah untuk mengeksploitasi hasil laut dan membuat pemindahan hasil perikanan ke pelabuhan asing. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan faktor-faktor berlakunya aktiviti perikanan perikanan dengan mengaplikasikan Teori Pilihan Rasional oleh James Coleman (1986) mengkhusus kepada perspektif ekonomi. Pelaku kepada perikanan IUU dalam artikel ini adalah merujuk kepada nelayan asing yang mempunyai kepentingan untuk menyertai ekonomi pasaran bebas bertujuan memenuhi tawaran dan permintaan dalam industri perikanan. Untuk menghasilkan makalah ini, penyelidik membuat kajian literatur data sekunder, dimana data dianalisis, dikod mengikut tema, dan seterusnya disintesis untuk menghasilkan tinjauan literatur yang komprehensif. Hasil analisis data mendapati, bersesuaian dengan teori pilihan rasional, faktor utama berlaku perikanan IUU adalah disebabkan oleh manfaat ekonomi hasil daripada aktiviti perikanan yang dijalankan. Subsidi wang dan minyak yang diberikan oleh kerajaan juga mendorong nelayan asing melakukan perikanan IUU diperairan negara serantau secara haram. Tambahan pula, perikanan IUU berlaku kerana nelayan berusaha meminimakan kos perlesenan dan dokumentasi. Hal ini kerana, kelulusan perlesenan memerlukan nelayan mematuhi piawaian seperti berbelanja peralatan keselamatan, radar dan jaket keselamatan yang memerlukan kos yang tinggi. Ketiadaan lesen ini memberi manfaat secara langsung kepada mereka untuk mengelak daripada membayar cukai hasil daripada penangkapan ikan. Rentetan itu juga, kegiatan perikanan IUU adalah satu cara menutup sindiket jenayah maritim seperti penyeludupan manusia dan dadah, ini merupakan mekanisma mereka mengukuhkan perniagaan disamping menjalankan aktiviti perikanan semata-semata.
Title: FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN NELAYAN ASING: PERSPEKTIF EKONOMI DALAM ANALISIS TEORI PILIHAN RASIONAL
Description:
Perikanan haram, tidak mematuhi peraturan dan tidak dilaporkan ataupun diketahui sebagai Illegal, Unreported, And Unregulated (IUU) Perikanan telah menyebabkan kerugian sumber laut dunia berjumlah 11 ke 26 juta tan setahun, bersamaan dengan nilai 10 sehingga 23 billion United State Dollar (USD).
Pelaku perikanan IUU menyasarkan negara yang mempunyai penguatkuasaan maritim yang lemah untuk mengeksploitasi hasil laut dan membuat pemindahan hasil perikanan ke pelabuhan asing.
Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan faktor-faktor berlakunya aktiviti perikanan perikanan dengan mengaplikasikan Teori Pilihan Rasional oleh James Coleman (1986) mengkhusus kepada perspektif ekonomi.
Pelaku kepada perikanan IUU dalam artikel ini adalah merujuk kepada nelayan asing yang mempunyai kepentingan untuk menyertai ekonomi pasaran bebas bertujuan memenuhi tawaran dan permintaan dalam industri perikanan.
Untuk menghasilkan makalah ini, penyelidik membuat kajian literatur data sekunder, dimana data dianalisis, dikod mengikut tema, dan seterusnya disintesis untuk menghasilkan tinjauan literatur yang komprehensif.
Hasil analisis data mendapati, bersesuaian dengan teori pilihan rasional, faktor utama berlaku perikanan IUU adalah disebabkan oleh manfaat ekonomi hasil daripada aktiviti perikanan yang dijalankan.
Subsidi wang dan minyak yang diberikan oleh kerajaan juga mendorong nelayan asing melakukan perikanan IUU diperairan negara serantau secara haram.
Tambahan pula, perikanan IUU berlaku kerana nelayan berusaha meminimakan kos perlesenan dan dokumentasi.
Hal ini kerana, kelulusan perlesenan memerlukan nelayan mematuhi piawaian seperti berbelanja peralatan keselamatan, radar dan jaket keselamatan yang memerlukan kos yang tinggi.
Ketiadaan lesen ini memberi manfaat secara langsung kepada mereka untuk mengelak daripada membayar cukai hasil daripada penangkapan ikan.
Rentetan itu juga, kegiatan perikanan IUU adalah satu cara menutup sindiket jenayah maritim seperti penyeludupan manusia dan dadah, ini merupakan mekanisma mereka mengukuhkan perniagaan disamping menjalankan aktiviti perikanan semata-semata.

Related Results

FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH
FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH
Sabah dikelilingi oleh tiga laut utama iaitu Laut Sulawesi, Laut Sulu dan Laut China Selatan (LCS). LCS berada di perairan pantai barat Sabah yang dikenali sebagai antara 12 tapak ...
Antisipasi Pemuda Nelayan dalam Menghadapi Konflik
Antisipasi Pemuda Nelayan dalam Menghadapi Konflik
Nelayan sering menghadapi kendala-kendala ketika melaut. Berdasarkan observasi ditemukan konflik antar nelayan payang Desa Weru, Kecamatan Paciran, Kabupaten Lamongan dan nelayan t...
PKM INOVASI PEMBUATAN KARAMBA JARING DASAR UNTUK BUDIDAYA LOBSTER DI PERAIRAN DESA TAMANGAPA KEC. MA’RANG KABUPATEN PANGKEP
PKM INOVASI PEMBUATAN KARAMBA JARING DASAR UNTUK BUDIDAYA LOBSTER DI PERAIRAN DESA TAMANGAPA KEC. MA’RANG KABUPATEN PANGKEP
PKM Inovasi Pembuatan Karamba Jaring Dasar Untuk Budidaya Lobster di Perairan Desa Tamangapa Kecamatan Ma’rang Kabupaten Pangkep. Setiap hari nelayan menangkap lobster, tetapi terk...
STRATEGI PENINGKATAN KESEJAHTERAAN NELAYAN TRADISIONAL DI KECAMATAN WARA TIMUR KOTA PALOPO
STRATEGI PENINGKATAN KESEJAHTERAAN NELAYAN TRADISIONAL DI KECAMATAN WARA TIMUR KOTA PALOPO
Nelayan tradisional dicirikan memiliki kualitas sumberdaya manusia dan produktivitas yang rendah. Nelayan tradisional di Kecamatan Wara Timur memiliki keterbatasan sumberdaya, sara...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
PEMBERDAYAAN GENERASI MILENIAL DALAM KELOMPOK NELAYAN MELALUI MANAJEMEN PENGOLAHAN LIMBAH TANGKAP MENJADI PRODUK EKONOMI KREATIF
PEMBERDAYAAN GENERASI MILENIAL DALAM KELOMPOK NELAYAN MELALUI MANAJEMEN PENGOLAHAN LIMBAH TANGKAP MENJADI PRODUK EKONOMI KREATIF
Kehidupan nelayan selalu identik dengan kesan kumuh dan kemiskinan. Kekumuhan itu disebabkan belum adanya manajemen pengolahan limbah yang baik. Limbah hasil tangkap nelayan sering...
PEMBERDAYAAN WANITA NELAYAN MELALUI DIVERSIFIKASI PRODUK PERIKANAN DI KOTA TERNATE
PEMBERDAYAAN WANITA NELAYAN MELALUI DIVERSIFIKASI PRODUK PERIKANAN DI KOTA TERNATE
Latar Belakang: Pengembangan dan diversifikasi usaha dinilai dapat menjadi alternatif baru guna meningkatkan pendapatan nelayan melalui diversifikasi usaha ekonomi produktif melalu...

Back to Top