Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PROSES KESAHAN ISI KANDUNGAN MODUL RAWATAN TERAPI RINGKAS BERFOKUSKAN PENYELESAIAN (SFBT) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI, STRATEGI DAYA TINDAK DAN KECERDASAN SPIRITUAL UNTUK INDIVIDU YANG TELAH BERKAHWIN

View through CrossRef
Artikel ini membincangkan tentang proses kesahan isi kandungan Modul Rawatan Terapi Ringkas Berfokuskan Penyelesaian (SFBT) bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, strategi daya tindak, dan kecerdasan spiritual bagi individu yang telah berkahwin. Pembinaan modul rawatan ini adalah berpandukan kepada Model Sidek yang telah menetapkan dua fasa utama iaitu (i) penyediaan draf modul dan (ii) pengendalian kajian rintis, proses kesahan dan kebolehpercayaan, serta proses penilaian keberkesanan penggunaan modul. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya memberikan fokus pada proses kesahan isi kandungan modul yang dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berdasarkan Ahmad (2008). Untuk memastikan kesahan ke atas isi kandungan modul ini, pandangan enam orang pakar yang memiliki latar belakang yang sesuai dengan objektif dan matlamat modul telah diambil.  Hasil penilaian pakar menunjukkan bahawa modul tersebut mencapai skor kesahan isi kandungan sebanyak 76%, iaitu melebihi 70% yang dikira sebagai nilaian kesahan isi kandungan yang tinggi.  Ini bermaksud bahawa modul ini merupakan modul yang baik dan bersesuaian untuk mencapai objektif serta matlamat seperti yang ingin disasarkan iaitu meningkatkan kemahiran komunikasi, strategi daya tindak serta kecerdasan spiritual. Adalah diharapkan agar modul ini kelak dapat memberikan kesan positif dalam meningkatkan kualiti kehidupan individu yang telah berkahwin di Malaysia. Sekaligus, boleh dijadikan sebagai panduan kepada profesion-profesion menolong dalam mengendalikan isu-isu yang melibatkan rumah tangga yang umum diketahui amat kompleks sifatnya.
Title: PROSES KESAHAN ISI KANDUNGAN MODUL RAWATAN TERAPI RINGKAS BERFOKUSKAN PENYELESAIAN (SFBT) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI, STRATEGI DAYA TINDAK DAN KECERDASAN SPIRITUAL UNTUK INDIVIDU YANG TELAH BERKAHWIN
Description:
Artikel ini membincangkan tentang proses kesahan isi kandungan Modul Rawatan Terapi Ringkas Berfokuskan Penyelesaian (SFBT) bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, strategi daya tindak, dan kecerdasan spiritual bagi individu yang telah berkahwin.
Pembinaan modul rawatan ini adalah berpandukan kepada Model Sidek yang telah menetapkan dua fasa utama iaitu (i) penyediaan draf modul dan (ii) pengendalian kajian rintis, proses kesahan dan kebolehpercayaan, serta proses penilaian keberkesanan penggunaan modul.
Walau bagaimanapun, artikel ini hanya memberikan fokus pada proses kesahan isi kandungan modul yang dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berdasarkan Ahmad (2008).
Untuk memastikan kesahan ke atas isi kandungan modul ini, pandangan enam orang pakar yang memiliki latar belakang yang sesuai dengan objektif dan matlamat modul telah diambil.
  Hasil penilaian pakar menunjukkan bahawa modul tersebut mencapai skor kesahan isi kandungan sebanyak 76%, iaitu melebihi 70% yang dikira sebagai nilaian kesahan isi kandungan yang tinggi.
  Ini bermaksud bahawa modul ini merupakan modul yang baik dan bersesuaian untuk mencapai objektif serta matlamat seperti yang ingin disasarkan iaitu meningkatkan kemahiran komunikasi, strategi daya tindak serta kecerdasan spiritual.
Adalah diharapkan agar modul ini kelak dapat memberikan kesan positif dalam meningkatkan kualiti kehidupan individu yang telah berkahwin di Malaysia.
Sekaligus, boleh dijadikan sebagai panduan kepada profesion-profesion menolong dalam mengendalikan isu-isu yang melibatkan rumah tangga yang umum diketahui amat kompleks sifatnya.

Related Results

KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Strategi Daya Tindak Mangsa Banjir: Kajian Kes Bencana Banjir Di Kelantan Disember 2014
Strategi Daya Tindak Mangsa Banjir: Kajian Kes Bencana Banjir Di Kelantan Disember 2014
Pada Disember 2014, telah berlaku bencana banjir di Kelantan yang dianggap sebagai banjir terbesar dan terburuk di negeri tersebut selepas peristiwa banjir pada 1967. Kesan daripad...

Back to Top