Javascript must be enabled to continue!
ISMAIL ALI DAN SINGGIH TRI SULISTIYONO. (2021). LAUT DAN DINAMIKA MASYARAKAT NUSANTARA JILID 1. SEMARANG: CENTER FOR ASIAN STUDIES. HLM. 258 ISBN 978-623-93022-5-2
View through CrossRef
Buku berjudul Laut dan Dinamika Masyarakat Nusantara Jilid 1 yang ditulis oleh Ismail Ali dan Singgih Tri Sulistiyono merupakan sebuah buku ilmiah yang membicarakan secara mendalam persoalan historiografi sejarah maritim di Asia Tenggara khususnya Indonesia-Malaysia. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memaparkan betapa pentingnya laut dan perkaitannya dengan masyarakat Nusantara sehingga keduanya tidak boleh dipisahkan. Perkara ini dibuktikan melalui catatan sejarah menyatakan bahawa masyarakat Nusantara melihat laut sebagai sumber inspirasi untuk mecapai kejayaan. Mereka telah berjaya mengharungi laut atau lautan dan mewarisi pelbagai ilmu kelautan sehingga muncul kerajaan-kerajaan maritim di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, penulis bukan sahaja memaparkan pasang surut kerajaan-kerajaan maritim masa lalu tetapi juga menekankan kewajaran melihat dari persektif sejarah. Buku ini juga mengetengahkan gagasan-gagasan baru dan aplikatif misalnya hala tuju penulisan historiografi maritim Indonesia-Malaysia, bermula dari keberadaan kerajaan maritim sehinggalah kepada memertabatkan semula historiografi maritim di Kepulauan Asia Tenggara. Terdapat empat isu utama yang dirungkai secara mendalam berkaitan dengan sejarah maritim, iaitu pertama isu kajian hala tuju historiografi maritim di Nusantara, kedua peranan laut sebagai faktor perjalanan sejarah masyarakat Indonesia di kawasan Laut Jawa, ketiga isu penguasaan ruang laut semasa ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan keempat dinamika manfaat ruang laut dengan negara-negara tetangga. Semua isu ini dibahaskan dan dianalisis secara komprehensif serta menggunakan pembuktian melalui catatan-catatan sejarah yang jelas.
Title: ISMAIL ALI DAN SINGGIH TRI SULISTIYONO. (2021). LAUT DAN DINAMIKA MASYARAKAT NUSANTARA JILID 1. SEMARANG: CENTER FOR ASIAN STUDIES. HLM. 258 ISBN 978-623-93022-5-2
Description:
Buku berjudul Laut dan Dinamika Masyarakat Nusantara Jilid 1 yang ditulis oleh Ismail Ali dan Singgih Tri Sulistiyono merupakan sebuah buku ilmiah yang membicarakan secara mendalam persoalan historiografi sejarah maritim di Asia Tenggara khususnya Indonesia-Malaysia.
Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memaparkan betapa pentingnya laut dan perkaitannya dengan masyarakat Nusantara sehingga keduanya tidak boleh dipisahkan.
Perkara ini dibuktikan melalui catatan sejarah menyatakan bahawa masyarakat Nusantara melihat laut sebagai sumber inspirasi untuk mecapai kejayaan.
Mereka telah berjaya mengharungi laut atau lautan dan mewarisi pelbagai ilmu kelautan sehingga muncul kerajaan-kerajaan maritim di Asia Tenggara.
Walau bagaimanapun, penulis bukan sahaja memaparkan pasang surut kerajaan-kerajaan maritim masa lalu tetapi juga menekankan kewajaran melihat dari persektif sejarah.
Buku ini juga mengetengahkan gagasan-gagasan baru dan aplikatif misalnya hala tuju penulisan historiografi maritim Indonesia-Malaysia, bermula dari keberadaan kerajaan maritim sehinggalah kepada memertabatkan semula historiografi maritim di Kepulauan Asia Tenggara.
Terdapat empat isu utama yang dirungkai secara mendalam berkaitan dengan sejarah maritim, iaitu pertama isu kajian hala tuju historiografi maritim di Nusantara, kedua peranan laut sebagai faktor perjalanan sejarah masyarakat Indonesia di kawasan Laut Jawa, ketiga isu penguasaan ruang laut semasa ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan keempat dinamika manfaat ruang laut dengan negara-negara tetangga.
Semua isu ini dibahaskan dan dianalisis secara komprehensif serta menggunakan pembuktian melalui catatan-catatan sejarah yang jelas.
.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Book Reviews
Book Reviews
France/China: Intercultural Imaginings, Alex Hughes (2007) London: Legenda. Research Monographs in French Studies 22. Modern Humanities Research Association and Maney Publishing, 1...
Representasi Identitas Masyarakat Laut dalam Kumpulan Cerita Pendek Nelayan Itu Berhenti Melaut
Representasi Identitas Masyarakat Laut dalam Kumpulan Cerita Pendek Nelayan Itu Berhenti Melaut
Kumpulan cerpen Nelayan itu Berhenti Melaut karya Safar Banggai merupakan kumpulan dari 12 cerpen yang hampir seluruhnya erat dengan latar laut dan kemaritiman. Penceritaan yang di...
Book Reviews
Book Reviews
Collective memory, France and the Algerian War (19541962),
Jo McCormack (2007) 1st edition, Lanham, MD and Plymouth: Lexington Books, xiii 221 pp. ISBN 978-0-739...

