Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

MENJEJAKI ASAL USUL JUMPAAN SERAMIK DI TAPAK KAPAL KARAM PURBA DI PERAIRAN PULAU BIDONG

View through CrossRef
Artikel ini membicarakan tentang asal usul penemuan seramik yang ditemui di tapak kapal karam di Pulau Bidong, Terengganu. Kajian survei arkeologi bawah air berupa survei yang menggunakan kaedah saintifik seperti Side Scan Sonar (SSS), Multi-Beam Sonar (MBS) dan Sub-Bottom Profiler (SBP) serta penyelaman skuba telah menemukan pelbagai jenis artifak yang terdapat di kawasan tapak kapal karam itu. Kajian ini diketuai oleh pengkaji dan dibantu oleh pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Warisan Negara (JWN) dan UZMA Sdn. Bhd. Hasil kajian survei dan salvaj arkeologi bawah air pada tahun 2017 telah berjaya manaikkan lebih daripada 500 artifak yang 95 peratus daripadanya merupakan seramik. Antara artifak berupa seramik yang berjaya disalvaj itu adalah terdiri daripada tempayan, pasu, botol, bikar, arca haiwan dan patung manusia. Setelah dianalisis seramik tersebut secara relatif dan melalui kajian saintifik (Karbon C-14), seramik tersebut dikenal pasti terdiri daripada jenis tembikar batu berglais (warna coklat kehitaman, hijau kekuningan dan kelabu). Artifak-artifak ini dipercayai berasal dari Thailand sekitar abad ke 15-18 Masihi yang dikenali sebagai tembikar Sawankhalok dan Sukhothai. Justeru, bagi memastikan asal usul penemuan seramik itu benar, satu kajian perbandingan telah dilakukan di tapak asal usul artifak itu dihasilkan iaitu di tiga daerah di Thailand. Beberapa daerah yang telah dilawati dan dilakukan analisis perbandingan itu ialah di Sukhothai, Sawankhalok/Si-Satchanalai dan Menam Noi di Singburi. Hasil analisis secara relatif, saintifik dan kajian perbandingan di kesemua tapak tersebut mendapati kesemua seramik yang ditemui di tapak kapal karam Bidong itu berasal dari Thailand.   This article discuss on the origins of ceramic finds at the site of a shipwreck on Bidong Island, Terengganu. Underwater archaeological surveys using scientific methods such as Side Scan Sonar (SSS), Multi-Beam Sonar (MBS) and Sub-Bottom Profiler (SBP) as well as scuba diving have found various types of artifacts found in the area of ​​the shipwreck site. This study was led by the researcher and assisted by a team of researchers from Universiti Malaysia Terengganu (UMT), National Heritage Department (JWN) and UZMA Sdn. Bhd. The results of underwater archaeological surveys and salvage, have successfully uncovered more than 500 artifacts, 95 per cent of which are ceramics. Among the ceramic artifacts that were successfully salvaged were jars, vases, bottles, beakers, animal sculptures and human statues. After analyzing the ceramic relatively and scientific study (Carbon C-14), it has been identified that the ceramic consists of a type of glazed stone pottery (dark brown, yellowish green and gray). It is believed to have originated in Thailand around the 15th-18th centuries AD known as Sawankhalok and Sukhothai pottery. Thus, to ensure that the origin of the ceramic discovery is true, a comparative study was conducted at the site of origin of the artifact was produced in three districts in Thailand. The districts that have been visited and done in the comparative analysis are in Sukhothai, Sawankhalok/Si-Satchanalai and Menam Noi in Singburi. The results of relative, scientific analysis and comparative studies at all the sites found that all the ceramics found at the site of the Bidong shipwreck were from Thailand.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: MENJEJAKI ASAL USUL JUMPAAN SERAMIK DI TAPAK KAPAL KARAM PURBA DI PERAIRAN PULAU BIDONG
Description:
Artikel ini membicarakan tentang asal usul penemuan seramik yang ditemui di tapak kapal karam di Pulau Bidong, Terengganu.
Kajian survei arkeologi bawah air berupa survei yang menggunakan kaedah saintifik seperti Side Scan Sonar (SSS), Multi-Beam Sonar (MBS) dan Sub-Bottom Profiler (SBP) serta penyelaman skuba telah menemukan pelbagai jenis artifak yang terdapat di kawasan tapak kapal karam itu.
Kajian ini diketuai oleh pengkaji dan dibantu oleh pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Warisan Negara (JWN) dan UZMA Sdn.
Bhd.
Hasil kajian survei dan salvaj arkeologi bawah air pada tahun 2017 telah berjaya manaikkan lebih daripada 500 artifak yang 95 peratus daripadanya merupakan seramik.
Antara artifak berupa seramik yang berjaya disalvaj itu adalah terdiri daripada tempayan, pasu, botol, bikar, arca haiwan dan patung manusia.
Setelah dianalisis seramik tersebut secara relatif dan melalui kajian saintifik (Karbon C-14), seramik tersebut dikenal pasti terdiri daripada jenis tembikar batu berglais (warna coklat kehitaman, hijau kekuningan dan kelabu).
Artifak-artifak ini dipercayai berasal dari Thailand sekitar abad ke 15-18 Masihi yang dikenali sebagai tembikar Sawankhalok dan Sukhothai.
Justeru, bagi memastikan asal usul penemuan seramik itu benar, satu kajian perbandingan telah dilakukan di tapak asal usul artifak itu dihasilkan iaitu di tiga daerah di Thailand.
Beberapa daerah yang telah dilawati dan dilakukan analisis perbandingan itu ialah di Sukhothai, Sawankhalok/Si-Satchanalai dan Menam Noi di Singburi.
Hasil analisis secara relatif, saintifik dan kajian perbandingan di kesemua tapak tersebut mendapati kesemua seramik yang ditemui di tapak kapal karam Bidong itu berasal dari Thailand.
  This article discuss on the origins of ceramic finds at the site of a shipwreck on Bidong Island, Terengganu.
Underwater archaeological surveys using scientific methods such as Side Scan Sonar (SSS), Multi-Beam Sonar (MBS) and Sub-Bottom Profiler (SBP) as well as scuba diving have found various types of artifacts found in the area of ​​the shipwreck site.
This study was led by the researcher and assisted by a team of researchers from Universiti Malaysia Terengganu (UMT), National Heritage Department (JWN) and UZMA Sdn.
Bhd.
The results of underwater archaeological surveys and salvage, have successfully uncovered more than 500 artifacts, 95 per cent of which are ceramics.
Among the ceramic artifacts that were successfully salvaged were jars, vases, bottles, beakers, animal sculptures and human statues.
After analyzing the ceramic relatively and scientific study (Carbon C-14), it has been identified that the ceramic consists of a type of glazed stone pottery (dark brown, yellowish green and gray).
It is believed to have originated in Thailand around the 15th-18th centuries AD known as Sawankhalok and Sukhothai pottery.
Thus, to ensure that the origin of the ceramic discovery is true, a comparative study was conducted at the site of origin of the artifact was produced in three districts in Thailand.
The districts that have been visited and done in the comparative analysis are in Sukhothai, Sawankhalok/Si-Satchanalai and Menam Noi in Singburi.
The results of relative, scientific analysis and comparative studies at all the sites found that all the ceramics found at the site of the Bidong shipwreck were from Thailand.

Related Results

Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis...
Investigasi Efisiensi Propeler Kapal Ikan Tradisional
Investigasi Efisiensi Propeler Kapal Ikan Tradisional
Kapal ikan tradisional biasanya dibuat dari kayu dan dengan pola kapal yang diperoleh secara empiris sebagai warisan turun-temurun tanpa diketahui nilai hambatan kapalnya. Adapun s...
MARIA NEPOMUCENO ve NICOLE MCLAUGHLIN’İN ESERLERİNDE SERAMİK VE İP
MARIA NEPOMUCENO ve NICOLE MCLAUGHLIN’İN ESERLERİNDE SERAMİK VE İP
Geçmişten günümüzde üretilen seramik eserlerde pek çok farklı yan malzeme kullanılmıştır. Günümüzde de seramik bir eser üretilirken, sanatçılar farklı malzemeleri kullanmaktadır. ...
STRATEGI PELAYANAN JASA KEAGENAN KAPAL DI PELAYARAN NASIONAL INDONESIA CABANG BATAM
STRATEGI PELAYANAN JASA KEAGENAN KAPAL DI PELAYARAN NASIONAL INDONESIA CABANG BATAM
Pelayanan jasa keagenan kapal telah berjalan dengan baik, namun masih ditemui permasalahan diantaranya ialah: kurangnya keamanan dalam pelayanan jasa keagenan, adanya keterlambatan...
MODIFIKASI SISTEM PERMESINAN DAN GENERAL ARRANGEMENT KAPAL NAVIGASI BIMA SAKTI MENJADI KAPAL LATIH
MODIFIKASI SISTEM PERMESINAN DAN GENERAL ARRANGEMENT KAPAL NAVIGASI BIMA SAKTI MENJADI KAPAL LATIH
<p><em>A training ship is a ship that is used as a training ship to train cadets to become sailors. It is used in order to meet today’s sailors need. There are various ...
Mâzerî’nin Usûl Anlayışı Üzerine
Mâzerî’nin Usûl Anlayışı Üzerine
Mâzerî et-Temimî (ö. 536/1141) Endülüs’ün düşmesinden önce Kuzey Afrika’da yaşamış son fakihlerdendir. Malikî fıkhının usûl-i fıkıh yapısının oluşumunda önemli dönüm noktası olarak...
Aspek Hukum Kapal Patroli Terkait Pengawasan Keselamatan Pelayaran
Aspek Hukum Kapal Patroli Terkait Pengawasan Keselamatan Pelayaran
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan kegiatan Kapal Patroli dalam melakukan pengawasan keselamatan  pelayaran  di  laut  dalam  wilayah  kerja  Kantor  KSOP  Kelas...
PEMBANGUNAN KAPAL PERIKANAN DI GALANGAN KAPAL TRADISIONAL KALIMANTAN SELATAN
PEMBANGUNAN KAPAL PERIKANAN DI GALANGAN KAPAL TRADISIONAL KALIMANTAN SELATAN
Kapal perikanan merupakan salah satu unsur dalam menentukan keberhasilan operasi penangkapan ikan.  Penelitian ini bertujuan  untuk mengetahui ; (1) tingkat teknologi; (2) jenis ka...

Back to Top