Javascript must be enabled to continue!
Takyif Fiqhi terhadap Konsep Spekulasi
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan melihat perbezaan pandangan berhubung hukum spekulasi dalam pasaran kewangan dan kedudukannya menurut perspektif Islam. Idea ini timbul ekoran daripada ketidaksepakatan dalam kalangan sarjana Islam bagi menentukan hujah dan adaptasi perundangan Islam (takyīf fiqhi) terhadap konsep spekulasi yang sering dikaitkan dengan dua istilah lain yang digunakan dalam konteks kewangan iaitu pelaburan dan perjudian. Rentetan daripada itu, para sarjana berbeza dalam menentukan hukum spekulasi. Tambahan pula, spekulasi merupakan istilah baru yang wujud pada zaman moden. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji status spekulasi menurut perspektif fiqh. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan takyīf fiqhi dalam melakukan analisis data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima takyīf fiqhi yang dicadangkan oleh para sarjana, iaitu pelaburan, al-gharar, al-maysir, al-najash, dan al-bayʻ. Kesamaran terhadap takyīf fiqhi yang telah digunakan memerlukan penyelidikan kerana hakikat spekulasi adalah berbeza berdasarkan instrumen kewangan yang terlibat. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan analisis takyīf fiqhi terhadap definisi spekulasi yang diberikan oleh sarjana secara umum tanpa memperincikan bentuk-bentuk spekulasi yang terlibat dalam setiap jenis instrumen kewangan seperti harta tanah, saham, dan derivatif. Hasil kajian mendapati spekulasi secara umumnya mempunyai konsep tersendiri yang tidak boleh disamakan dengan konsep jual beli (al-bay’), pelaburan, perjudian (al-maysir), al-gharar mahupun al-najash.
Title: Takyif Fiqhi terhadap Konsep Spekulasi
Description:
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan melihat perbezaan pandangan berhubung hukum spekulasi dalam pasaran kewangan dan kedudukannya menurut perspektif Islam.
Idea ini timbul ekoran daripada ketidaksepakatan dalam kalangan sarjana Islam bagi menentukan hujah dan adaptasi perundangan Islam (takyīf fiqhi) terhadap konsep spekulasi yang sering dikaitkan dengan dua istilah lain yang digunakan dalam konteks kewangan iaitu pelaburan dan perjudian.
Rentetan daripada itu, para sarjana berbeza dalam menentukan hukum spekulasi.
Tambahan pula, spekulasi merupakan istilah baru yang wujud pada zaman moden.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji status spekulasi menurut perspektif fiqh.
Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan takyīf fiqhi dalam melakukan analisis data.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima takyīf fiqhi yang dicadangkan oleh para sarjana, iaitu pelaburan, al-gharar, al-maysir, al-najash, dan al-bayʻ.
Kesamaran terhadap takyīf fiqhi yang telah digunakan memerlukan penyelidikan kerana hakikat spekulasi adalah berbeza berdasarkan instrumen kewangan yang terlibat.
Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan analisis takyīf fiqhi terhadap definisi spekulasi yang diberikan oleh sarjana secara umum tanpa memperincikan bentuk-bentuk spekulasi yang terlibat dalam setiap jenis instrumen kewangan seperti harta tanah, saham, dan derivatif.
Hasil kajian mendapati spekulasi secara umumnya mempunyai konsep tersendiri yang tidak boleh disamakan dengan konsep jual beli (al-bay’), pelaburan, perjudian (al-maysir), al-gharar mahupun al-najash.
Related Results
AL-QAWĀ‘ID AL-FIQHĪYAH: Tantangan Ilmiah Kemunculannya dan Aplikasinya dalam Bidang Ekonomi Sharī‘ah
AL-QAWĀ‘ID AL-FIQHĪYAH: Tantangan Ilmiah Kemunculannya dan Aplikasinya dalam Bidang Ekonomi Sharī‘ah
This study aims to describe the background and scientific challenges of the birth of al-qawa>’id al-fiqhi<yah, the functions and benefits of al-qawa>’id al-fiqhi<yah, a...
PRESTASI ULAMA PADA ERA STAGNASI PEMIKIRAN FIQHI
PRESTASI ULAMA PADA ERA STAGNASI PEMIKIRAN FIQHI
This study aims to describe the condition of Islamic law when it arrived at the era and period of Islamic jurisprudence. stagnant, starting in the middle of the 4th century H until...
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...
Analisis Kesulitan Pemahaman Konsep Siswa Dalam Menyelesaikan Soal Peluang Ditinjau Dari Disposisi Matematis
Analisis Kesulitan Pemahaman Konsep Siswa Dalam Menyelesaikan Soal Peluang Ditinjau Dari Disposisi Matematis
Latar belakang penelitian menunjukkan bahwa siswa SMA Negeri 1 Lotu kesulitan dalam memahami konsep matematika, khususnya pada materi peluang, yang disebabkan oleh rendahnya pemah...
Metode Scalping dalam Trading Saham Menggunakan Analisis Teknikal Menurut Hukum Islam
Metode Scalping dalam Trading Saham Menggunakan Analisis Teknikal Menurut Hukum Islam
Banyak pakar ekonomi yang mengklaim bahwa di dalam trading terdapat un-sur spekulasi. Penafsiran spekulasi menurut mereka setidaknya adalah kegiatan meraup keuntungan dari margin h...
An Islamic Juristic Framework for Data and Algorithmic Monetisation in the Digital Economy
An Islamic Juristic Framework for Data and Algorithmic Monetisation in the Digital Economy
Purpose — Islamic financial institutions increasingly rely on personal data and trained machine-learning models to perform credit scoring, customer profiling, and product recommend...
Manusia dalam Pendidikan Islam Menurut Hasan Langgulung
Manusia dalam Pendidikan Islam Menurut Hasan Langgulung
Konsep manusia menurut kajian Hasan Langgulung terdiri dari berbagai konsep-konsep dasar meliputi konsep khalifah Allah di muka bumi yang mengandung po...
Pengaruh Pemanfaatan Teknologi Informasi terhadap Pemahaman Konsep Matematis Siswa SMP Negeri 9 Kota Palu Kelas VIII
Pengaruh Pemanfaatan Teknologi Informasi terhadap Pemahaman Konsep Matematis Siswa SMP Negeri 9 Kota Palu Kelas VIII
Pemahaman konsep matematis adalah kemampuan siswa untuk memahami konsep-konsep matematika secara mendalam dan dapat menerapkan konsep tersebut dalam menyelesaikan masalah matematis...

