Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Busana Tradisional Negeri Sembilan

View through CrossRef
Buku ini mengetengahkan keindahan dan keunikan busana tradisional Negeri Sembilan. Khazanah budaya ini diserikan dengan ungkapan, pantun dan syair yang menggambarkan tentang busana. Pembaca dibawa menelusuri sistem adat perpatih yang mempengaruhi perkembangan busana di Negeri Sembilan. Busana harian seperti baju kurung, baju kebaya setengah tiang, baju kebaya belah panjang dan baju Melayu cekak musang dijelaskan satu-persatu.Begitu juga busana adat istiadat yang hanya terdapat di Negeri Sembilan, iaitu busana Ibu Soko, Dato Bentara Perempuan, Dato Lembaga, Dato Adat dan Buapak. Busana pengantin Negeri Sembilan turut diperincikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Seterusnya bagi pencinta persembahan kebudayaan dan kesenian, turut ditampilkan busana Tarian Piring, Tumbuk Kalang dan Randai.Tidak ketinggalan sebagai pelengkap busana tradisional, pembaca dapat mengetahui lebih lanjut mengenai destar, tengkolok atau telepuk dan sanggul lintang. Kain samping yang menjadi pelengkap busana Melayu kaum lelaki dijelaskan cara pemakaian dan jenis ikatannya. Buku ini mampu menarik minat generasi kini untuk mengetahui asal usul, keistimewaan dan falsafah cara pemakaian busana tradisional yang diwarisi sejak turun temurun hingga sekarang. Buku ini amat bermakna kepada semua pencinta warisan budaya Melayu untuk melestarikan khazanah bangsa yang bernilai ini.
Title: Busana Tradisional Negeri Sembilan
Description:
Buku ini mengetengahkan keindahan dan keunikan busana tradisional Negeri Sembilan.
Khazanah budaya ini diserikan dengan ungkapan, pantun dan syair yang menggambarkan tentang busana.
Pembaca dibawa menelusuri sistem adat perpatih yang mempengaruhi perkembangan busana di Negeri Sembilan.
Busana harian seperti baju kurung, baju kebaya setengah tiang, baju kebaya belah panjang dan baju Melayu cekak musang dijelaskan satu-persatu.
Begitu juga busana adat istiadat yang hanya terdapat di Negeri Sembilan, iaitu busana Ibu Soko, Dato Bentara Perempuan, Dato Lembaga, Dato Adat dan Buapak.
Busana pengantin Negeri Sembilan turut diperincikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Seterusnya bagi pencinta persembahan kebudayaan dan kesenian, turut ditampilkan busana Tarian Piring, Tumbuk Kalang dan Randai.
Tidak ketinggalan sebagai pelengkap busana tradisional, pembaca dapat mengetahui lebih lanjut mengenai destar, tengkolok atau telepuk dan sanggul lintang.
Kain samping yang menjadi pelengkap busana Melayu kaum lelaki dijelaskan cara pemakaian dan jenis ikatannya.
Buku ini mampu menarik minat generasi kini untuk mengetahui asal usul, keistimewaan dan falsafah cara pemakaian busana tradisional yang diwarisi sejak turun temurun hingga sekarang.
Buku ini amat bermakna kepada semua pencinta warisan budaya Melayu untuk melestarikan khazanah bangsa yang bernilai ini.

Related Results

Antologi lautan bukan pemisah
Antologi lautan bukan pemisah
Usaha murni dan luar biasa Kerabat Seni Negeri Sembilan (KSNS) di bawah penerajunya, Rosman Md Shah untuk mengangkat karya siswa dua negara bersaudara ke langit antarabangsa wajar ...
Siri novel remaja: nilai sebatang serunai
Siri novel remaja: nilai sebatang serunai
Badli Fikri, seorang anak muda yang mewarisi seni tiupan serunai tradisional daripada ayahnya. Badli Fikri mula belajar seni tiupan serunai tradisioanal daripada Abang Hassan, ayah...
Arsitektur tradisional daerah Sumatera Selatan
Arsitektur tradisional daerah Sumatera Selatan
Team Peneliti Arsitektur Tradisional Daerah Sumatera Selatan (Indonesia)...
Usahawan dan pengukuhan jaringan rakan niaga
Usahawan dan pengukuhan jaringan rakan niaga
Buku ini memberi penekanan terhadap teknik pembangunan kemahiran jaringan rakan niaga dengan membahagikannya kepada lima bahagian yang melibatkan tujuh belas bab keseluruhannya. Ba...
Antologi cerpen: melerai rindu
Antologi cerpen: melerai rindu
Melerai Rindu muncul dalam keghairahan Angkatan Sasterawan Nasioanal Kedah (ASASI) mahu melahirkan kelompok penulis pelapis di Kedah yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang aga...

Back to Top